Menurut laporan Bloomberg memetik sumber yang tidak asing dengan perkara itu, beberapa model baharu Apple Watch berke­naan akan dilengkapi de­ngan cip LTE.

Cip tersebut akan memboleh­kan jam berkenaan menjalankan pelbagai tugas tanpa memerlukan iPhone dalam jarak berhampiran, jelas laporan Bloomberg.

Pada masa ini, Apple Watch perlu disambungkan ke iPhone untuk menghantar mesej, mendapatkan arah daripada peta serta muzik.

Intel Corp. akan membekalkan modem LTE bagi jam tangan baharu terbabit, tambah laporan itu.

Pengeluar iPhone tersebut sudah berunding dengan penyedia rangkaian di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dalam menawarkan versi selular Apple Watch itu.

Intel bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen, sementara Apple juga tidak memberikan maklum balas de­ngan segera untuk lebih penjelasan. – Reuters