Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ABDULKAREEM I. AL-RAYES (tiga dari kiri) bersalaman dengan peserta-peserta
ABDULKAREEM I. AL-RAYES (tiga dari kiri) bersalaman dengan peserta-peserta dari Malaysia yang menyertai Program Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi di Madinah, semalam.

KETIKA menyampaikan ceramah kepada peserta dari pelbagai negara yang menyertai Program Umrah anjuran Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi, Imam Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdullah Abdulrahman Al-Baijan mengupas surah Ali Imran ayat 103.

Ayat tersebut mengandungi firman Allah SWT yang antara lain bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menya­tukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu de­ngan nikmat Islam), maka menjadilah kamu de­ngan nikmat Allah itu orang-orang Islam bersaudara...”

Peringatan Allah SWT itu sememangnya sering kali kita dengar dan disampaikan oleh pelbagai pihak bukan sahaja alim ulama tetapi juga ahli politik.

Tetapi malangnya seperti mana kata Sheikh Dr. Abdullah, “Salah satu punca kelemahan umat Islam ialah mereka terlalu fokus kepada perbezaan sedang kita mempunyai persamaan yang amat kuat dari segi akidah.”

Dalam keadaan umat Islam di seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk semakin tinggi sentimen memusuhi mereka dan agama Islam, mereka tidak ada pilihan selain bersatu.

Mengambil semangat itulah Arab Saudi yang terkenal sebagai negara yang paling pemurah dalam membantu umat Islam di seluruh dunia melaksanakan Program Umrah Tetamu Khaadimul Haramain Al-Syariifain.

Ketika menghadiri majlis su­ai kenal atau taharuf dengan 40 peserta dari Malaysia, Ahli Jawatankuasa Eksekutif program ter­sebut, AbdulKareem I. Al-Rayes berkata, program itu merupakan salah satu usaha Arab Saudi bagi menyatukan ummah.

“Tujuan program itu adalah bagi menyahut seruan dalam al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam mengeratkan ukhuwah sesama mereka tanpa mengira dari mana seseorang itu berasal. Atas sebab itulah ia disertai oleh peserta-peserta dari pelbagai negara yang mempu­nyai latar belakang berbeza,” katanya.

Program yang mempunyai dua kategori tersebut merupakan manifestasi kesungguhan peme­rintah Arab Saudi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan umat Islam agar mereka boleh bersama-sama dalam menghadapi cabaran semasa.

“Program terbahagi kepada dua kategori iaitu program haji yang sudah dilaksanakan sejak 20 tahun lalu dan program umrah yang baru dua kali dijalankan,” kata AbdulKareem.

Setakat ini lebih 25,000 orang dijemput oleh pemerintah Arab Saudi bagi menyertai program haji dengan pembahagian sekitar 1,000 orang setiap tahun.

Apa yang menarik antara yang dijemput ialah balu-balu para syuhada dari Palestin dan melalui program tersebut Arab Saudi dapat mengumpul individu daripada latar belakang berbeza untuk duduk berbincang sesuatu isu berkaitan ummah.

Contohnya, pada tahun lalu sekumpulan nazir pendidikan me­ngadakan muktamar bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan umat Islam manakala sekumpulan wartawan berkumpul bagi menyelaraskan maklumat dalam kalangan negara Islam.


Video oleh ZULKIFLEE BAKAR

Sememangnya langkah peme­rintah Arab Saudi itu adalah sesuatu yang mengagumkan kerana melalui usaha tersebut ia akan mampu mengeratkan tali persaudaraan antara umat Islam tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan negara.

Perpaduan yang jitu dalam kalangan umat Islam amat penting kerana seperti mana kata Sheikh AbdulKareem, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha mencari ruang untuk melemahkan mereka.

Atas sebab itulah Sheikh AbdulKareem turut mengingatkan bahawa perbezaan pendapat dan pandangan berkaitan hal ehwal Islam adalah perkara yang dibenarkan oleh agama tetapi umat Islam perlu berhati-hati agar jangan sampai ia memecahbelahkan mereka.

“Kita perlu memahami umat Islam ketika ini berhadapan de­ngan satu situasi di mana sentimen tidak suka mereka dan agama Islam begitu tinggi. Keadaan itu tidak berlaku sebelum ini.

“Ia termasuklah bagaimana umat Islam perlu bersatu menangani soal-soal keselamatan dan pendidikan. Kita tidak boleh menguruskan perkara tersebut kalau kita berpecah-belah,” tegasnya.

Kesimpulannya, program haji dan umrah anjuran pemerintah Arab Saudi adalah salah satu platform terbaik bagi menyatukan ummah namun seperti mana kata Sheikh Dr. Abdullah, perkara pa­ling penting ialah umat Islam mesti mengetepikan perbezaan sebaliknya menjadikan kekuatan satu akidah sebagai teras utama mewujudkan perpaduan sesama mereka.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain