Perbuatan kejam itu buat pertama kali juga mendapat liputan meluas media massa. Sebelum ini kes-kes penganiayaan dan penderaan ke atas haiwan jarang mendapat pembelaan selain hukuman yang dijatuhkan terhadap pelaku juga tidak begitu setimpal.

Kucing adalah makhluk Tuhan yang jinak dan manja sifatnya. Kucing biasanya akan menjadikan sesebuah rumah itu sebagai 'lubuknya' untuk berteduh dan mencari rezeki jika merasai ia diterima oleh penghuni rumah berkenaan.

Bagi pemilik rumah pula, kehadiran seekor dua kucing pada mulanya dialu-alukan tetapi masalah mula terasa apabila kucing-kucing betina kerap pula bunting dan mudah beranak-pinak. Keadaan ini menyebabkan sesetengah taman perumahan dan kawasan kedai berkeliaran dengan banyak kucing gelandangan.

Jika di Turki, kucing-kucing gelandangan biasanya 'gemuk-gemuk' kerana penduduk di sana sukakan kucing tetapi di negara kita, haiwan-haiwan itu berisiko mati cepat sama ada kerana kebuluran atau dirempuh kenderaan.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa berkaitan mencari kaedah terbaik menyelamatkan ribuan kucing gelandangan seperti menyediakan taman-taman khusus di seluruh negara bagi menghalang orang ramai menyiksa haiwan kesayangan Nabi ini. Amat menyedihkan jika manusia bersifat lebih teruk berbanding binatang itu sendiri.

P.S: Hormati hak haiwan...