Harapan itu dinyatakan Ahli Parlimennya, Budiman Mohd. Zohdi susulan daripada pelaksanaan aktiviti pelepasan 20,000 ekor anak ikan di Kolam Takungan IADA Barat Laut, di Parit 4, bersempena Program Gelombang Nelayan Kebangsaan, di sini hari ini.

“Saya bersedia bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Selangor atau mana-mana agensi Kerajaan Pusat yang lain untuk menjayakan program seperti ini. Malah saya difahamkan ini kali pertama program pelepasan benih ikan dilakukan di kolam tadahan ini.

“Saya juga mengharapkan usaha ini dapat digandingkan secara bersama agensi-agensi kerajaan yang lain. Secara tidak langsung pelepasan benih-benih ikan akan menambah sumber bekalan makanan kepada penduduk setempat sekaligus mampu menjadikan kawasan Parlimen Sungai Besar sebagai pusat agro pelancongan,” katanya.

Hadir sama, Ketua Cawangan Akukultur Jabatan Perikanan Selangor, Mohd. Fariz Abd Kadir; Ketua Daerah Perikanan Daerah Sabak Bernam, Zam Zam Sarifan dan Pengarah AIDA Barat Laut Selangor, Eliyas Saad. - UTUSAN ONLINE