Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usaha Guan Eng menjaga CAT di Pulau Pinang

Ketika Lim Guan Eng menunggu kehadiran Shabudin Yahaya di Komtar,
Ketika Lim Guan Eng menunggu kehadiran Shabudin Yahaya di Komtar, Pulau Pinang semalam, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengadakan sidang akhbar di pejabat UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

SEMALAM, Ahad adalah hari cuti bagi Pulau Pinang. Ini bermakna semua pejabat kerajaan ditutup. Bagaimanapun di Komtar, pusat pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, wartawan terpaksa ke tingkat 28 kerana diundang menghadiri sidang akhbar oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Menyelak kembali kenangan di tingkat 28, sudah lama saya tidak menjengah tingkat 28 Komtar itu. Dulu semasa era Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon, sering juga ke sana menghadiri sidang akhbar mingguan Ketua Menteri dari Gerakan itu. Jarang wartawan akan ke tingkat 28 pada hari minggu. Kebiasaannya jika ada sesuatu yang perlu tindakan segera seperti pengumuman penting, tanpa mengira hari, pintu pejabat pentadbiran kerajaan akan dibuka. Guan Eng memanggil media ke Komtar setelah beliau mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya bersemuka dengannya berhubung isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri itu di Jalan Pinhorn, Georgetown. Entah apa lagi yang mahu dibincangkan di hadapan media selepas semuanya dinyatakan sama ada di Parlimen atau dalam sidang akhbar yang diadakan oleh kedua-dua belah pihak. Cabaran Guan Eng itu memang tidak kena.

Sejak awal lagi semua orang menjangka Shabudin tidak akan memberi layanan istimewa kepada Guan Eng untuk `memanjat’ Komtar pada pagi minggu yang mungkin jadualnya dipenuhi untuk menemui rakyat di kawasan Tasek Gelugor. Akhirnya sidang akhbar itu `buang masa’ wartawan dan Guan Eng. Persediaan untuk majlis bersemuka itu juga sia-sia, membazir dan sekadar minum kopi. Lebih melucukan Guan Eng mengadakan `rumah terbuka’ di luar musim perayaan. Wartawan diajak ke banglo yang menjadi isu. Nampaknya foto yang saya terima melalui WhatsApp kelmarin hampir menjadi kenyataan. Foto itu menunjukkan sekumpulan individu memaparkan kain pemidang lawatan sambil belajar ke `tarikan terbaru Negeri Pulau Pinang’ di Jalan Pinhorn. Ketika Guan Eng menanti kehadiran Shabudin, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pula berada di kawasan Parlimennya, turut mengadakan sidang akhbar bersama penyokongnya di pejabat UMNO Bahagian itu. Shabudin tidak berminat melayani Guan Eng. Buang masa menyeberangi Jambatan Pulau Pinang atau menggunakan feri yang perkhidmatannya semakin lembab semata-mata mahu melayani kehendak Guan Eng di Komtar. Lebih baik, hari minggu itu diperuntukkan sebaik mungkin untuk menemui rakyat di kawasannya. Dalam menghadapi isu ini, tidak perlulah Guan Eng `melompat’ untuk bersemuka walaupun inilah yang menjadi budaya puak sebelah sana yang suka mengatur debat dan mendesak menubuhkan suruhanjaya siasatan dan macam-macam lagi.

Guan Eng tidak perlu melatah selepas `dicubit’ oleh Shabudin. Biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan untuk membersihkan namanya jika tindakan Shabudin menjejaskan reputasinya. Eloklah rakyat khususnya penduduk Pulau Pinang yang menyokong pakatan DAP-Pas-PKR tahu kedudukan sebenar mengenai isu yang dibangkitkan. Terimalah dakwaan atau kritikan secara terbuka seiring dengan sebuah kerajaan negeri yang mengamalkan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti, Telus atau CAT. Jika dilihat dalam sudut politik, mungkin kenyataan itu boleh menjejaskan reputasi wakil rakyat tetapi ia juga menguji keupayaan pemimpin berkenaan mentadbir negeri dengan baik sesuai dengan slogan CAT. Biarlah SPRM menjalankan tanggungjawabnya selepas SPRM menyatakan kesediaan untuk membuka kertas siasatan. Semua pihak harus bersabar menunggu siasatan itu. Hentikan buang masa cabar mencabar. Selain menyifatkan isu yang dibangkitkan Shabudin sebagai buang masa, ada juga kalangan anggota pembangkang menyatakan isu itu sepatutnya dibangkitkan di DUN melalui ADUN UMNO di Pulau Pinang supaya Ketua Menteri menjawabnya. Ada juga yang menyifatkan isu itu mahu memburukkan imej Guan Eng, salah tempat dan tidak patut dibawa ke Parlimen. Ada yang menganggap itu soal peribadi, soal pentadbiran negeri. Ada yang mencabar supaya pihak berkenaan membuat laporan polis.

Begitulah reaksi mereka yang cuba mempertahankan individu yang `diserang’. Inilah ragam politik kita, apabila terkena batang hidung sendiri, macam-macam helah, andaian dan kenyataan dibuat sedangkan perkara yang sama juga pernah menjadi mainan di pihak sana, membuat dakwaan sesuka hati sebelum siasatan dilakukan. Kekebalan di Parlimen menjadi pendinding sedangkan hakikatnya, rakyat boleh tahu apa yang mereka cakap di dalam sana, jika bernasib baik ketika siaran langsung di televisyen. Dalam menghadapi isu ini, Guan Eng perlu lebih tenang dan tidak terburu-buru. Ini soal integriti yang bukan sahaja melibatkan kerajaan negeri tetapi juga Guan Eng. Biarlah SPRM menyelesaikannya.

Jika diselak kembali apa yang dibangkitkan Shabudin, isu yang ditimbulkan ialah penjualan tanah yang diperuntukkan oleh kerajaan BN Pulau Pinang bagi pembinaan rumah kos rendah untuk disewa dengan kadar RM100. Shabudin mendakwa, tanah itu dijual secara tender untuk projek hospital swasta dan juga hotel suites. Keputusan itu disifatkan sebagai percanggahan Dasar Perumahan Negara kerana tanah yang diperoleh oleh pihak kerajaan sepatutnya untuk membina rumah bagi bekalan rumah kepada rakyat termiskin. Turut ditimbulkan ialah isu pemilikan sebuah rumah di Jalan Pinhorn. Shabudin ingin penjelasan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta di bawah Kementerian Kewangan mengenai rumah yang dibeli dengan harga RM2.5 juta pada Oktober 2008 dan setelah ubahsuai dengan jumlah ratusan ribu dijual pada harga RM2.8 juta. Sebuah rumah lagi dalam jarak 4 buah rumah daripada rumah nombor 25 ini dinilai dengan harga yang jauh lebih tinggi sedangkan keluasan tanahnya cuma separuh daripada keluasan rumah No.25.

Guan Eng telah menjawab isu yang dibangkitkan ini tetapi bagi kepuasan semua pihak, eloklah SPRM campur tangan. Sekurang-kurangnya rakyat tahu kedudukan sebenar walaupun pengakhirannya akan menyamai isu RM2.6 bilion dan 1MDB yang masih ada pihak belum puas dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain