Syarikat tersebut sebelum ini melancarkan dua buah kamera digital lensa tunggal (DSLR) baharu untuk dua segmen yang berbeza. EOS 6D Mark II bagi mereka yang mahir dan EOS 200D untuk mereka yang baharu dalam dunia fotografi. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. , Andrew Ko, sebagai sebuah syarikat peneraju dalam segmen kamera DSLR, pihaknya  amat memahami keperluan jurugambar di negara ini.

Untuk itu, mereka menghasilkan model terkini bermula daripada pengguna yang baharu mula menyentuh kamera dan golongan profesional. 

“Kami berbangga membawakan alatan pengimejan (kamera) yang mampu memenuhi keperluan bagi kedua-dua golongan tersebut,” katanya. 
Canon EOS 6D Mark II merupakan gajet terbaik buat mereka mahukan fotografi dan kreativiti mereka ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. 

Merupakan DSLR rangka penuh yang teringan dihasilkan oleh Canon, EOS 6D Mark II memiliki fungsi yang amat komprehensif bersama reka bentuknya yang kompak.

Bagi EOS 200D, ia merupakan model baharu dalam siri DLSR EOS, lebih bergaya, ringan dan kompak menjadikan kamera itu antara model DSLR APS-C terkecil di dunia. 

Ditambah bersama paparan yang boleh diputar kepada pelbagai sudut dan teknologi terkini, ia mampu menghasilkan imej yang berkualiti sesuai untuk menggalakkan minat mereka yang baharu mengenali dunia fotografi. 

“Menawarkan kelebihan penderia rangka penuh  untuk jurugambar profesional, model  ini merupakan kamera terbaik untuk mereka beralih kepada fotografi rangka penuh juga,” katanya. 

EOS 6D Mark II merakam imej pada kelajuan 6.5 rangka sesaat (fps) namun tetap menjanjikan rakaman imej yang terang dan jelas biarpun subjek yang bergerak pantas.

Dilengkapi bersama meter penderia RGB+IR, 7560 piksel dan pengesan warna pemfokusan automatik (AF)  yang membolehkan bukaan dedahan dilakukan dengan lebih tepat biarpun dalam keadaan cahaya yang pelbagai. 

Model berkenaan juga dapat mengesan tona kulit subjek terutama manusia dan ciri tersebut merupakan yang pertama diperkenal dalam kamera DSLR rangka penuh. 

Bagi EOS 200D pula, ia merupakan gajet khas buat penggemar telefon pintar dan fotografi. 

Model tersebut dilengkapi penderia CMOS 24.2 mega piksel dengan saiz ACS -C yang membolehkan pemiliknya merakamkan imej dengan lebih terang dan jelas biarpun dalam keadaan cahaya yang kurang. 

Kecil, kompak namun berkuasa, EOS 200D memiliki kadar AF tertinggi dalam kelasnya iaitu sekitar 0.03 saat, membolehkan pemfokusan ke atas subjek dapat dilakukan dengan pantas.

Penggunaan penderia CMOL piksel berkembar membolehkan kamera tersebut mengesan subjek yang dirakam berterusan terutama menerusi mod Live View Servo AF dan merakam dengan kelajuan 3.5 fps.

Spesifikasi EOS 6D Mark II: 

  • Penderia: 26.2 megapiksel rangka penuh CMOS. Pencari pandangan optikal (Optikal View Finder) 45-poin, jenis All Cross AF.
  • Penderia: Piksel berkembar CMOS AF bersama Fas Pengesanan dan format HD penuh 60p.
  • Pemproses: Pemprosesan imej IGIC 7. 
  • ISO:  100-40000
  • Paparan: Skrin sesentuh Paparan cecair kristal
  • Kadar rakaman:  6.5 fps.
  • Kelebihan: Lalis air dan habuk.
  • Harga: Badan RM 8,899, bersama lensa EF 24-70 L IS USM lens, RM 11,999 dan lensa EF 24-105 L IS II USM, RM 12,999.

 

Spesifikasi EOS 200D: 

  • Penderia: 24.2 megapiksel CMOS (APS-C).
  • Pemproses imej: DIGIC 7.
  • ISO: 100-25600
  • Pemfokusan automatik: Dual Pixel CMOS AF.
  • Skrin paparan: 3.0 inci Vari-Angle LCD Touch-Screen.
  • Kelebihan Wi-Fi: Binaan dalam Wi-Fi®2, NFC3 dan teknologi Bluetooth®4.
  • Kelajuan rakaman: 5 fps menerusi pencari pandangan optikal.
  • Format: Full HD 60p.
  • Harga:  Badan bersama lensa EF-S 18-55 IS STM, RM 2,999.