Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ORANG ramai menikmati buah durian yang dihidangkan semasa majlis
ORANG ramai menikmati buah durian yang dihidangkan semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Wilayah Persekutuan di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 13 Julai lalu. BERNAMA

MINGGU ini penulis mahu menulis tentang raya ke­rana semua orang masih dalam ‘mood raya sakan.’ Keseronokan beraya yang tidak ada tolok banding sudah tentu ketika beraya di kampung. Itu pun bagi yang masih ada kampung halaman. Oleh kerana itulah walau sebesar mana sekali pun dugaan, semua orang mahu tiba di kampung sebelum pagi hari raya.

Selepas habis bercuti raya, keme­riahan hari raya diteruskan di kota dengan jemputan menghadiri majlis rumah terbuka datang bertimpa-timpa, bertali arus. Trend beraya sedemikian adalah sesuatu yang biasa sepanjang sebulan beraya. Suasana ini bermula pada minggu kedua ketika semua warga kota sudah mula kembali bekerja. Kemeriahan rumah terbuka ini berterusan sehingga peng­hujung Syawal. Kepada yang tidak sempat mengadakan acara makan-makan sepanjang sebulan ini, meneruskannya pada minggu pertama bulan Zulhijjah.

Hari ini Syawal sudah memasuki hari ke-21. Dengan tempoh berbaki kira-kira sembilan hari lagi, suasana beraya semakin ‘menjadi-jadi.’ Agensi kerajaan, syarikat korporat dan swasta seboleh-boleh­nya mahu menyelesaikan acara rumah terbuka masing-masing da­lam tempoh ini. Mereka memi­lih hari be­kerja dan waktu tengah hari bagi meraikan pelanggan dan rakan niaga masing-masing. Orang perseorang­an pula memilih Sabtu atau Ahad.

Lazimnya masa yang dipilih ialah waktu tengah hari hingga ke petang. Ada juga yang bermula petang hingga ke malam dan berlarutan sampai tengah malam. Oleh kerana terlalu banyak undang­an dan masa pun dekat dan hampir serentak, ada yang memperkenalkan sesi beraya pada waktu pagi yang dinamakan ‘Sarapan Raya.’ Tempoh beraya tidak lama, bermula pukul 8 pagi dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian. Ini barulah nama raya yang sebenar­nya, sehari suntuk dari pagi sampai te­ngah malam.

Secara purata setiap orang pas­ti menerima tidak kurang tiga atau em­pat undangan pada hujung ming­gu. Ini tidak termasuk un­da­ng­an kenduri kahwin, bertunang, cukur kepala, akikah atau le­nggang perut. Sama ada setiap un­dangan akan dipenuhi, itu cerita lain dan bergantung kepada kea­daan. Apabila terlalu banyak sangat undangan, potensi untuk meme­nuhi se­mua jemputan semakin tipis. Apatah lagi majlis rumah terbuka ini masanya lebih kurang sama atau serentak, jadi adalah jemputan yang terpaksa dikorbankan sementelah jika satu lokasi dengan lokasi lain jaraknya jauh-jauh.

Oleh kerana semua orang mahu beraya dan ziarah-menziarahi menerusi tradisi rumah terbuka ini, Sabtu dan Ahad boleh disifatkan sebagai hari-hari yang ‘sengsara.’ Pada dua hari tersebut, satu perkara yang pasti kese­sakan jalan raya ‘tahap maut’ di mana-mana sahaja. Suasana ini tidak ubah seperti kese­sakan lalu lintas ketika warga kota mula me­ninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang beraya tiga ming­gu lalu.

Keadaan ini kerap kali mengganggu keseronokan beraya. Apa tidaknya, perjalanan yang sekadar memakan masa 20 minit atau setengah jam sahaja pada hari-hari biasa, bertukar menjadi berjam-jam atau sete­ngah hari. Kalau dulu, jika keluar beraya pada pukul 10 pagi menjelang tengah hari atau petang sekurang-kurangnya tiga buah rumah sudah habis ‘dijajah.’ Situasi sedemikian sudah tidak berlaku lagi sekarang. Kesesakan lalu lintas selain menambahkan tekanan memandu juga sedikit sebanyak mengganggu ‘mood’ raya.

Oleh kerana keadaan ini sudah berlaku saban tahun, sesetengah orang sudah ‘masak’ benar dalam se­lok-belok beraya ini. Mereka me­ngurangkan stres memandu ke des­tinasi raya dengan membuat se­dikit perancangan. Antaranya, ke­luar beraya awal dengan jangkaan sampai ‘sedang elok’ ketika tuan rumah mula ‘membuka pintu’ untuk tetamu. Jangan habiskan masa terlalu lama di satu-satu rumah jika ada beberapa lagi jemputan lain. Bagaimanapun jika beraya di rumah saudara mara, luangkan se­dikit masa untuk berkenal-kenal­an dan beramah mesra dengan semua saudara mara yang hadir ter­utama saudara mara yang jauh dan amat jarang bertemu. Pada waktu ini cuba elakkan daripada menghabiskan masa beraya dengan ‘te­lefon bimbit’ masing-masing.

Bagi memudahkan perjalanan, beri sedikit kepercayaan kepada aplikasi pandu arah jalan raya atau lalu lintas dalam telefon pintar masing-masing. Aplikasi ini dapat membantu pemandu mengelak daripada memasuki jalan sesak selain dapat menjimatkan masa perjalanan menerusi jalan alternatif yang dicadangkan.

Kepada yang bercadang bera­ya jauh di luar kawasan, ja­ngan se­sekali keluar rumah dalam kea­da­an perut kosong terutama jika ada anak kecil. Kesesakan jalan raya mungkin boleh menyebabkan perut anda sekeluarga berkeroncong dalam kenderaan! Kalau perlu ba­walah bekal makanan ringan sebagai alas perut terutama ketika kecemasan.

Seperkara lagi sepanjang musim beraya ini, cubalah penuhi setiap undangan yang diterima. Ini termasuk daripada kawan rapat yang sekarang sudah menjadi ‘kawan tidak rapat’ termasuk ‘musuh politik.’ Walaupun berbeza pandangan dan fahaman politik, ingatlah hari raya adalah hari bermaaf-maafan, waktu terbaik untuk mengeratkan silaturahim serta membuka lem­baran baru dalam hubungan sesama insan. Lupakan seketika perbalahan, apatah lagi perbalahan politik kalau ada. Lebih elok jika isu politik dilupakan terus setiap kali bertemu dalam majlis rumah terbuka. Jadilah manusia yang berjiwa besar dan sentiasa berla­pang dada.

Kepada tuan rumah pula, ja­ngan berkecil hati atau merasa ke­cewa jika tetamu atau ‘tetamu istimewa’ yang diundang tidak kunjung tiba. Percayalah mereka seboleh-bolehnya mahu memenu­hi setiap jemputan tetapi mungkin ada kekangan lain yang tidak me­ngizinkan.

Dalam pada itu, tetamu jangan sesekali memandang remeh setiap undangan lebih-lebih lagi daripada saudara mara atau jiran tetangga. Orang menjemput kerana mereka ada ingatan terhadap kita. Jangan sampai suatu hari nanti orang te­rus lupa kepada kita.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain