“Setiap dua bulan saya akan datang ke situ untuk menggunting rambut. Walaupun terdapat banyak kedai gunting rambut di Pekan Rembau, Kedai ini tetap menjadi pilihan kerana unik selain pandai menghiburkan pelanggan.

“Selain itu, keluarga tukang gunting rambut ini juga sangat ceria dan pandai berjenaka sehingga saya selesa berada di kedai ini,” katanya.

Bercerita tentang bayaran, katanya, kadar bayaran yang dikenakan adalah murah berbanding kedai gunting rambut lain.

“Saya selalu gunting rambut di kedai ini, bayaran sekitar RM8 ke RM10. Amat berbaloi,” katanya.

Mohd. Nadzar berkata, dia mengetahui tentang kedai itu melalui rakannya.

Bagi Ramli Minhat, 41, dia mengenali pemilik kedai tersebut sejak kecil lagi.

“Selain tukang gunting itu gemar menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee ketika menggunting rambut, saya amat selesa datang ke sini kerana potongannya kemas.

“Kim Soi tidak lokek dengan jenaka, kadang-kadang hilang penat bila datang ke kedai ini,” katanya.

Seorang lagi pelanggan tetap, Mohamad Abdullah, 34, menganggap kedai itu sebagai perniagaan keluarga yang unik dan dia tidak kering gusi kerana sikap peramah pemiliknya yang mesra pelanggan

Katanya, walaupun berlainan kaum, anak-anak Ng Kim Soi juga amat peramah dan tidak sombong serta menghormati sesama masyarakat.

“Kebanyakan pelanggan yang pertama kali mendapatkan khidmat di kedai itu pasti akan datang semula nanti,” katanya.