Produk terbaharunya, F9 dilengkapi teknologi yang dikembangkan secara berasingan oleh Oppo itu mempunyai kelajuan pengecasan empat kali lebih pantas berbanding pengisian umum pada 5V dan 4A.

Bagi mereka yang sentiasa mengejar masa, hanya memerlukan lima minit masa mengecas bagi mengekalkan dua jam masa bercakap.

Sebagai generasi keenam siri Oppo F, F9 dinaik taraf kepada fungsi swafoto hebat selain pengecasan cepat, dwikamera belakang dan penampilan baharu serta lebih bergaya.

OPPO F9
SPESIFIKASI OPPO F9

Selain meningkatkan kelajuan pengecasan, VOOC turut menawarkan sistem perlindungan lima lapisan pintar dari adaptor ke port dan dalaman telefon.

VOOC menggantikan litar pengurangan voltan dengan MCU yang berkesan menghalang telefon bimbit daripada terlalu panas semasa mengecas, menjadikan peranti itu sebagai satu teknologi pengecasan mudah alih.

Kelajuan mengecas pada tahap maksimum walaupun ketika bercakap telefon atau bermain permainan video, tidak seperti pengecasan pantas voltan tinggi yang biasa.

Dalam pada itu, Oppo turut mengambil kira jiwa remaja anak muda dalam fesyen dengan mereka gaya bentuk produk mengikut cita rasa mereka.

Teknologi warna kecerunan yang digunakan oleh Oppo menyediakan gabungan bentuk kecerunan di belakang dan pengguna pengalaman visual yang lebih bersatu.

Di bawah matahari, F9 akan bersinar seperti kristal dan aliran air dalam sungai. – AQILAH MIOR KAMARULBAID