“Lagi pun track record dia menarik dan berjaya as a business wo­men... ibu tunggal, berani confronting pembangkang dan ada common sense dan tidak tertakluk pada typical program Puteri,” demikian kata rakan Tumpang lalu itu merujuk kepada Dira, 34, dari Merlimau, Melaka ini.

Tumpang lalu bersetuju benar dengan rakan lama Tumpang lalu ini, walaupun ada seorang rakan daripada Ibu pejabat UMNO tanpa budi pekerti menganggap dia ‘wartawan cabuk’. ‘Wartawan cabuk’ macam inilah yang Tum­pang lalu fikir memiliki idea bernas luar kotak.

Kadang-kala Tumpang lalu fi­kirkan, dalam keadaan UMNO ‘tiada apa-apa’ sekarang’, isu tek­nikal yang menyekat seseorang itu bertanding, tutup sebelah mata sahajalah. Lihat sahaja Pakatan Harapan, seorang ‘budak hingusan’ daripada pakatan itu yang tidak pernah diberi harapan, dimomokkan sebegitu rupa pun boleh menang di Parlimen Muar.

UMNO itu datang dari rakyat dan mesti dikembalikan kepada rakyat. UMNO perlukan revolusi dalamannya. UMNO kena catch up the bull by the horns. Makna­nya berani dan yakin berdepan dengan kesusahan, bahaya dan hal-hal sukar.

Kita perlu bercakap tentang re­volusi. UMNO mesti bersedia dan tidak hanya ‘mengambil pisau tetapi gergaji berantai untuk potong apa sahaja yang patut dipotong’.

Lihat sahaja Pakatan Harapan. Tidak perlu cawangan, bahagian atau ahli 3.6 juta atau barisan Kabinet yang melebihi 30 orang, tetapi cukup hanya menggerakkan beberapa ikon, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli, Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar untuk menumbangkan BN. UMNO jangan terlalu ­kosmetik sangat. Kita perlu melihat kepada realiti.

Medan baharu sudah dibuka untuk kedua-dua pihak (UMNO atau Pakatan Harapan), siapa yang akan meyakinkan pengundi dalam tempoh lima tahun mendatang ini?

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, sejumlah 46.29 peratus pengundi Melayu menyokong BN (78 kerusi Parlimen). Di 54 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO sahaja, terdapat 2.56 juta atau 21.15 peratus pengundi yang menyokong kuat parti itu.

Mana-mana parti politik pun kini beringat. Rakyat semakin cerdik dah. Kalau di Amerika Syarikat dan England, rakyatnya tukar kerajaan setiap dua penggal. Di England, ada kerajaan ba­haru setiap 10 hingga 15 tahun. Dua atau tiga pilihan raya dah tukar kerajaan baharu. Walaupun kerajaan itu ada prestasi baik, te­tap ditukar. Sistem dua parti se­perti itu. Tak bagi 100 tahun untuk satu-satu parti memerintah.

Mana-mana revolusi tidak akan berlaku melainkan masyarakat yang mulakan. Ia tak akan berlaku jika ahli politik ingin me­lakukannya. Tunjukkan kepada Tumpang lalu satu revolusi yang dimulai oleh ahli politik. Tak ada.

Sejarah revolusi semuanya di­mulakan oleh rakyat. Ahli politik hanya ‘rampas’ revolusi ini. Daripada revolusi Perancis sehingga ke Perang Dunia Pertama, revolusi itu dicetuskan oleh rakyat. Dan kebanyakan revolusi ini dimulakan sebab rakyat kelaparan.

Leon Trotsky dan Vladimir Ilyich Lenin tiada di dalam negara, mereka dalam buangan. Apabila askar tak dibayar gaji, mereka marah dan keluar memulakan revolusi. Trotsky dan Lenin kembali dan jadi pemimpin revolusi di negara mereka.

Kalau ‘kelaparan’ itulah yang ditunjukkan dengan sentimen mengkritik cukai barang dan per­khidmatan (GST) sebelum PRU-14 lalu, Tumpang lalu kena bersetujulah sebab kalau pergi ke pusat beli-belah sekarang ini, wajah-wajah yang nak membayarnya di kaunter semuanya menarik nafas lega.

Kita kena faham lebih 60 pe­ratus rakyat Malaysia melayari internet. Sekarang kanak-kanak sembilan, 10 tahun sudah ada Facebook. Mereka menggunakan IPhone, Samsung, Vivo. Mereka jauh lebih pintar daripada zaman kita dahulu.

Mereka well infor­med. Ba­gaimana kita hendak mem­pe­ngaruhi generasi ini hanya de­ngan perubahan kosmetik. Tidak, perubahan ini semua kena nyata dan drastik. Rule of law, not rule by law, akauntabiliti, ketelusan, kebebasan dan kehakiman, kini berada di tangga nombor satu rakyat.

Barangkali ada beberapa per­kara yang rakyat tidak suka, tapi ia ada dalam tangga teratas di peringkat Persekutuan. Mereka bukan nak cipta semula wheel (roda). Cuma kata mereka, wheel kena berputar.

Sebahagian besar rakyat mu­ngkin masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu diperangi sekarang. UMNO sudah sampai ke peringkat change or die (be­rubah atau mati). Kalau Pa­katan Harapan tak perform, rakyat akan beri kerajaan balik ke­pada BN (Tidak pasti Tumpang lalu akan tahap status quo­nya setakat ini).

Tapi jika di England me­reka tak berca­kap tentang pe­mimpinnya. Me­reka bercakap tentang Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang Republikan-Demokrat. Pemimpinnya tak pen­ting. Tapi di Malaysia, kita bercakap tentang Tun M, Anwar Ibrahim dan Najib Razak. Kalau tak boleh perform, letak jawatan.

Rekod BN (terma­suk Perikatan) sebagai parti peme­rintah adalah antara yang pa­ling cemerlang dalam kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan, malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

Cuma, seperti mana LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik.

Jadilah, seorang statesman, tidak sekadar seorang warlord politik semata-mata. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh warlord di peringkat cawangan dan bahagian. ‘Barangkali’, ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti. Bersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar.

Bertindak tegaslah terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan dari cawangan, bahagian sehinggalah ke peringkat tertinggi parti.

UMNO mesti teguh dengan prinsip perjuangannya. Hak-hak istimewa dan khas orang Me­layu/bumiputera, hak Raja Per.38 dan 181, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Per.159), kedudukan agama Islam dan lain-lain agama (Per.3), siapa itu Melayu di bawah Per.160, semua ini dan lain-lain telah berakar tunjang kira-kira 60 tahun.

Mesti sanggup menjawab tohmahan yang dilemparkan. Bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut, orang sudu. Mesti pakai falsafah ‘kendur berden­ting-denting, tegang berjela-jela.

Terserah kepada perwakilan 191 bahagian UMNO yang akan bersidang 30 Jun ini untuk meletakkan siapa di pucuk pokok nanti. Kepada rakan lama Tum­pang lalu tadi, anda bukanlah ‘wartawan cabuk’. Luahkanlah lagi idea bernas seperti itu - yang era politik semasa sekarang menuntutnya, tiada batas­nya. Kerana selalu orang berkata...be­gitulah Pele bermula.