Stesen bacaan IPU di Seberang Jaya merekodkan bacaan 122 manakala stesen di Perai 109 iaitu semakin tinggi berbanding awal pagi ini dengan masing-masing merekodkan bacaan sekitar 100.

Sementara itu, dua lagi stesen bacaan IPU iaitu di Minden dan Balik Pulau turut menghampiri bacaan tidak sihat iaitu masing-masing 93 dan 96.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menasihatkan orang ramai menggurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai meminum lebih banyak air dan memakai penutup muka semasa berada di luar bangunan. - UTUSAN ONLINE