Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penangkapan dua ketua polis daerah (OCPD) kelmarin yang disyaki bersekongkol dengan pusat judi haram dan rumah urut di Melaka, amat memeranjatkan. Tangkapan ini menconteng arang pada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Inilah yang dikatakan pepatah Melayu ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Walaupun segelintir dalam PDRM yang melakukan onar tetapi kesannya terpalit kepada seluruh pasukan. Walhal PDRM sudah terbukti antara pasukan polis yang cemerlang prestasinya dalam membanteras jenayah di negara kita.

Pada Julai 2011, laporan Indeks Keselamatan Global sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain. Ada juga laporan yang menyebut PDRM berada pada kedudukan kelima terbaik dunia iaitu selepas polis Uni­ted Kingdom, New York, Jepun dan Taiwan.

Umum tahu rasuah itu salah, tidak bermoral dan menjatuhkan maruah. Dalam Islam, Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima dan pengantara iaitu yang menjadi penghubung antara keduanya. (Riwayat Ahmad). Dalam hadis yang lain, baginda SAW menyebut pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya dalam neraka.

Al-Quran juga menegaskan perkara yang sama menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-Baqarah: 188)

Dalil-dalil al-Quran dan hadis tersebut jelas melarang keras umat Islam daripada melakukan rasuah atau budaya ‘matlamat menghalalkan cara’ sama ada dalam memperoleh harta kesenangan, pangkat mahupun kedudukan tertentu. Ini kerana, ra­suah menggugat keharmonian hi­dup masyarakat, menggugat keberkesanan perkhidmatan awam dan swasta, menggugat kestabilan politik dan ekonomi hatta mengancam keselamatan negara.

Ini boleh berlaku dalam si­tuasi iaitu mereka yang diberi tanggungjawab menjalankan sesuatu amanah menyalahgunakannya untuk mengisi kantung sendiri de­ngan cara meminta atau menerima suapan atau sogokan.

Jawapan mudah kepada persoalan ini ialah selagi ada pihak yang meminta, memberi dan menerima rasuah, maka selagi itulah rasuah tidak akan dapat dihapuskan dalam masyarakat, institusi ataupun organisasi dan negara.

Namun jika dilihat kerangka yang mendasar, rasuah berpunca daripada kelemahan iman dan lunturnya jati diri dan integriti. Memerangi rasuah adalah jihad yang perlu disemai di hati sanubari insan.

Neraka Allah bukan seperti api yang kita lihat di dunia ini. Bakarannya yang paling ringan pun dikatakan menyebabkan otak kita menggelegak. Allah memper­ingatkan hamba-hamba-Nya dengan neraka yang me­nyala-nyala yang apabila setiap kali apinya hendak pa­dam, Allah tambah untuk menyeksa penghuninya. Tidak dapat diba­yangkan betapa panasnya api yang bahan bakarnya terdiri daripada batu dan manusia. Panasnya membakar sampai ke hati manusia. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Api yang dinyalakan manusia di dunia hanya satu bahagian daripada 70 bahagian api jahanam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang parahnya, mereka yang terlibat dalam rasuah ini adalah orang yang dipertanggungjawabkan dan diberi ‘le-sen’ untuk memastikan keadilan dan menguatkuasakan undang-undang. Kita tidak mahu nanti masyarakat hilang hormat kepada PDRM yang banyak berjasa memelihara dan menjaga keamanan negara. Jangan sampai masyarakat menukar slogan PDRM sebagai penguat kuasa undang-undang kepada penyalahgunaan kuasa atau gila kuasa.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada setiap anggota pasukan keselamatan kita, gigih menyempurnakan tugas berat membasmi rasuah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain