- Yang Dalam Dilema, Ampang, Selangor.

UKE: Apa maksud dia berpisah? Pisah tempat tidur kot? Takpun berpisah bantal? Dia tak sebut ceraikan? Dia tak sebut talak kan? Apa maksud dia dengan perkataan berpisah itu? Yang itu kena tanya dialah sebab dia lafaz dan dia tahulah niatnya.

Siapa yang harus tanya suami anda tentang niat dia? Jawapannya, hakimlah yang kena tanya. Kalau anda hendakkan kepastian, sila bawa kes ini ke pihak mahkamah kerana merekalah yang mengadili dan memberi keputusan jatuh atau tidak sesuatu talak.

Dalam kes ini disebut sebagai lafaz kinayah yang tidak jelas maksudnya melainkan mesti mendapat penjelasan daripada si suami. Cuba ajak si suami ke pejabat agama dan melawat tuan kadi atau tuan hakim. Biar dia tahu jaga mulutnya agar jangan mudah melafaz kinayah atau sarih sahaja. Akibat salah cakap banyak masalah boleh timbul nanti.

 

Mimpi jumpa sahabat lama

Saya sering bermimpi bertemu sahabat lama. Dalam sebulan, hingga tiga kali dia hadir dalam mimpi sedangkan saya langsung tidak teringat akan dia. Adakah itu berlaku kerana dia ingatkan saya?

Saidin, Kuantan.

UKE: Dia nak ingat kat anda sebab apa? Di dalam kubur berbeza dengan alam dunia kita. Kenikmatan bagi ahli kubur jika mereka mendapat nikmat adalah sangat baik dan jika mendapat azab maka itulah balasan kepada kita atas amalan kita sendiri.

Tentang persoalan mimpi orang sudah mati, anda perlu lihat kepada beberapa aspek. Pertama, pukul berapa anda bermimpi? Mimpi yang benar biasanya berlaku sekitar dua pertiga malam. Kalau siang hari atau lepas Maghrib, maka tak payahlah ambil berat.

Kedua, apa yang anda nampak dalam mimpi anda? Adakah dia diam, bercakap atau buat apa? Jika jelas dalam mimpi seolah-olah dia memohon sesuatu bantuan maka anda boleh menolongnya jika mampu anda lakukan. Jika ia berunsur syirik atau khurafat, maka abaikan sahaja mimpi itu.

Ketiga, banyak terjadi mimpi sebegini dimanipulasi oleh syaitan untuk menyesatkan umat manusia seperti daripada mimpi itu diajar ilmu sesat kononnya ayat al-Quran yang diajar oleh “syeikh” dalam mimpi padahal ia bukan ayat al-Quran pun. Ada baiknya merujuk kepada ulama di tempat anda apabila ada kes seperti itu.

Keempat, kadang-kadang penurunan saka juga boleh berlaku jika ada unsur-unsur sebegini menerusi mimpi. Sebab itu, anda kena mengetahui bagaimana bentuk saka diturunkan melalui mimpi.

Kelima, bacalah al-Quran, bersedekah atas nama dia atau hubungi silaturrahim dengan keluarganya mudah-mudahan rohnya tenang di sana.

Keenam, ada mimpi benar yang datangnya daripada petunjuk Ilahi, yang hendak mengajar kita secara tidak langsung. Mungkin kita alpa, cuai dan ada yang patut kita buang daripada perangai kita, maka kita boleh mengambil iktibar.