MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun.
MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun. 

Sufie Nursyaza Ain Omar, 25, dan Aleef Ashraf Borhan, 25, membuktikan percintaan mereka sejak berada di tingkatan dua bukan sekadar keseronokan tetapi mereka mahu disatukan sebagai suami isteri.

Perkenalan dan percintaan selama 10 tahun akhirnya termeterai dengan sebuah ikatan perkahwinan apabila mereka berdua selamat diijab kabul pada 22 Disember lalu. Lebih manis apabila rakan baik mereka berkongsi kisah tersebut dalam Twitter yang turut dimuat naik semula sebanyak lebih 30,000 kali.

“Alhamdulillah jodoh kami berdua kuat dan kami gembira kerana dapat membuktikan ‘cinta monyet’ boleh bertahan ke peringkat yang lebih serius iaitu sebuah perkahwinan. Sepanjang 10 tahun percintaan, kami lebih saling mengenali hati budi masing-masing dan membuatkan cinta antara kami semakin kuat,” ujar Sufie Nursyaza sambil merenung manja ke arah suaminya.

MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun.
MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun. 

Di sebalik kisah tular pasangan ini, orang ramai sebenarnya tidak tahu bahawa mereka ialah pelajar cemerlang SMK Saujana Impian, Kajang, Selangor. Mereka membuktikan perhubungan itu bukan hanya suka-suka, sebaliknya menjadi inspirasi untuk berjaya dalam akademik.

Segalanya bermula ketika mereka berusia 14 tahun, apabila rakan-rakan Sufie Nursyaza bermain satu kuiz kebenaran atau cabaran (truth or dare), Aleef Ashraf membuat pengakuan yang dia sukakan Sufie Nursyaza. Daripada hubungan cinta, mereka bersaing dalam pelajaran. Masing-masing akhirnya mendapat semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun.
MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun. 

“Kawan-kawan masa itu suka usik kami. Kami sebenarnya tidak pernah bersembang tetapi perasaan suka tu ada. Biasalah, remaja tetapi tidaklah menganggap ia serius atau bebanan. Kebetulan ketika di tingkatan dua, saya dan Aleef Ashraf satu kelas, kawan-kawan lagi seronok kacau kami,” kata Sufie Nursyaza.

Tambah Aleef Ashraf, telefon dan Yahoo Messenger menjadi penghubung mereka berdua. Mereka bukanlah pasangan yang suka ulang kaji bersama, sebaliknya masing-masing lebih fokus apabila ulang kaji bersendirian. Tambah Aleef Ashraf, ibu bapa dan guru-guru mengetahui dan tidak menghalang hubungan mereka tetapi mereka perlukan menumpukan pelajaran terlebih dahulu. Dalam pada itu, mereka perlu menjaga adab dan batas perhubungan.

Mereka tidak menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru, pasangan pelajar cemerlang ini berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dalam bidang yang berbeza. Aleef Ashraf ialah graduan Royal Melbourne Insitute of Technology, Melbourne, Australia manakala Sufie Nursyaza graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bakal bergelar doktor gigi.

aa
aa 

Seperti pasangan bercinta lain, mereka berdua juga memasang impian untuk berkahwin. Segala-galanya berjalan seperti dirancang apabila masing-masing berjaya menamatkan pengajian. Sekembalinya Aleef Ashraf dari Australia, dia mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang ekonomi dan pelaburan. Sufie Nursyaza kini sedang menunggu tawaran bertugas di hospital kerajaan.

Ditanya rahsia hubungan mereka kekal sehingga hari ini, Aleef Ashraf memberitahu, dalam perhubungan perlu ada kesetiaan, jujur dan saling mempercayai. Dalam pada itu, mereka tidak mahu menjadikan cinta remaja sebagai penghalang sebaliknya motivasi untuk mereka berjaya.

“Kami ada impian dan cita-cita lain untuk disempurnakan. Zaman persekolahan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari ilmu dan peluang tersebut tidak seharusnya dilepaskan hanya kerana cinta. Bagi kami, memilih untuk ada teman wanita atau lelaki tidak salah tetapi jangan menjadikan hubungan itu sebagai gangguan emosi sehingga menyebabkan hilang fokus dalam belajar,” kata Sufie Nursyaza.

aa
aa 
MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun.
MEMORI cinta Sufie Nursyaza dan Aleef Ashraf sepanjang 10 tahun. 

Trivia Aleef dan Sufie

  • Mereka minat sukan yang berbeza. Aleef suka bermain futsal, manakala Sufie suka bola keranjang.
  • Sufie suka bergambar dan mesra kamera manakala Aleef tidak suka bergambar.
  • Sufie mempunyai akaun media sosial termasuk Instagram dan Twitter @ainsufee. Aleef tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.
  • Kisah cinta mereka tular sehari selepas bernikah dan ketika itu mereka sedang berbulan madu di Cameron Highlands, Pahang. Masing-masing terkejut melihat retweet daripada akaun Twitter rakan mereka mencecah 20,000.