Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, faktor cuaca, hujan yang kerap pada Januari dan kadar liputan awan, memberi kesan kepada bacaan suhu yang dicatatkan.

Cameron Highlands pernah melakar sejarah sebagai kawasan yang mencatat suhu paling rendah dalam negara iaitu 7.8 darjah Celcius pada Februari 1978, katanya.

"Ia direkodkan pada ketinggian 1,471.6 meter dari purata paras laut," tambahnya.

Beliau berkata di kawasan tanah rendah, tiada sebarang rekod suhu rendah melebihi paras minimum, dicatatkan dalam tempoh yang sama. - BERNAMA