Ia adalah sekolah memandu pertama seumpamanya selepas larangan memandu terhadap wanita ditarik balik.

Universiti Puteri Nourah mempunyai lebih 60,000 pelajar perempuan di Riyadh dan bandar lain di seluruh Arab Saudi.

Arab Saudi mengumumkan akan membenarkan wanita memandu di bawah perintah diraja bermula Jun 2018, sekali gus mencetuskan kegembiraan aktivis yang lama berkempen menentang larangan tersebut.

Negara Teluk itu adalah yang terakhir di dunia melarang wanita memandu dan keputusan bersejarah tersebut dijangka mendorong ramai wanita Arab Saudi memasuki dunia pekerjaan dan menggalakkan pasaran kereta. - AFP