Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama,” katanya.

Sementara itu, keadaan angin kencang Timur Laut dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef South, Reef North, Layang-layang, Labuan dan Palawan.

Katanya, keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut. - UTUSAN ONLINE