Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, situasi itu disebabkan hujan yang berlaku di kawasan hulu Gua Musang menyebabkan limpahan air ke hilir sungai.

Katanya, semalam, penduduk di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air sungai naik sehingga menenggelamkan jambatan sementara di Kampung Pulau Setelu selama beberapa jam.

PENDUDUK di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air sungai naik sehingga menenggelamkan jambat

PENDUDUK di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air sungai naik sehingga menenggelamkan jambatan sementara di Kampung Pulau Setelu selama beberapa jam. - UTUSAN ONLINE

“Pada pukul 9 pagi ini pula, air sungai di Felda Chiku 7 telah melimpah dan menenggelamkan jambatan kampung itu.

“Bagaimanapun pada pukul 1 petang ini, air sungai sudah surut sepenuhnya dan boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yussalmi berkata, penduduk juga harus melaporkan kejadian banjir atau air sungai naik di kawasan mereka kepada pihak berkuasa jika ianya berlaku di kampung mereka.

Katanya, penduduk dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar bencana itu sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

PENDUDUK di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air sungai naik sehingga menenggelamkan jambat

PENDUDUK di sekitar Sungai Nenggiri dikejutkan dengan air sungai naik sehingga menenggelamkan jambatan sementara di Kampung Pulau Setelu selama beberapa jam. - UTUSAN ONLINE

“Kita juga bersedia mengerahkan anggota secepat mungkin untuk memantau keadaan jika berlaku sesuatu bencana.

“Penduduk boleh menelefon pihak APM Gua Musang di talian 09-9120722 atau 999 sekiranya berlaku bencana alam di kawasan mereka,” katanya. - UTUSAN ONLINE