Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMNO parti teras Malaysia

KEMAJMUKKAN dalam kehidupan berpolitik di Malaysia memerlukan parti teras yang memayungi semua. UMNO sejak 71 tahun lalu mendukung pe­ranan ini dan ternyata membawa kesan positif terhadap realiti Malaysia.

Realiti Malaysia yang pelbagai memerlukan faktor pe­nyatuan yang sifatnya terbuka, memiliki ciri toleransi yang tinggi, mengutamakan persefahaman dan perpaduan dan dalam masa sama faktor bangsa, agama dan negara dipelihara. Inilah keunikan UMNO yang tidak ada pada parti pembangkang.

Memang sebagai sebuah parti yang didukung oleh manusia terdapat kekuatan dan kelemahan. Kekuatan itu dimanfaatkan dengan baik untuk membangunkan orang Melayu dalam pelbagai bidang dan kelemahan itu disedari dan usaha mengatasinya terus berlaku. Ini menyebabkan UMNO memiliki talian hayat yang ampuh menempuh cabaran persepsi yang pelbagai.

Fitnah sering dilontarkan kepada parti ini. Orang yang rasional dan memahami jejak rekod sumbangannya kepada orang Melayu akan akur UMNO dan kerajaan ba­nyak menyumbang kepada kemajuan negara khusus­nya orang Melayu. Ini menimbulkan iri hati kepada kelompok yang berkepentingan dalam negara dan luar negara cuba menjatuhkan kerajaan, memfitnah kepimpinan yang mendukung UMNO supaya cita-cita peribadi mereka dipenuhi. Apa lagi di tengah-tengah rasukan media sosial yang pelbagai, UMNO dan kerajaan digambarkan sebagai pembawa kehancuran kepada negara. Namun orang Me­layu yang terus mendukung UMNO mempunyai sifat taat yang tinggi kepada parti dan ini menjadi kunci kekuatan UMNO sebagai teras Barisan Nasional (BN).

Malaysia tidak mempunyai pilihan lain untuk terus maju dan membangun dalam realiti masyarakat majmuk melainkan memilih BN di mana UMNO sebagai terasnya. DAP umpamanya ditanggapi sebagai parti rasis dan cauvinis, berselindung di sebalik slogan Malaysian Malaysia kononnya untuk keadilan semua.

Parti PAN yang didukung oleh bekas pemimpin Pas , Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tentu arif sejarah perjuangan DAP yang bercanggah dengan perjuangan Islam. Mereka sanggup berpaut kepada DAP kerana kepentingan ingin berkuasa. PKR pula hanya mempunyai satu tujuan iaitu memartabatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan sedang menghadapi krisis kepimpinan. PBBM masih tidak jelas hala tujunya dan sedang menghadapi krisis kepimpinan dan mempunyai cita-cita tersendiri untuk bersama dengan Pakatan Harapan.

Orang Melayu amat sedar dalam situasi yang memerlukan kedudukan orang Melayu diperkasa pilihan terhadap UMNO adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Orang Melayu tidak mahu berjudi nasib memilih pembangkang yang belum tentu menjamin kedudukan orang Melayu.

Sebagai parti teras, UMNO perlukan transformasi dari sudut organisasi dan orientasi supaya mudah diterima generasi muda. UMNO perlu mempelopori semula revolusi perubahan sikap dalam kalangan orang Melayu supaya meningkatkan daya juang yang tinggi, sikap maju dengan kekuatan ilmu dan ketrampilan, menghapuskan mentaliti subsidi yang menyebabkan daya saing tidak terserlah. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu memiliki keinsafan untuk me­ngubah dirinya sendiri. Sikap bergantung kepada pihak lain harus diganti dengan jiwa mandiri yang tinggi supaya orang Melayu melalui UMNO dan kerajaan memanfaatkan modal insan yang berkualiti ke arah ekuiti yang lebih tinggi dalam semua bidang.

Politik adalah kuasa. Memiliki kuasa memberi kesan kepada perubahan. Sekiranya orang Melayu kehilangan kuasa perubahan tidak akan terjadi dan orang Melayu bakal dibelenggu pihak lain sekali gus terpinggir. UMNO dan kerajaan harus tampil mengatasi masalah orang Melayu supaya kedudukan terasnya dalam politik Malaysia berupaya membangun kekuatan teras dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan agama supaya orang Melayu menjadi umat yang dihormati dan disegani.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain