Kak Tipah, Kuala Selangor.

UKE: Kenapa suami ajak ke pejabat agama? Nak kaunseling atau minta zakat? Baiklah, adakah suami kakak ingin berkahwin dengan janda itu atau hendak main-main sahaja?

Kakak cuba tanya secara baik dengan dia. Kalau hendak berpoligami bukan senang. Kena cukup serba-serbi. Bukan boleh main redah sahaja.

Kalau sahaja hendak menggatal dengan janda itu, kakak beritahu dia inginkan dosa atau pahala dan ingatkan dia tentang syurga dan neraka. Hidup ini tak lama, esok atau lusa maut boleh menjemput.

Kedua, selagi suami menyuruh kakak melakukan sesuatu yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, maka wajib kakak mentaati perintahnya. Selagi dia tak menyuruh kakak buat maksiat dan tak melarang buat ibadah, maka taatilah dia. Jangan kerana suami buat salah, kakak juga hendak buat salah.

Ketiga, kakak hilang kepercayaan kepada dia dalam bab apa? Kakak tak payah hendak memeningkan kepala memikirkan suami cakap betul atau bohong kerana lama-kelamaan kakak boleh stres.

Kalau dia hendak menipu kakak, sampai bila dia boleh menipu. Lambat laun 'kantoi' juga. Tak payah kakak hendak serabut perut. Kakak buat sahaja kerja, jaga rumah tangga dengan elok, jaga dan beri pendidikan kepada anak-anak serta jaga kesihatan. Buat apa kakak hendak stres memikirkan apa suami sedang buat?

Beritahu suami, “Dengan saya awak boleh ‘kona’ tapi tidak dengan Allah”. Keempat, mengadulah kepada Allah kerana Allah sedang menguji hendak tengok tahap kesabaran kakak.

Allah hendak tengok bila diuji macam ini, kakak hendak buat apa. Jumpa bomoh? Hilang sabar? Mengamuk? Burukkan suami? Pergi serang janda itu? Cerita masalah dalam status Facebook? Makin rapat kepada Allah? Makin kuat solat malam? Makin sabar? Kakak fikirlah sendiri.

 

Catat nota ketika khutbah

Jemaah ditegah untuk bercakap ketika khatib sedang berkhutbah. Apakah jemaah boleh mencatat atau menulis bagi mendapat manfaat isi kandungan ucapan semasa khatib berkhutbah?

MZMZ, Subang Jaya.

UKE: Tumpukanlah perhatian dan pendengaran serta hati ketika mendengar khutbah. Kalau badan di dalam masjid manakala hati pula di tempat lain, memanglah tak faham. Kalau telinga tak berminat mendengar maka tidurlah jawabnya. Kalau memang tak suka pada tok khatib itu, memang makmum akan tengok ke tempat lain.

Tak payahlah hendak tulis nota kerana apa yang disuruh adalah beri tumpuan dan hayati isi khutbah untuk diikuti. Namun, ketika khutbah makmum boleh mengingatkan imam jika imam tertinggal rukun, boleh memberitahu makmum yang lain bertujuan menyelamatkan mereka jika berlaku sesuatu kecemasan dan boleh juga berkata-kata untuk menyelamatkan orang buta misalnya yang hampir terjatuh ke tempat bahaya.

Janganlah bermain telefon bimbit, WhatsApp dan sebagainya yang boleh menghilangkan perhatian terhadap khutbah.