Wajibkah saya mengqadakan waktu sembahyang yang saya tinggalkan?

n Shaari Latif, Melaka.

UKE: Seorang yang sakit dan dalam keadaan koma, maka keadaannya di sini sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebagaimana orang sedang tidur atau pengsan.

Rasulullah SAW bersabda: “Pena diangkat daripada tiga orang; orang yang tidur hingga dia bangun; anak kecil hingga dia besar; dan orang gila hingga dia sembuh.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Antara syarat wajib solat ialah sempurna akal. Orang yang koma ialah orang yang tiada lagi taklif ketika itu maka gugurlah wajib solatnya.

Apabila dia sedar daripada komanya atau pengsannya dan jika masih ada waktu solat ketika itu maka wajiblah dia bersolat.

Maka tidaklah perlu diqada solat selama mana waktu hilang akalnya.

Suami bermesej lucah 
 dengan janda 


Suami saya berbalas mesej lucah dengan seorang janda. Bagaimana saya hendak memaafkan suami atas kesalahan curang yang dilakukan beberapa kali di belakang saya?

n Isteri Terluka, Selangor.

UKE: Bila suami sudah mengakui kesilapannya maka bagi anda ialah memaafkan kesalahan si suami. Bagi si suami, janganlah mengulangi kesalahan yang lalu. Jagalah hati isteri dan jagalah hukum agama.

Memaafkan kesalahan orang lain merupakan suatu perkara yang baik dan meninggikan kemuliaan diri bagi pemaaf.

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis riwayat Hakim).

Guna lambang menyerupai 
 agama lain

Rakan wanita saya seorang yang taat agama tetapi di belakang telefon bimbitnya ada logo salib. Saya telah menegurnya beberapa kali tetapi dia mengatakan hanya huruf ‘t’.

Apakah hukumnya dan apakah yang harus saya lakukan?

n Zul XPDC, 
Johor Bahru.

UKE: Haram seseorang Muslim membeli, membuat, mengukir mahupun membeli apa-apa lambang agama lain sebagai 
satu syiar atau lambang agama mereka.

Maka jika jelas apa yang terpapar itu adalah lambang agama lain maka hendaklah anda melarangnya daripada digunakan pada telefon teman anda itu kerana haram bagi orang Islam menggunakannya.

Ilah atau sebab pengharamannya adalah dilarang menyerupai dan mengagungkan syiar agama lain. Namun anda kena pastikan jika itu bukan lambang syiar agama secara khusus tetapi meluas digunakan secara umum seperti lambang ambulans, hospital atau huruf ‘t’ maka tiadalah kesalahan kerana ia bukan lambang khusus sesebuah agama.