Hal ini kerana jarak atau kedudukan atlet yang beraksi dengan jurufoto agak jauh. Justeru, untuk mendapatkan hasil bidikan terbaik, seseorang jurufoto memerlukan lensa super telephoto dari jenis 300mm hingga 800mm untuk berkarya.

Dengan bukaan aperture f/2.8, pasti ia lebih besar dan berat. Lensa yang sering disebut 'bazooka' itu juga sangat mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli oleh jurufoto individu. Walaupun hasil gambar yang dirakamkan menarik, masalah berat tetap menghantui jurufoto.

Berkembang pesatnya dunia fotografi telah menyaksikan banyak jenama terkenal 'melahirkan' lensa yang tidak membebankan jurufoto dengan saiz dan berat peralatan tersebut.

Ini termasuklah Nikon yang memiliki lensa 300mm dengan bukatup f/4.

Saya telah diperkenalkan dengan lensa tersebut baru-baru ini. Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 menjadi medan peluang untuk mencuba lensa itu. Tambahan pula ia dipadankan dengan kamera Nikon D500.

Apa yang paling disukai mengenai lensa dan kamera ini ialah ia sangat ringan dan mudah dibawa. Lensa 300mm f4 ini juga hanya bersaiz seperti lensa 24-70mm. Tiada masalah dengan aperture f/4 kerana ia masih lagi relevan walaupun terpaksa merakam gambar sukan di dalam dewan yang kurang cahaya.

Kelajuan fokus dan ketajaman pada gambar tidak mengecewakan. Lensa ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin memiliki lensa telephoto dengan bajet yang rendah.

Bebanan ringan adalah faktor penting bagi jurufoto. Ia menjadi alternatif untuk jurufoto tidak memikul beban lensa-lensa fokus jauh seperti sebelum ini.

Harga untuk lensa ini juga adalah mampu milik. Berikut merupakan beberapa hasil gambar yang saya rakam dengan menggunakan lensa 300mm f/4 dan kamera D500 sepanjang temasya berlangsung.