Blackberry menerusi akaun Twitternya, BlackBerry Mobile memberi bayangan dengan me­nulis Distinctly Different yang bermaksud jelas berbeza.

Syarikat tersebut sebelum ini mempamerkan kepada media contoh model Mercury pada Pameran Pengguna Elektronik 2017 (CES) tetapi tidak mendedahkan banyak butiran mengenai peranti sebenar.

Menurut portal Express, tele­fon pintar BlackBerry baharu itu adalah yang ketiga hasil kerjasama dengan TCL selepas peranti DTEK50 dan DTEK60.

“BlackBerry Mercury akan didatangkan dengan reka bentuk logam menarik di sekeliling skrin sentuh 4.2 inci lebih kecil daripada kebanyakan iPhone dan me­ngandungi peranti Android.

“Dengan mengekalkan ciri klasik BlackBerry, peranti ini juga mempunyai QWERTY keyboard fizikal membolehkan anda menaip mesej dan e-mel dengan lebih mudah.

Sementara komponen lain dijangka meliputi pemproses OCTA-core Qualcomm Snapdragon dan kamera utama 18 megapiksel. – AGENSI