Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PERNAHKAH Mohamed Azmin Ali yang turun bersendirian membersihkan longkang besar di Gombak sambil dip 2
PERNAHKAH Mohamed Azmin Ali yang turun bersendirian membersihkan longkang besar di Gombak sambil diperhatikan orang ramai pada November 2014 ketika baru memegang jawatan Menteri Besar Selangor melihat longgokan sampah semasa lawatan Noh Omar ke flat Desa Mentari, Petaling Jaya pada 10 April tahun ini?

BUKAN main dicanang kerajaan PKR Selangor terhadap Skim Peduli Sihat (SPS), antara ‘produk’ terbaharunya menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi ini.

Wah! dipalu lagi pula oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan produk tersebut. Katanya, diperuntukkan sejumlah RM125 juta setahun untuk pelaksanaannya sahaja. Skim Peduli Sihat itu akan menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau 1 juta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3,000 ke bawah.

Dalam ucapan ketika me­lancarkan Skim Peduli Sihat di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak - kawasan Parlimennya - pada 24 Januari lalu, Mohamed Azmin siap ‘angkat bakul sendiri’ lagi dengan mendakwa mekanisme yang dilakukannya adalah selaras dengan gagasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bukan itu sahaja, sambil itu secara sinis mengutuk kerajaan Pusat dengan merujuk laporan WHO pada 2014 bahawa kadar perbelanjaan kesihatan Malaysia hanya pada tahap 4.2 peratus dari KDNK berbanding Cuba; 11.1 peratus, Brazil; 8.3 peratus, Vietnam; 7.1 peratus dan Thailand; 7.1 peratus.

Tetapi kalau orang Selangor boleh renung-renungkan sejenak, mengapa hanya sekarang menje­lang PRU-14, barulah skim seumpama itu hendak diwujudkan? Bukan ole-ole pilihan rayakah?

Selama enam tahun berturut-turut Selangor menjadi ‘juara’ kes denggi dengan mencatat kes tertinggi selain turut ‘mengungguli’ rekod kes kencing tikus yang tinggi, baru beberapa bulan ini sahajakah diumumkan SPS seumpama ini?

Ini bukan soal baru beberapa bulan dilancarkan, SPS berjaya menarik perhatian seramai hampir 70,000 pemohon untuk menjadi peserta inisiatif terbaharu kerajaan negeri itu seperti dibanggakan oleh Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi.

Ini juga bukan soalnya dalam tempoh sama ratusan klinik turut memohon untuk menjadi klinik panel SPS.

Tetapi persoalan atau tanda tanya, mengapa kes denggi dan kencing tikus masih merajai kalangan penduduk Selangor sehingga beberapa bulan kebelakangan ini?

Perhatikan statistik di atas, berapa banyak kematian akibat kes denggi di Selangor? 55 kes. Kes daftar denggi sahaja berapa? Mencecah 40,000 kes. Bukankah di Gombak sahaja, mencapai 4,245 kes setakat 2 September lalu.

Apa yang dibuat kerajaan ne­geri Selangor? Itu belum lagi kes kencing tikus yang sehingga Julai lalu merekodkan 420 kes dengan satu kematian.

Apabila mendengar hujah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar terhadap ‘cara berpolitik’ Mohamed Azmin ini, ada juga logiknya.

“Di peringkat negeri, dia (Mohamed Azmin) kata dia lancar kad peduli kesihatan tetapi dari segi keseluruhan Selangor mencatatkan dua rekod iaitu denggi paling tinggi dalam negara hingga ada kematian dan penyakit kencing tikus, ini juga (Selangor) ‘johan’.

“Saya fikir dia hanya pandai berpolitik namun gagal selesai isu kesihatan yang membelenggu rakyat,” katanya kepada akhbar ini baru-baru ini, sambil meminta semua pihak memikirkan adakah peningkatan kes denggi ini di­sebabkan pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna.

Ini ekoran keengganan Mohamed Azmin menggunakan Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21.

Sikap kebudak-budakan ini sehingga sanggup pula mengarahkan pihak berkuasa tempatan menghantar sampah ke Jeram, yang jaraknya jauh menyebabkan kos meningkat dan mengganggu jadual mengutip sampah.

Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa, tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat. Ini kerana sesudu air pun sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes.

Peliknya apabila Noh menjalankan tanggung­jawabnya selaku men­teri untuk memastikan check and balance dalam memperjuangkan isu-isu berkepen­tingan rakyat di semua negeri termasuklah Selangor, beliau diherdik pula oleh Mohamed Azmin.

“Saya dituduh menimbulkan kontroversi apabila menyentuh isu kemiskinan bandar.

“Begitulah dia (Mohamed Az­min) angan-angan terlalu tinggi, macam kisah Mat Jenin sebab itu saya panggil dia ‘Mat Nin’. Bila kita mahu bantu, dia tunjuk ego,” kata Noh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain