Ketika ditemui wartawan Mingguan Malaysia, DATUK OTHMAN MOHAMAD, AINOL AMRIZ ISMAIL, AZNAN BAKAR dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, beliau menegaskan, jika dipimpin oleh mereka yang bermasalah, maka parti akan turut rosak.

Dalam pertemuan kira-kira sejam di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di Seremban, Selasa lalu itu, Mohamad juga mengulas tentang punca kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan UMNO supaya kembali diterima rakyat.

MINGGUAN: Apakah dengan rutin harian Datuk Seri selepas PRU-14?

MOHAMAD: Rutin harian saya sekarang ini sebagai orang biasa. Alhamdulillah, lapang dada dan ringan sedikit beban di atas bahu sudah tidak ada. Saya masih sibuk mengemas barang-barang.

Sekarang, apa yang perlu masukkan kembali ke dalam rumah dan apa yang tidak perlu, beri kepada orang-orang yang memerlukan. Tetapi ringan sedikit bahu kerana tidak ada lagi tanggungjawab yang besar dan berat. Dari segi itu, saya rasa lega selepas pilihan raya lalu. Tetapi tidak tahu selepas ini apa saya hendak buat.

Kekalahan BN pada PRU-14 ekoran satu gelombang penolakan yang cukup besar terhadap BN. Adakah kepemimpinan BN tidak sedar atau mengesan riak-riak gelombang ini

MOHAMAD: PRU-14 memang kita akui merupakan satu penolakan besar daripada rakyat secara keseluruhannya. Kita ada nampak sebelum pilihan raya tetapi kita cuba perbetulkan tetapi banyak soalan tidak terjawab. Soalan-soalan yang berat dan isu-isu yang besar tidak dapat kita jawab dengan jelas.

Orang putih kata “You are so confident calling for election knowing very well your big fat elephant still in your room.”Jadi, inilah yang menyebabkan persoalan di kepala rakyat semua.

Dalam masa yang sama pihak pembangkang berjaya memainkan isu yang menambat hati pengundi. Misalnya, isu hapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Satu perkara yang senang tetapi ia memberikan impak kepada pengundi.

Jadi, ini merupakan satu isu besar semasa kita menghadapi pilihan raya dan jelas sekali isu besar ini menjadi salah satu daripada penyebab mengapa BN kalah begitu teruk sekali dalam pilihan raya baru-baru ini.

Apakah BN dan UMNO telah mengadakan ‘post mortem’ (bedah siasat) untuk mengetahui punca kekalahan dan memperbaiki kelemahan yang ada?

MOHAMAD: Saya tidak tahu di peringkat BN tetapi di peringkat UMNO, memang telah digerakkan jawatankuasa untuk kita meneliti dan membuat ‘post mortem’tentang PRU-14 baru-baru ini.

Bagi saya, kalau kita buat ‘post mortem’ pun kita sudah tahu jawapannya. Jadi, tidak usahlah kita hendak buang banyak masa untuk buat ‘post mortem’ dan menuding jari ke sana dan ke sini.

Bagi saya, lebih elok kita cepat‘regroup’(bersatu kembali) daripada kita membuang masa dan pakai konsultan. Itu cuma menghabiskan duit. Sudahlah duit tidak ada.

Jadi, lebih baik kita bersatu balik dan kita mulakan gerak kerja. Kita tahu apa dan di mana sebabnya. Pepatah orang tua-tua Negeri Sembilan kata “sakit berpunca, mati bersebab.” Punca kita kalah kita tahu dan sebab kita kalah pun kita tahu.

Apakah sebenarnya isu-isu utama yang menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU-14?

MOHAMAD: Isunya adalah isu besar seperti yang saya sebut tadi. Di samping itu ada isu-isu kecil iaitu isu-isu tempatan. Isu bergaduh sesama dan isu calon seperti tidak terima calon dan salah letak calon pun masih tak hilang. Kita masuk pilihan raya itu, kita memikirkan tentang kita tetapi kita tidak fikir tentang orang lain.

Sepatutnya apabila kita hendak menghidangkan sesuatu kepada orang, kita mesti fikir sama ada orang hendak atau tidak. Tetapi kita fikir diri kita. Kita terlampau ‘introvert’dengan diri kita, kita tidak fikir pasal orang. Kita hendak masuk pilihan raya, kita sepatutnya memikirkan tentang rakyat.

Kekalahan UMNO ini adakah menunjukkan parti itu ditolak oleh rakyat atau disebabkan kepemimpinan?

MOHAMAD: Hendak kata orang tolak parti UMNO, tidak. Sebab masih ramai orang Melayu menyokong UMNO terutama di kawasan luar bandar. UMNO masih satu parti yang menang kerusi Parlimen terbanyak iaitu sebanyak 54 kerusi berbanding parti-parti lain.

Jadi, saya hendak jawab pun susah. Tetapi itulah gambaran dan hasil terjemahan pilihan raya. Kalau saya katakan tadi orang masih mendakap UMNO sebagai satu wadah untuk orang Melayu tetapi dalam masa yang sama, UMNO cuma menang 54 kerusi berbanding 88 kerusi dalam pilihan raya sebelum itu. Jadi, adalah sebab-sebabnya seperti calon tidak sesuai dan bergaduh.

Di Negeri Sembilan, kerusi-kerusi yang kalah memang sudah jadi dalam kumpulan fokus kita, yang kita menang tidak berapa banyak dalam PRU-13. Kalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Labu, Ampangan, Pilah dan Klawang. Lima kerusi ini memang sudah kita letak dalam DUN fokus kita dan mesti kerja kuat.

Tetapi ramai pemimpin di peringkat bahagian termasuk wakil rakyat ketika itu, berada dalam sindrom penafian. Mereka rasa mereka sudah bagus. Jadi, memang kalah. Kalau tiga daripada lima kerusi DUN ini kita menang, kita sudah boleh tubuh kerajaan negeri.

Sebab itu, hendak kata orang Melayu tolak parti, tidak berapa betul sebab majoriti orang Melayu masih bersama dengan UMNO. Cuma apa diidamkan oleh DAP selama ini iaitu mendapatkan 10 peratus sahaja undi Melayu, berjaya diterjemahkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH) dan kita tahu kenapa Dr. Mahathir pergi ke PH.

Tidak perlulah saya jawab sebab kita semua tahu jawapannya. Penolakan itu bukanlah penolakan kepada parti tetapi kepada kepemimpinan parti.

Ada pihak beranggapan pertandingan tiga penjuru merugikan UMNO kerana perpecahan pengundi Melayu. Pandangan Datuk Seri?

MOHAMAD: Saya selalu menyebut tentang perkara ini. Orang kata pertandingan penjuru akan memberikan kelebihan kepada BN tetapi saya kata tidak. Sebab undi pengundi Melayu akan pecah. Jadi, hendak kata macam mana sebab nasi sudah jadi bubur.

Saya selalu cakap dan saya memang takut. Saya kata di Negeri Sembilan kalau ada pertandingan tiga penjuru, kita susah. Sebab DAP memang tetap sudah ada penyokong. Yang berpecah orang Melayu maka kita yang akan menerima akibatnya.

Penolakan oleh pengundi muda dikatakan penyumbang terbesar kepada kekalahan BN. Pandangan Datuk Seri?

MOHAMAD: Golongan muda dihidangkan dengan pelbagai janji manis kerana mereka tidak ada ‘brand loyalty’. Jadi apa yang dihidangkan oleh PH, amat menarik bagi mereka maka mereka akan mengundi PH. Ditambah pula dengan kegagalan kita menangkis dan menyelesaikan isu-isu. Isu-isu tidak selesai.

Oleh sebab mereka tidak ada ‘brand loyalty’, jadi pada PRU-15 pada 2023, mereka mungkin balik kepada BN kalau kita boleh membentangkan satu harapan kepada mereka. Kita tidak boleh putus harapan dan asa.

Mungkin UMNO kelihatan tidak ‘trendy’ atau ‘cool’untuk disokong oleh orang muda?

MOHAMAD: Tidak tahulah saya. Rata-rata orang muda tidak menyokong BN sebab BN terlampau konservatif dan terkongkong dalam politik lama, politik menyalahkan orang, politik sindrom penafian dan aku sahaja yang betul walhal kita ada banyak masalah.

Jadi orang muda menyampah dengan kita. Orang muda sekarang ini terpelajar dan boleh berfikir sendiri apa yang terbaik untuk mereka. Sejauh mana kita boleh kata orang itu tidak baik?

Mereka boleh buat kajian sendiri. Orang muda merupakan penentu yang besar tempoh hari. Kita kalah banyak disebabkan oleh pengundi-pengundi muda yang tidak kita datangi dan santuni dengan baik.

Apakah penolakan pengundi muda terhadap BN disebabkan penjelasan tidak dibuat atau tidak berkesan?

MOHAMAD: Ada dibuat penjelasan tetapi sejauh mana ia berkesan? Dalam tempoh 11 hari tidak boleh ditangani lagi. Sepatutnya kita buat penjelasan dari awal.

Perkara masalah kos sara hidup yang tinggi yang menyebabkan rakyat terbeban. Kita terlampau hendak mengurangkan bajet defisit, kita hendak terlampau pengiktirafan daripada agensi penarafan antarabangsa. Ini tidak ada kena-mengena dengan kehidupan seharian orang ramai. Orang ramai terbeban dengan kehidupan seharian.

Banyak negara lain yang mempunyai defisit besar dan rating tidak baik seperti Indonesia. Dalam bahasa pengurusan kewangan, bon negara itu dipanggil ‘junk bond’. Tidak ada nilai.

Tapi mereka tak kisah pun. Mereka jaga rakyat. Yang penting rakyat kena jaga. Kita pula silap. Kita hendak menjaga hati orang luar. Kita terlampau hendak mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga kita memekakkan telinga kita. Apa yang dihadapi rakyat seharian ini seolah-olah tidak ada. Inilah akibatnya.

Saya pernah bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (UMNO). Apa rasionalnya kita menaikkan harga minyak masak kelapa sawit? Minyak masak kelapa sawit digunakan oleh orang kampung dan penjaja-penjaja. Itu penyokong kuat kita. Tetapi penyokong kuat kita pun, kita cuba menyakiti mereka. Orang pekan tidak pakai minyak paket kelapa sawit. Orang pekan pakai minyak jagung.

Jadi dari segi strategi kita, kita terlalu hendak berebut mencapai petunjuk prestasi utama (KPI). Setiap menteri hendak jaga KPI dan menunjukkan kecemerlangan masing-masing sehingga terlupa kita ini berada dalam politik.

Ada yang mengatakan kekalahan pada PRU-14 akan menguburkan terus BN. UMNO dan BN tidak akan mampu bangkit selepas ini kerana rakyat menolak parti berasaskan kaum?

MOHAMAD: Tidak betul. Parti berasaskan kaum ini tidak ada masalah. Kita ada BN untuk berbilang kaum. Parti UMNO ditubuhkan untuk orang Melayu. Saya tidak bersetuju kalau ura-ura orang hendak jadikan UMNO parti berbilang kaum. Kalau itu berlaku, saya akan jadi orang pertama meninggalkan parti.

Orang Melayu masih mengharapkan UMNO sebagai parti untuk bergantung. Tetapi cara kita berfikir mesti ditukar. Saya selalu sebut perkara ini dahulu tetapi orang tuduh saya tidak sehaluan dengan kepemimpinan. Saya cakap salah jika kita katakan masa depan orang Melayu bergantung kepada UMNO. Saya katakan masa depan UMNO yang bergantung kepada orang Melayu.

Kalau kita mempunyai pemikiran macam itu, santunilah dan jagalah orang Melayu. Masukkanlah dalam silibus kita agenda orang Melayu. Cuba tengok silibus kita, betul atau tidak betul? Rasanya silibus kita terlampau silibus BN.

Jadi orang Melayu pun terumbang-ambing. Bila orang Melayu rasa UMNO bukan parti yang boleh dijadikan tempat memberikan dokongan masa depan, tambahan pula ada pilihan seperti PKR, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas. Jadi, UMNO bukan satu-satunya parti Melayu.

Parti-parti Melayu ini menang banyak kerusi. Jadi tidak betullah kalau kata parti berasaskan kaum tidak mendapat sambutan, cuma tidak bersatu.

Tanpa kuasa sekarang, macam mana UMNO mampu untuk bangkit kembali?

MOHAMAD: Kita macam lawan badminton, 14 kali berjumpa tetapi kita sudah menang 13 kali dan baru kalah sekali. Takkan kita hendak putus asa. Kita sudah menang dalm 13 pilihan raya umum dan Cuma kalah sekali.

PH dahulu pun tidak ada kuasa tetapi boleh menang. Takkan UMNO bila sudah hilang kuasa, tidak boleh menang. Yang penting kita kena kerja dan yakinkan orang.

Mungkin cabarannya agak besar kerana UMNO tidak pernah ada pengalaman sebagai pembangkang?

MOHAMAD: DNA UMNO bukan DNA pembangkang. Itu susah sedikit. Bak kata orang sudah biasa jadi kucing parsi duduk dalam rumah dan makan bersuap tetapi sekarang kena hendak jadi kucing jalanan yang perlu mencari makanan sendiri.

Kita kena ubah sikap kerana kita bukan lagi kucing parsi tetapi kita sekarang adalah kucing jalanan. Jadi, daya tahan kena kuat. Orang caci, campak kita dengan air atau halau kita, itu satu perkara lumrah. Tetapi diharapkan supaya ini akan menjadi pengajaran dan memperkasakan azab dan tekad kita supaya kita menyesali apa yang berlaku dan kita sedar apa sebab kita kalah. Kalau kita ada itu, kita akan ada keyakinan diri.

Pada pandangan Datuk Seri, pemimpin yang bagaimana sepatutnya mengetuai UMNO?

MOHAMAD: Saya selalu cakap tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan kekal lama. Yang pertama, kamu mesti ada integriti yang tidak boleh dipersoalkan. Itu penting. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO ada integriti yang tidak boleh dipersoalkan, selamatlah UMNO. Pemimpin yang telus, ikhlas dan tidak boleh diperkotak-katikkan integritinya.

Ini yang perlu kita cari untuk pastikan UMNO tidak ada cacat cela. Cacat cela bukan kerana parti kerana parti adalah satu wadah perjuangan tetapi cacat cela dek orang yang memimpin parti. Bila ada orang yang begitu memimpin parti maka parti pun rosak sama.

Jadi ambil peluang ini. Kepada semua ahli parti pilihlah orang yang sesuai. Di peringkat cawangan pilihlah orang yang dilihat boleh menerajui cawangan. Mempunyai kredibiliti yang baik dan integriti yang tidak boleh dipersoalkan.

Kalau ada orang macam ini, maka pandangan orang luar parti, mereka akan kata parti itu baik. Bila pemimpin mempunyai integriti yang baik, dia akan buat kerja di atas ketelusan dan keikhlasan di atas nama parti. Jadi orang tidak boleh hendak mempersoalkan integritinya.

Ada ramai orang di dalam dan di luar UMNO melihat Datuk Seri sebagai seorang yang sesuai untuk memimpin UMNO. Apakah Datuk Seri sedia bertanding dua jawatan tertinggi parti sekiranya mendapat sokongan?

MOHAMAD: Saya biarkan pilihan itu terbuka.

.

MINGGUAN: Apakah rutin harian Datuk Seri selepas PRU-14?

MOHAMAD: Rutin harian saya sekarang ini sebagai orang biasa. Alhamdulillah, lapang dada dan ringan sedikit beban di atas bahu sudah tidak ada. Saya masih sibuk mengemas barang-barang.

Sekarang, apa yang perlu masukkan kembali ke dalam rumah dan apa yang tidak perlu, beri kepada orang-orang yang memerlukan. Tetapi ringan sedikit bahu kerana tidak ada lagi tanggungjawab yang besar dan berat. Dari segi itu, saya rasa lega selepas pilihan raya lalu. Tetapi tidak tahu selepas ini apa saya hendak buat.

Kekalahan BN pada PRU-14 ekoran satu gelombang penolakan yang cukup besar terhadap BN. Adakah kepemimpinan BN tidak sedar atau mengesan riak-riak gelombang ini?

MOHAMAD: PRU-14 memang kita akui merupakan satu penolakan besar daripada rakyat secara keseluruhannya. Kita ada nampak sebelum pilihan raya tetapi kita cuba perbetulkan tetapi banyak soalan tidak terjawab. Soalan-soalan yang berat dan isu-isu yang besar tidak dapat kita jawab dengan jelas.

Orang putih kata “You are so confident calling for election knowing very well your big fat elephant still in your room.” Jadi, inilah yang menyebabkan persoalan di kepala rakyat semua.

Dalam masa yang sama pihak pembangkang berjaya memainkan isu yang menambat hati pengundi. Misalnya, isu hapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Satu perkara yang senang tetapi ia memberikan impak kepada pengundi.

Jadi, ini merupakan satu isu besar semasa kita menghadapi pilihan raya dan jelas sekali isu besar ini menjadi salah satu daripada penyebab mengapa BN kalah begitu teruk sekali dalam pilihan raya baru-baru ini.

Apakah BN dan UMNO telah mengadakan post mortem (bedah siasat) untuk mengetahui punca kekalahan dan memperbaiki kelemahan yang ada?

MOHAMAD: Saya tidak tahu di peringkat BN tetapi di peringkat UMNO, memang telah digerakkan jawatankuasa untuk kita meneliti dan membuat post mortem tentang PRU-14 baru-baru ini.

Bagi saya, kalau kita buat post mortem pun kita sudah tahu jawapannya. Jadi, tidak usahlah kita hendak buang banyak masa untuk buat post mortem dan menuding jari ke sana dan ke sini.

Lebih elok kita cepat regroup (bersatu kembali) daripada kita membuang masa dan pakai konsultan. Itu cuma menghabiskan duit. Sudahlah duit tidak ada.

Jadi, lebih baik kita bersatu balik dan kita mulakan gerak kerja. Kita tahu apa dan di mana sebabnya. Pepatah orang tua-tua Negeri Sembilan kata “sakit berpunca, mati bersebab.” Punca kita kalah kita tahu dan sebab kita kalah pun kita tahu.

Apakah punca dan sebab BN kalah?

MOHAMAD: Isunya adalah isu besar seperti yang saya sebut tadi. Di samping itu ada isu-isu kecil iaitu isu-isu tempatan. Isu bergaduh sesama dan isu calon, seperti tidak terima calon dan salah letak calon pun masih tak hilang. Kita masuk pilihan raya itu, kita memikirkan tentang kita tetapi kita tidak fikir tentang orang lain.

Sepatutnya apabila kita hendak menghidangkan sesuatu kepada orang, kita mesti fikir sama ada orang hendak atau tidak. Tetapi kita fikir diri kita. Kita terlampau introvert dengan diri kita, kita tidak fikir pasal orang. Kita hendak masuk pilihan raya, kita sepatutnya memikirkan tentang rakyat terbanyak.

Kekalahan UMNO ini adakah menunjukkan parti itu ditolak oleh rakyat atau disebabkan kepemimpinan?

MOHAMAD: Hendak kata orang tolak parti UMNO, tidak. Sebab masih ramai orang Melayu menyokong UMNO terutama di kawasan luar bandar. UMNO masih satu parti yang menang kerusi Parlimen terbanyak iaitu sebanyak 54 kerusi berbanding parti-parti lain.

Jadi, saya hendak jawab pun susah. Tetapi itulah gambaran dan hasil terjemahan pilihan raya. Sebab itu, hendak kata orang Melayu tolak parti, tidak berapa betul sebab majoriti orang Melayu masih bersama dengan UMNO.

Cuma apa diidamkan oleh DAP selama ini iaitu mendapatkan 10 peratus sahaja undi Melayu, berjaya diterjemahkan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH) dan kita tahu kenapa Dr. Mahathir pergi ke PH.

Tidak perlulah saya jawab sebab kita semua tahu jawapannya. Penolakan itu bukanlah penolakan kepada parti tetapi kepada kepemimpinan parti.

Penolakan oleh pengundi muda dikatakan penyumbang utama kepada kekalahan BN. Pandangan Datuk Seri?

MOHAMAD: Golongan muda dihidangkan dengan pelbagai janji manis kerana mereka tidak ada brand loyalty. Jadi apa yang dihidangkan oleh PH, amat menarik bagi mereka maka mereka akan mengundi PH. Ditambah pula dengan kegagalan kita menangkis dan menyelesaikan isu-isu. Isu-isu tidak selesai.

Oleh sebab mereka tidak ada brand loyalty, jadi pada PRU-15 pada 2023, mereka mungkin balik kepada BN kalau kita boleh membentangkan satu harapan kepada mereka. Kita tidak boleh putus harapan dan asa.

Mungkin UMNO kelihatan tidak trendy atau cool untuk disokong oleh orang muda?

MOHAMAD: Rata-rata orang muda tidak menyokong BN sebab BN terlampau konservatif dan terkongkong dalam politik lama, politik menyalahkan orang, politik sindrom penafian dan 'aku sahaja yang betul' walhal kita ada banyak masalah.

Jadi orang muda menyampah dengan kita. Orang muda sekarang ini terpelajar dan boleh berfikir sendiri apa yang terbaik untuk mereka. Sejauh mana kita boleh kata orang itu tidak baik?

Mereka boleh buat kajian sendiri. Orang muda merupakan penentu yang besar tempoh hari. Kita kalah banyak disebabkan oleh pengundi-pengundi muda yang tidak kita datangi dan santuni dengan baik.

Apakah penolakan pengundi muda kepada BN disebabkan penjelasan tidak dibuat atau tidak berkesan?

MOHAMAD: Ada dibuat penjelasan tetapi sejauh mana ia berkesan? Dalam tempoh 11 hari tidak boleh ditangani lagi. Sepatutnya kita buat penjelasan dari awal.

Perkara masalah kos sara hidup tinggi yang menyebabkan rakyat terbeban. Kita terlampau hendak mengurangkan defisit bajet dan pengiktirafan daripada agensi penarafan antarabangsa. Ini tidak ada kena-mengena dengan kehidupan seharian orang ramai. Orang ramai terbeban dengan kehidupan seharian.

Banyak negara lain yang mempunyai defisit besar dan rating tidak baik seperti Indonesia. Dalam bahasa pengurusan kewangan, bon negara itu dipanggil junk bond. Tidak ada nilai. Tapi mereka tak kisah pun. Mereka jaga rakyat. Yang penting rakyat kena jaga.

Kita pula silap. Kita hendak menjaga hati orang luar. Kita terlampau hendak mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga kita memekakkan telinga kita. Apa yang dihadapi rakyat seharian ini seolah-olah tidak ada. Inilah akibatnya.

Saya pernah bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, apa rasionalnya kita menaikkan harga minyak masak kelapa sawit? Minyak masak kelapa sawit digunakan oleh orang kampung dan penjaja-penjaja. Itu penyokong kuat kita. Tetapi penyokong kuat kita pun, kita cuba menyakiti mereka.

Jadi dari segi strategi kita, kita terlalu hendak berebut mencapai petunjuk prestasi utama (KPI). Setiap menteri hendak jaga KPI dan menunjukkan kecemerlangan masing-masing sehingga terlupa kita ini berada dalam politik.

Ada yang mengatakan kekalahan pada PRU-14 akan menguburkan terus UMNO kerana rakyat menolak parti berasaskan kaum?

MOHAMAD: Tidak betul. Parti berasaskan kaum ini tidak ada masalah. Kita ada BN untuk berbilang kaum. Parti UMNO ditubuhkan untuk orang Melayu. Saya tidak bersetuju kalau ura-ura orang hendak jadikan UMNO parti berbilang kaum. Kalau itu berlaku, saya akan jadi orang pertama meninggalkan parti.

Orang Melayu masih mengharapkan UMNO sebagai parti untuk bergantung. Tetapi cara kita berfikir mesti ditukar. Saya selalu sebut perkara ini dahulu tetapi orang tuduh saya tidak sehaluan dengan kepemimpinan.

Saya cakap salah jika kita katakan masa depan orang Melayu bergantung kepada UMNO. Saya katakan masa depan UMNO yang bergantung kepada orang Melayu.

Kalau kita mempunyai pemikiran macam itu, santunilah dan jagalah orang Melayu. Masukkanlah dalam silibus kita agenda orang Melayu. Cuba tengok silibus kita, betul atau tidak betul? Rasanya silibus kita terlampau silibus BN.

Jadi orang Melayu pun terumbang-ambing dan rasa UMNO bukan parti yang boleh memberikan dokongan masa depan. Tambahan pula ada pilihan seperti PKR, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas.

Parti-parti Melayu ini menang banyak kerusi. Jadi tidak betullah kalau kata parti berasaskan kaum tidak mendapat sambutan, cuma tidak bersatu.

Tanpa kuasa sekarang, macam mana UMNO mampu untuk bangkit kembali?

MOHAMAD: Kita macam lawan badminton, 14 kali berjumpa tetapi kita sudah menang 13 kali dan baru kalah sekali. Takkan kita hendak putus asa. Kita sudah menang dalam 13 pilihan raya umum dan Cuma kalah sekali.

PH dahulu pun tidak ada kuasa tetapi boleh menang. Takkan UMNO bila sudah hilang kuasa, tidak boleh menang. Yang penting kita kena kerja dan yakinkan orang.

Mungkin cabarannya agak besar kerana UMNO tidak pernah ada pengalaman sebagai pembangkang?

MOHAMAD: DNA UMNO bukan DNA pembangkang. Itu susah sedikit. Bak kata orang sudah biasa jadi kucing parsi duduk dalam rumah dan makan bersuap tetapi sekarang kena hendak jadi kucing jalanan yang perlu mencari makanan sendiri.

Kita kena ubah sikap kerana kita bukan lagi kucing parsi tetapi kita sekarang adalah kucing jalanan. Jadi, daya tahan kena kuat. Orang caci, campak kita dengan air atau halau kita, itu satu perkara lumrah.

Tetapi diharapkan supaya ini akan menjadi pengajaran dan memperkasakan azam dan tekad kita supaya kita menyesali apa yang berlaku dan kita sedar apa sebab kita kalah. Kalau kita ada itu, kita akan ada keyakinan diri.

Bagaimana Datuk Seri keterbukaan dalam pemilihan UMNO kali ini?

MOHAMAD: Memang dalam mesyuarat MT yang pertama selepas PRU-14, salah satu perkara yang kita bincangkan adalah pandangan orang ramai hendak pertandingan parti itu terbuka.

Jangan adanya larangan dan kekangan untuk orang menawarkan diri memegang apa jua jawatan dalam parti termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Sebab itu kita memutuskan bahawa semua jawatan dalam parti adalah terbuka untuk dipertandingkan oleh sesiapa sahaja.

Jadi saya harap kepada mereka yang mempunyai minat dan kecenderungan untuk memimpin, tawarkanlah diri supaya parti UMNO ini terus relevan dan ada nafas, tenaga dan pemikir baharu dan mereka yang mempunyai gerak kerja serta hasrat untuk terus memperkasakan parti.

Pada pandangan Datuk Seri, apakah kualiti perlu ada pada mereka yang mahu menerajui UMNO?

MOHAMAD: Saya selalu cakap tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan kekal lama. Yang pertama, kamu mesti ada integriti yang tidak boleh dipersoalkan. Itu penting. Kalau pemimpin-pemimpin UMNO ada integriti yang tidak boleh dipersoalkan, selamatlah UMNO.

Pemimpin yang telus, ikhlas dan tidak boleh diperkotak-katikkan integritinya. Ini yang perlu kita cari untuk pastikan UMNO tidak ada cacat cela. Cacat cela bukan kerana parti kerana parti adalah satu wadah perjuangan tetapi cacat cela dek orang yang memimpin parti. Bila ada orang yang begitu memimpin parti maka parti pun rosak sama.

Jadi ambil peluang ini. Kepada semua ahli parti pilihlah orang yang sesuai. Di peringkat cawangan pilihlah orang yang dilihat boleh menerajui cawangan. Mempunyai kredibiliti yang baik dan integriti yang tidak boleh dipersoalkan.

Kalau ada orang macam ini, maka pandangan orang luar parti, mereka akan kata parti itu baik.

Bila pemimpin mempunyai integriti yang baik, dia akan buat kerja di atas ketelusan dan keikhlasan di atas nama parti. Jadi orang tidak boleh hendak mempersoalkan integritinya.