Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KITA menang lagi. Kali ini bukan juara acara sukan. Yang kali ini, kita menang dalam penggunaan WhatsApp terbanyak. Bukan terbanyak setakat di daerah Rem­bau, dalam Malaysia atau di rantau ASEAN, tetapi di dunia. Kitalah yang dapat nombor satu. Ini maknanya bukan main lagi kita bergantung pada aplikasi ini.

Laporan The Digital News Report 2017 menyatakan bahawa pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Turut dinyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 pe­ratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus). Jus­teru Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, penggunaan internet yang tinggi ini antara faktornya Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik.

Saya mengakuinya, penembusan internet kita baik. Pun begitu, masih banyak ruang yang boleh ditambah baik. Ada kawasan yang masih perlahan internetnya walaupun berada di tengah bandar dan pengguna dikenakan caj yang mahal untuk perkhidmatan yang lembab itu.

Mungkin pengguna kita ini amat penyabar. Internet perlahan macam mana pun, tetap gigih menggunakannya walaupun merungut. Faktor sabar juga mungkin membolehkan kita menjadi pengguna WhatsApp tertinggi.

Menyentuh tentang media sosial, kongsi dan sebarkan berita ini, sudah terlalu banyak orang berkata dan menulis mengenainya. Sudah banyak peringatan dan nasihat diberikan kepada orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu maklumat itu sahih baru boleh sebar. Kalau sebar berita yang tidak betul, memang kacau. Semua orang pun tahu kesannya.

Itu belum masuk lagi bab berkongsi cerita dan gambar dalam laman sosial Facebook dan Instagram, semuanya mahu ditunjuk. Kadang-kadang kita tertanya-tanya perlukah buat semua itu? Ini mengeluarkan daki di tapak kaki pun mahu tunjuk. Memang ‘potong selera’ bila terpandang masa tengah makan.

Saya tidak mahu cakap tentang itu. Yang ingin saya sentuh di sini tentang berapa banyak masa kita habiskan sehari dengan melayan media sosial, khususnya WhatsApp. Yalah, saya pasti ramai yang sudah dimasukkan tanpa rela dalam grup WhatsApp. Kadang-kadang tiba-tiba sahaja nombor kita dimasukkan dalam grup yang tidak ada kena mengena langsung dengan kita. Itu yang membuatkan ada yang perlahan-lahan left group pada tengah-tengah malam atau subuh.

Pernah saya ditegur oleh anak apabila tidak fokus kepadanya semasa dia tengah bercerita kerana sibuk membaca mesej di WhatsApp. Termalu alah juga apabila ditegur begitu. Sejak itu, saya tidak melayan mesej-mesej laman sosial di rumah. Anak lebih utama daripada segala-galanya. Bila lagi mahu luangkan masa dengan mereka. Saya gunakan ringtone berbeza untuk memastikan hanya nombor telefon yang penting sahaja diberi perhatian selepas habis waktu bekerja.

Lagipun yang kita lihat dalam group WhatsApp itu, tidaklah ada apa sangat yang penting atau boleh menggegarkan dunia. Maklumat semuanya sama. Setiap grup akan menyebarkannya, sampai beratus-ratus mengenainya sahaja.

Ada yang rajin hantar gambar, salam subuh sehinggalah selamat malam, selamat hujung minggu dan macam-macam selamat lagi. Sedar atau tidak sebenarnya bukan semua orang ada masa atau berminat untuk memberi perhatian kepada mesej-mesej sebegitu.

Hakikatnya kini, ramai yang di tangan tidak lekang de­ngan telefon pintarnya. Berpisah semasa tidur sahaja. Itu pun telefon itu diletakkan berhampiran telinganya. Bila tertinggal telefon di rumah, dia jadi tidak senang duduk. Seolah-olah satu kehilangan besar.

Jadi berapa banyak masa, kita benar-benar beri perhatian kepada orang sekeliling. Sebab itu, hubungan sesama orang terdekat dan rakan-rakan boleh jadi renggang kerana terlalu melayan telefon. Ada orang, sibuk mengajak keluarga atau kawan-kawannya keluar bersama. Tetapi bila keluar, sibuk dengan telefon pula. Orang macam ini, kita beri pilihanlah, sama ada dia mahu layan telefon atau kita boleh berbual dengannya melalui WhatsApp sahaja. Tidak perlu susah-susah untuk berjumpa. Habis cerita.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain