Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Apabila fikiran sudah dicemari dengan politik kepartian sempit, maka apa juga perkara mahu dipolitikkan dan segala yang dilakukan oleh musuh politik dianggap salah sehingga akhirnya menjerumuskan sesetengah individu dalam kejahilan.

Itulah yang boleh penulis tafsirkan apabila membaca komen berhubung keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang memboleh­kan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di tempat terbuka.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara, adalah menjadi hak mana-mana individu untuk memberi pandangan dan kritikan, tetapi biarlah ada batasnya. Janganlah disebabkan kita tidak bersetuju dengan Pas atau membenci UMNO maka kita memperlekeh­kan langkah yang bertujuan meningkatkan syariat Islam.

RUU itu diluluskan dengan niat baik bagi meningkatkan syariat Islam dan sebagai usaha bagi melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ini. Sepatutnya mereka yang meng­aku Melayu Islam perlu memberi sokongan bukannya menjadi ‘balaci’ atau ‘tukang hamun’ untuk merendah-rendahkan undang-undang Islam.

Inilah kejahilan sesetengah orang Melayu berpolitik. Mereka mencampur aduk segala-galanya hanya disebabkan mereka mempunyai fahaman atau ideologi politik berbeza. Berikutan keadaan itu maka bertepuk tanganlah puak-puak yang sememangnya sejak dulu, kini dan selamanya menentang perjua­ngan memartabatkan Islam.

Paling malang yang membuat komen memperlekehkan langkah DUN Kelantan ada antaranya dianggap tokoh hebat. Pernah mempertahankan UMNO dan berada dalam kerajaan, tetapi disebabkan sejak dulu lagi individu ini tidak suka kepada Pas, maka apapun Pas buat dipandang negatif.

Soalnya, apa salahnya RUU itu? Sepatutnya sebagai seorang Islam, kita berasa bangga kerana RUU tersebut akan memberi pemahaman kepada bukan Islam mengenai kemuliaan agama Islam dalam menjaga kehidupan umat Islam, tetapi itu tidak berlaku.

Oleh kerana politik dan berkawan pula dengan parti-parti tertentu yang sememangnya tidak suka kepada undang-undang Islam, maka individu atau kelompok yang beragama Islam menjadi ‘jurucakap’ kepada parti tersebut. Lantas bergembiralah puak-puak bukan Islam. Ini memandangkan mereka tidak perlu berbuat apa-apa kerana dalam kalangan orang Islam sendiri sudah menentang RUU itu dengan hujah-hujah dangkal, walaupun mereka sendiri jahil berkaitan undang-undang Islam.

Kejahilan mereka diberi liputan meluas oleh portal beri­ta atau media yang sememangnya sudah lama mencari peluang dan kesempatan bagi memperlekehkan agama Islam serta umat Islam. Soalnya, adakah sikap politik tidak matang ini turut dilakukan oleh golongan bukan Islam? Pernahkah kita mendengar antara mereka sering memaki hamun atau mencerca sesama sendiri walaupun berbeza fahaman politik?

Kenapakah kita sebagai umat Islam boleh menjadi ‘terlalu tidak bijak’ dalam berpolitik? Dalam kalangan kita bukan sahaja sudah menjadi ‘lebai malang’, malah bersedia menjadi Si Kitul yang sanggup mengkhianati bangsa dan agama sendiri semata-mata mahu memuaskan nafsu politik peribadi atau kelompok yang kita sertai.

Oleh itu kepada puak-puak atau individu yang tidak menyokong RUU tersebut, walaupun hak mereka untuk me­nyatakan pendirian, tetapi jangan terlalu ghairah berhujah yang akhirnya boleh menyebabkan mereka dianggap tidak bijak dalam berpolitik dan jahil dalam bab-bab agama.

Seperkara lagi, kenapakah bersikap bagaikan ‘kera kena belacan’ apabila RUU itu diluluskan? Ia belum dilaksanakan, sebaliknya sebagai persediaan apabila RUU 355 diluluskan oleh Dewan Rakyat kelak, tetapi inilah sikap sesetengah orang Melayu!

Mereka hanya menjadi ‘alat’ kepada puak lain untuk diambil kesempatan bagi melemahkan orang Melayu dan mempersendakan agama Islam. Dalam soal ini, kita tidak boleh salahkan puak tersebut, sebaliknya salahkanlah orang Melayu yang semakin ramai tidak tahu menjaga kepentingan bangsa dan agama sendiri kerana ‘diracuni’ pemikiran politik sempit!

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain