Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Siti Jarum

Memilemkan tokoh terbilang STESEN TV AlHijrah beberapa bulan lalu menyiarkan filem biografi Lion of Desert. Filem ini mengenai perjuangan tokoh Islam terkemuka Libya, Umar Mukhtar yang akhirnya mati digantung oleh penjajah Itali. Filem ini terhasil kerana kesungguhan Presiden Libya, Muammar Gaddafi untuk menjadikan jiwa rakyatnya sehebat Umar Mukhtar.

Maka benarlah kata orang, filem boleh menghidupkan tokoh yang sudah tiada. Filem juga boleh mengangkat tokoh yang tak berapa besar pada zaman gemilangnya. Biar pun Umar Mukhtar telah tiada tapi filem ini terus menghidupkan semangatnya.

Sekarang ini Siti berada di Jakarta. Siti akan menghabiskan cuti dua minggu di sini dengan menonton filem-filem hebat Indonesia. Drama-drama di sini juga hebat. Tapi yang dibawa masuk ke negara kita boleh dikatakan dijual borong macam durian buruk dalam bakul. Patutlah buruk sangat, memang tak berkualiti rupanya.

Siti baru sahaja menonton filem mengenai bekas Presiden Indonesia, Habibie Dan Anum arahan Faozan Rizal. Ini adalah filem biografi tapi sambutan sehebat filem mengenai hantu dalam botol kicap kalau di Malaysia. Malu pula rasanya, di negara kita orang berpusu-pusu menonton hantu yang terperangkap dalam botol kicap. Di Jakarta mereka berpusu-pusu menonton pemimpin mereka.

Nasib baik orang Indonesia tak tau keadaan sebenar filem kita. Kalau nak dibandingkan kedudukan ekonomi, kita jauh lebih hebat daripada Indonesia. Tapi bab budaya dan karya seni, rasanya mereka di sini lebih ke depan. Kalau tidak masakan filem tentang Presiden Habibie boleh meletup.

Memanglah filem ini meletakkan pelakon popular, Bunga Cinta Lestari. Tapi filem ini tak bertenggek atas nama pelakon semata-mata macam filem kita jual pelakon wanitanya. Kalau bukan Bunga Cinta Lestari pun filem ini dapat sambutan juga.

Kita bukan tak ada tokoh-tokoh terbilang. Bukan sikit tapi banyak. Salah satunya Perdana Menteri kedua, Tun Razak. Suhaimi Baba telah memilemkan kehebatan Tun Razak bersama timbalannya Tun Dr. Ismail dalam filem Tanda Putera. Tapi khabarnya filem Tanda Putera agak sensitif untuk ditulis banyak-banyak.

Itulah antara suatu yang pelik tentang orang kita. Kalau kisah hantu dengan botol kicapnya, tak ada masalah untuk ditayangkan. Tak ada apa-apa masalah pun. Tapi bila tiba giliran filem tentang Tun Razak, banyak pula yang bersilat untuk mengelakkan daripada ditayangkan. Apa hal?

Tapi bagi Siti kegagalan menayangkan filem perjuangan Tun Razak tidak boleh mematahkan semangat untuk terus memilemkan tokoh. Kita mesti menghidupkan kembali tokoh-tokoh termasuk yang telah tiada untuk generasi akan datang. Kalau bukan tokoh politik kanan, kita boleh filemkan Tokoh Wartawan Negara, A. Samad Ismail atau Pak Sako yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara.

Biarlah nama mereka seolah-olah dipadamkan daripada sejarah, tapi karyawan filem kena mengambil pendirian yang berbeza. Kalau filem tentang tokoh kena halang lagi daripada ditayangkan, jangan putus asa. Ini penting supaya perjuangan Pak Samad dan Pak Sako menerusi mata pena boleh menjadi contoh kepada wartawan sekarang.

Siti harap kita jangan jadi seperti India membiarkan tokoh mereka Mahatma Gandhi difilemkan oleh Barat. Filem Gandhi diarahkan oleh Richard Attenborough. Maka sudut pandangan filem ini bukanlah India tapi Barat. Lagi pun apalah gunanya industri filem India yang begitu hebat tapi tokoh sehebat Gandhi dibiarkan jatuh ke tangan orang lain? Buat malu saja.

SITI JARUM: Rindu Kuala Lumpur.

Umrah pun guna artis

BARU-BARU ini Siti ada terbaca satu berita yang agak kelakar. Tapi mesti ada orang marah, orang kena tipu Siti kata kelakar.

Selepas baca berita itu Siti pun tertanya-tanya apalah yang nak jadi dengan orang kita. Serba serbi nak guna artis. Buat program itu nak guna artis, buat program ini nak guna artis. Nak jual ubat kena pakai artis, nak jual sabun pun pakai artis. Akhir sekali nak pergi umrah pun kena guna artis.

Beritanya orang yang mahu menyertai umrah kononnya dengan artis popular, sudah bayar duitnya. Tau-tau program pergi umrah dengan artis popular itu tidak wujud dan artis berkenaan menafikan ada pihak menghubunginya.

Siti tak tahu sejauh mana kesahihan kes ini. Bagi Siti bukanlah isunya. Isu yang Siti nak bentangkan kelicikan pihak yang menggunakan kelemahan orang kita dalam bab artis. Sebabnya nak pergi umrah pun kena ada artis.

Siti percaya kalau orang kita tak taksub sangat dengan artis, sudah tentu mereka tak jadi mangsa. Khabarnya kalau tak selit artis tak dapat sambutan. Betulkah? Akhirnya artis digunakan untuk macam-macam perkara hingga tak masuk akal.

SITI JARUM: Lepas ini gerai mamak pun kena letak artis.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain