Tumpang lalu dikhabarkan, kelibat dua beranak itu jarang muncul di Permatang Pauh dan Lembah Pantai (disandang Nurul Izzah sejak 2013).

Eloklah tu. Anak beranak sama saja. Mana nak ditengok­nya Permatang Pauh, sempatkah nak singgah ke DUN Kajang milik Wan Azizah? Dua kali lima.

Dikatakan KPI (petunjuk pres­tasi utama) kedua-duanya sudah ada dalam tangan penduduk Permatang Pauh dan Lembah Pantai. Tinggal nak ‘diajar’ sahaja lagi semasa hari pengundian nanti.

Ramai bercakap di Lembah Pantai, ketua UMNO bahagian di situ, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sudah menjadi ‘wakil rakyat’ mereka.

Pendek kata, ada ‘macam dua wakil rakyatlah’ di Lembah Pantai itu.

Begitupun Tumpang lalu berharap BN jangan selesa dan alpa.

Khabarnya, Nurul Izzah sudah menyediakan seorang anak muda, Fahmi Fadzil, ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK) Lembah Pantai sebagai penggantinya. Sungguhkah?

Di Permatang Pauh pula, ramai ‘kesian’ dengan nasib PKR kerana dulunya kemenangan PKR di situ kerana dibantu oleh jentera pilihan raya Pas.

Tetapi dengan pengumuman Abdul Hadi bahawa Pas akan juga meletakkan calonnya, yang Tumpang lalu dimaklumkan orangnya tidak lain tidak bukan, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, PKR kini sudah jadi tak keruan.

BN bagaimanapun tidak boleh selesa. Sesiapapun dari UMNO yang menggalas cabaran untuk mengembalikan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang memiliki kira-kira 80,000 pengundi itu harus bersedia dari segi mental dan fizikal.

Kata orang, bila buat kerja itu, genggam bara api sampai jadi arang.