Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

EOS M5 kompak bergaya

EOS M5 2
EOS M5

Biarpun teknologi merakam imej menerusi telefon pintar sedang berkembang pesat dan menjadi pilihan ramai dalam kalangan penggemarnya namun segmen kamera digital tidak dipinggirkan.

Canon khasnya, terus mencipta kamera digital dengan teknologi yang terkini agar dapat bergerak seiring dengan trend pengunaan gajet pintar sedia ada.Terbaharu Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan kamera kompak baharu mereka itu EOS M5.

EOS M5 didatangkan bersama lensa kit EF-M pemfokusan tinggi, EF-M18-150 milimeter (mm), f/3.5-6.3 IS STM.

Menurut presiden dan juga ketua pegawai eksekutif Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Andrew Koh, sebagai peneraju dalam fotografi dan penyelesaian imej, Canon merupakan satu-satunya pengeluar tiga komponen utama kamera.

“Tiga komponen tersebut adalah pemproses imej, penderia imej dan juga lensa.

“Kamera kompak baharu, EOS M5 merupakan hasil kesungguhan kami dalam meningkatkan keupayaan fotografi tanpa cermin,” katanya.

Ujar Andrew lagi, EOS M5 menawarkan prestasi dan pengalaman kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang menarik menerusi binaan badan yang kompak.

EOS M5 dilengkapi bersama kawalan kreatif dan berprestasi tinggi yang pertama dalam kelasnya.

Antara teknologi utama yang digunakan adalah Dual Pemfokusan Automatik (AF) Dwipiksel (Dual Pixel CMOS) yang biasa ditemui pada kamera DSLR, pemproses imej DIGIC 7, pencari pandangan elektronik (EVF) berdefinisi tinggi dan kelebihan penukaran format imej RAW menerusi binaan dalam kamera.

Bersama penderia APS-C CMOS, 24.2 megapiksel dan digabungkan dengan sistem Canon Dual Pixel CMOS AF, kelas EOS M, kesemuanya merupakan suatu revolusi teknologi yang membolehkan kamera tersebut mencapai prestasi AF terpantas dalam kelasnya.

Kamera itu juga memberikan pengalaman merakam imej DSLR menerusi EVF yang lebih menarik dan mudah.

Dalam pada itu, kamera tersebut turut dilengkapi bersama paparan sesentuh, LCD berdefinisi tinggi 3.2 inci dan boleh diputar antara 85 hingga 180 darjah.

Kelebihan tersebut memberi kebebasan kepada pengguna untuk merakamkan imej dari apa juga arah.

EOS M5 juga menyokong teknologi WiFi dan Near Field Communicator (NFC) yang boleh disambung kepada telefon pintar, tablet dan komputer menerusi aplikasi Canon Image Gateway.

Untuk makluat lanjut berkenaan EOS M5, anda juga boleh melayari laman web Canon di http://www.canon.com.my.

SPESIFIKASI CANON EOS M5

Penderia: 24.2 MP APS-C CMOS
Pemproses imej: DIGIC 7
Pencari pandangan elektronik: 2.36m-Dot EVF
Skrin paparan: 3.2 inci paparan sesentuh
Format rakaman video: Full HD 1080p
WiFi binaan dalam: Wi-Fi bersama Near Field Communicator (NFC), Bluetooth
Penderia Auto fokus: CMOS Dwipiksel
Rakaman: Sembilan rangka sesaat (9 fps)
ISO: 25600
Penstabil: Digital IS 5-Axis. Image Stabilization
Lensa kit: EF-M 18-150mm f/3.5-6.3 IS STM
Harga bersama lensa kit 18- 150 mm Lens, 8 GB memori kad, beg: RM6,500
*Harga badan sahaja: RM4,590

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain