ADAKAH benar bahawa Dr. Mahathir Mohamad dan juga empat orang anaknya mempunyai kepentingan dan pemilikan di dalam 488 buah syarikat yang berdaftar?

LSS memaparkan senarai tanda tanya itu yang dikongsikan beliau dengan orang ramai, sekali gus menuntut penjelasan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad. Berikut dipaparkan butiran persoalan itu:
 

Jika Malaysia tidak juga jatuh bankrap apabila hutang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk lima tahun pertama pernah mencecah lebih dari sekali ganda iaitu 44% pada tahun 1980 kepada 103.4% menjelang 1986, bagaimana Malaysia boleh bankrap ketika hutang kita sekarang ini hanya 52.7%?

* Ada kira-kira 80 buah negara yang purata hutangnya le­bih dari Malaysia ini yang hanya 52.7% termasuk kebanyakan negara di Eropah, Amerika Syarikat, Si­ngapura, Jepun dan lain-lain lagi. Jika Malaysia bankrap, adakah 79 buah negara seperti ini dengan kadar hutang yang lebih tinggi akan terlebih dahulu jatuh bankrap?

* Timbalan Presiden Par­ti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui dalam mah­kamah baru-baru ini bahawa be­liau dan juga Muhyiddin telah merancang untuk menggulingkan Najib seawal tahun 2014 lagi iaitu sebelum isu 1MDB meletup. Adakah ini bermakna bahawa Muhyiddin dan Mukhriz telah dipecat kerana bersubahat untuk menggulingkan pre­siden parti, bukannya kerana isu 1MDB?

* Adakah benar bahawa anda (Dr. Mahathir) dan juga empat orang anak anda sebagaimana disenarai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana mempunyai kepentingan dan pemilikan di dalam 488 buah syarikat yang berdaftar? Jika ini benar, berapa ratus buah syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga anda? Berapa pula nilai syarikat-syarikat tersebut?

* Dr. Mahathir telah memperjuangkan untuk orang Melayu dan juga Islam selama 22 tahun dan akhirnya anda berjaya melahirkan tiga orang Melayu Islam sebagai antara 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2014 dengan anak anda iaitu Tan Sri Mokhzani muncul sebagai orang Melayu Islam kedua terkaya. Adakah ini anda gambarkan sebagai kejayaan yang sangat dibanggakan?

* Adakah benar beberapa bulan sebelum anda meletak jawatan, Kementerian Kewangan yang di bawah anda telah menganuge­rahkan lesen perjudian secara monopoli selama 20 tahun tanpa sebarang tender dan tidak memaklumkan kepada Jemaah Menteri dengan harganya sebanyak RM20 juta sahaja - di mana kemudiannya telah menjualnya beberapa tahun selepas itu dengan nilai RM700 juta?

* Malahan, jutawan ini telah menghabiskan jutaan ringgit bagi menganjurkan parti hari jadi untuk anda setiap tahun. Tidakkah ini juga merupakan rasuah?

Datuk Seri Mirzan telah membeli Diperdana Bhd. yang merupakan syarikat perniagaan pe­ngangkutan kontena ketiga terbesar daripada ... sementara Mokhzani telah membeli Pantai Hospital daripada ... Berapa ba­nyak syarikat yang dibeli dan dijual antara anak anda dengan ahli keluarga ini?

* Ahli Majlis Tertinggi PPBM, A. Kadir Jasin pernah berkata bahawa semasa anda berkuasa, jutawan ini kerap meminjamkan jet peribadinya untuk digunakan oleh anda. Tidakkah penggunaan jet ini juga dianggap sebagai ra­suah kerana anda dikira telah menerima sesuatu dengan balasan? Atau Kadir ini hanya berbohong?

* Adakah benar Dr. Mahathir merupakan antara tiga pemegang saham terbesar di hotel lima bintang Pa­lace of Golden Horses yang terletak berhampi­ran dengan rumah­nya?

* Bilakah an­da membe­li rumah yang d­iduduki pada hari ini di Country Heights dan berapakah harganya? Ada atau tidak sebarang bukti me­nunjukkan pembe­lian tersebut?

* Pada 1998 ara­han untuk me­­ngambil alih dan mengusir telah dikeluarkan ke atas Kelab Lumba Kuda di atas tanah yang sekarang ini terbinanya KLCC.

Mengapa arahan ini te­lah dibatalkan dan mengapa pihak kerajaan tidak bertindak untuk membuat penilaian dengan harga yang nominal tetapi sebaliknya membenarkan taikun perniagaan Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan mengambil alih tanah tersebut beberapa tahun selepas itu dan kemudiannya membuat berbilion ringgit setelah menjualnya kepada Petronas selang beberapa tahun?

* Anda berkata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan DAP adalah rasis tetapi kini anda berkata mereka ini tidak rasis. Adakah anda menipu di masa dahulu atau anda sendiri telah berbohong pada masa kini?