Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KELMARIN 16 Mac genap setahun Datuk Seri Hasan Malek menandatangani watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia Ke Kemboja.

Kelmarin juga, buat kali kedua penulis bertemu dengan Ahli Parlimen Kuala Pilah itu sejak beliau tidak lagi menjadi menteri. Beliau ditemani pegawai khasnya, Muhammad Raz­lan Ismail.

Pelbagai isu kami bincangkan khususnya melibatkan tugas beliau sebagai duta. Kebetulan tahun ini genap 60 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Seperti biasa Hasan terus tabah dan komited melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hasilnya, Kedutaan Malaysia di Kemboja sudah berubah wajah sebaik sahaja Hasan menjejakkan kaki di negara itu. Sebagai ahli politik yang berpengalaman, Hasan memahami bagaimana mahu mengambil hati orang.

Hasil pendekatan mesra yang beliau lakukan melalui konsep Malaysian Hospitality, kedutaan itu menjadi tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan warga asing.

Selain itu, rakyat Malaysia, mereka diajar dengan sema­ngat ‘Ini Rumah Kita’.

Tidak cukup dengan itu, Hasan seolah-olah memecah benteng yang memisahkan antara kelompok diplomatik dengan rakyat Malaysia, apabila menjadikan perayaan utama di Malaysia sebagai platform mengeratkan silaturahim antara kedua-dua golongan.

Selain Aidilfitri yang sememangnya sudah menjadi acara tahunan, Hasan memperkembangkannya kepada sambutan Hari Kemerdekaan dan Tahun Baharu Cina.

Ternyata langkah Hasan membuahkan hasil sehingga warga Malaysia di negara itu berasa dekat dengan kedutaan malah ada yang sudah 26 tahun tidak mengunjunginya, kembali semula ke situ.

Itulah sebahagian kejayaan yang dirintis oleh beliau. Hakikatnya walaupun baru setahun bertugas di negara itu, banyak yang beliau lakukan khususnya dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Kemboja.

Perkara itu diakui oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kepada Najib dalam lawatan rasminya ke negara ini pada Jun tahun lalu.

Antaranya, menjadi penggerak utama pembatalan pembekuan kemasukan warga kemboja ke Malaysia sebagai pembantu rumah dan perkhidmatan, usahasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Jabatan Mufti dan Kementerian Perniagaan Kemboja dalam mewujudkan Badan Standard Halal kemboja.

Kini hasil usaha beliau, semakin ramai rakyat Malaysia yang mengunjungi Kemboja termasuk melaksanakan program kemanusiaan dan tanggungjawab sosial korporat termasuklah dari institusi-institusi pengajian tinggi.

Namun begitu kesibukan di Phnom Pehn tidak pernah membatas beliau dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen. Kawasan tersebut yang kini semakin berubah wajah hasil usaha beliau tetap diberi perhatian.

Hasan tetap kembali ke kawasan bagi melaksanakan program-program bersama rakyat.

Demikianlah apa yang boleh penulis coretkan sepanjang hampir dua jam bersama Hasan di Seremban. Ternyata sekali semangat beliau untuk berbakti kepada parti, rakyat dan negara masih membara.

Biarpun ada suara-suara nakal termasuklah gerakan ke­cil-kecilan untuk menggantikan beliau sebagai ahli Parlimen namun semua itu tidak menggugat Hasan melaksanakan tanggungjawab.

Bagi Hasan, tiada gunanya menghabiskan masa dan tenaga untuk melayan kelompok seumpama itu, sebaliknya adalah lebih baik segala kudrat yang ada ditumpukan bagi membela nasib rakyat Kuala Pilah dan mengharumkan nama negara di Kemboja.

Sebelum mengakhiri pertemuan kami, Hasan dengan nada bersemangat menegaskan, beliau mahu memastikan segala amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Di Kuala Pilah, beliau akan terus berbakti meningkatkan kehidupan penduduk di kawasan Parlimen itu manakala di Kemboja, Hasan berazam untuk terus proaktif bagi mengukuh dan memantapkan hubungan antara kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain