Liow Tiong Lai

Mana tidaknya. Dalam sa­tu perjumpaan dengan pe­ringkat akar umbi parti baru-baru ini, seorang pengerusi Ba­risan Nasional (BN) negeri ber­tanyakan pada seorang pe­mimpin cawa­ngan MCA di situ.

“Sudah buat persiapankah di PDM? Jawapan yang diterima pemimpin itu: “Apa itu PDM...ehmmm...belum lagi?

Alahai takkan itu pun nak diajar. PDM, singkatan untuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) amat penting kepada mana-mana parti berhadapan pesaingnya. Di situlah segala data pilihan raya meliputi pengundi ada - yang dewasa, muda, sudah berdaftar, belum berdaftar, komposisi Melayu, bumiputera, Cina, India dan lain-lain.

Pendek kata, belum masuk gelanggang PRU-14 pun sudah boleh dicongak menang atau kalah parti terbabit.

Tumpang lalu sengaja memfokuskan kepada MCA dan Gerakan ini kerana dua parti Cina ini kelihatan tidak bersungguh-sungguh membantu UMNO mempertahankan mandat rak­yat. Hendak menjadi ja­guh melawan DAP jauh sekali. Silap-silap ‘ikut sama pejuangkan isu’.

Tapi bila pergi bab hendak umumkan calon parti masing-masing atau anjur majlis makan-makan baik siang atau malam, itu nombor satu ke depan.

Bukan apa, Tumpang lalu sudah penat melayan rungutan atau keluhan daripada kalangan orang UMNO sendiri terhadap si­kap kurang agresif atau daya melawan MCA dan Gerakan.

slug: prk_calun barisan nasionalIpoh, 17 Mei, 2014 - Presiden
Mah Siew Keong

Lihatlah di seberang Laut China Selatan sana pada pilihan negeri Sarawak, Mei 2016. Ya, bagaimana DAP yang licik dan agak angkuh waktu itu de­ngan slogan ‘Jom Ubah’nya pun boleh kalah teruk. Tersungkur di lima daripada 12 kawasan yang dikuasai mereka sebelum itu iaitu di Batu Kawah, Repok, Meradong, Dudong dan Piasau.

Lapan daripada 16 kerusi ma­joriti Cina kini berada dalam genggaman BN mela­lui parti berteraskan Cina, Parti Rakyat Bersatu (SUPP).

Inilah yang dimahukan. Sama-sama ber­layar dalam gelombang getir kali ini.

Hakikatnya dengan UMNO sendiri secara solo sahaja telah mencalar ego semua parti pembangkang dalam pakatan rakyat pada 2013, dengan kedudukan 88/89 kerusi Parlimen.

Justeru untuk menutup terus mulut pembangkang, Pre­siden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong mesti bersama-samalah berlayar dengan UMNO dan seluruh komponen - mengembalikan majoriti dua pertiga.

Masuklah, redahlah kubu-kubu DAP. Jangan asyik ‘me­ngendeng’ UMNO sahaja. Ingat ini! DAP tidak kebal. Hidup umpama roda yang berpusing.