Zenfone Max Plus merupakan telefon pintar pertama Asus bersama paparan seluas 5.7 inci bersama reka bentuk badan yang kompak.

Bersama paparan yang lebih besar dan lebar, saiz yang kompak, kamera berkembar, convenient face dan pengecaman cap jari untuk tujuan keselamatan.

Tidak hanya kelebihan tersebut, Zenfone Max Plus juga mempunyai bateri yang memiliki kekuatan 4130 mAh.

Siri baharu itu juga didedikasi kepada barisan telefon pintar berkapasiti tinggi bagi siri Max yang sebelum ini laris terjual.

ZenFone Max merupakan antara siri terlaris bagi Asus antara model terlaris sebelumnya adalah ZenFone Max, ZenFone 3 Max, ZenFone 4 Max dan ZenFone 4 Max Pro yang mencatatkan jualan mencecah lima juta unit.

Antara kelebihan yang dipertingkat menerusi ZenFone Max Plus adalah kapasiti bateri yang lebih besar, direka buat pengembara yang memerlukan bateri dengan ketahanan yang maksimum.

Telefon pintar tersebut mampu bertahan selama 26 jam dalam waktu berjaga-jaga dan 26 jam masa bercakap untuk jaringan 3G.

Seterusnya 21 jam waktu untuk melayari laman web menerusi Wi-Fi atau 13 jam untuk menonton video.

Tidak hanya kelebihan tersebut, ZenFone Max Plus turut dilengkapi bersama kamera swafoto f/2.0 dan kamera belakang 16 Megapiksel (MP) PixelMaster dilengkapi bersama kadar bukaan lensa f/2.0. Kelebihan tersebut membolehkan rakaman dilakukan dengan terang dan jelas ditambah dengan sistem PDAF (phase-detection autofocus) yang dapat memfokus dalam masa 0.03 saat biarpun subjek yang dirakam sedang bergerak.

Selain itu, rakaman bersudut 120 darjah memberikan rakaman yang luas iaitu 200 peratus lebih luas daripada kamera telefon pintar biasa.

Tidak cukup dengan pelbagai kelebihan bagi sesebuah telefon pintar, ZenFone Max Plus juga memiliki sistem keselamatan yang terbaik menerusi penderia cap jari.

SPESIFIKASI

Skrin : 5.7 inci, IPS Capasitive , 1080 x 2160 piksel
Jaringan : 4G LTE Cat 6 300/50 Mbps.
Sistem Operasi: Android v7.0 Nougat ZenUI 4.0
CPU: Mediatek MT6750T, Octa core 1,5 gHz Cortex A53
GPU: Mali T860MP2.
RAM: 2/3 GB.
Memori: Dalaman 16/32 GB , MicroSD sehingga 256 GB.
Kamera belakang: 16 MP & 8 MP, Autofokus, LED Flash, Video [email protected] cetakan persaat (fps).
Kamera depan: 8 megapiksel (MP).
Bateri: Li lon 4130 mAh.
Harga: RM899.