Kemunculannya yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah serta kelebihan skrin penuh nisbah 19:9 selain penggunaan teknologi yang dikuasakan oleh kepintaran buatan (AI) bagi memberi hasil fotografi yang sempurna.

Menurut Pengurus Negara, Alcatel Malaysia, K.L Kong, peranti berkenaan dicipta khas bagi pengguna moden yang mementingkan penampilan dan keselesaan dalam kehidupan harian.

Justeru itu, telefon bimbit pintar itu dilengkapi kamera berkembar dan ciri keselamatan seperti pengesan muka untuk membuka kunci telefon bimbit.

“Skrin penuh turut memenangi anugerah TCL dalam penghasilan teknologi paparan dan keupayaan pembuatan.

“Alcatel merupakan jenama pertama yang menyediakan paparan bersaiz nisbah 18:9 dalam variasi produknya, sementara Alcatel 5V merupakan sorotan siri yang ditambah baik sehingga paparan penuh 19:9,” katanya.

Telefon pintar itu juga amat mudah dipegang dan mudah dimuatkan di dalam poket seluar kerana amat nipis serta dilengkapi rekaan kurang ‘bezel’.

Kelebihan itu juga membolehkan pengguna menikmati pengalaman terbaik ketika bermain permainan video, menonton filem atau melayari media sosial dengan keluasan skrin penuh.

Selain itu, Alcatel 5V juga dilengkapi Lensa Google yang memudahkan akses kepada kamera dan Google Assistant.

“Lensa Google memudahkan pengguna mencari maklumat mengenai apa yang mereka lihat, memudah dan mempercepat urusan dan interaksi dengan masyarakat dunia. Selain itu, ia juga boleh mencari produk dalam talian, salin dan tampal perkataan, mempelajari tentang mercu tanda dan sebagainya,” jelasnya.

Selain Alcatel 5V, turut boleh didapati Alactel 3L dan Alcatel 1 di pasaran bermula 29 Ogos lalu pada harga masing-masing RM498 dan RM298 sebelum cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan. - AQILAH MIOR KAMARULBAID

SPESIFIKASI

Sistem operasi : Android 8.1 (Oreo)
Saiz : 153.7 x 74.5 x 8.5 mm
Berat : 158 g
Bateri : 4,000 mAh
Kamera depan : 12 MP + 2 MP
Kamera belakang : 8 MP
Radio : Radio FM
Memori dan simpnan: 32 GB, 3 RAM boleh sehingga 128 GB
Warna : Hitam, biru