ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lim

ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lima tahun ini.

Justeru, sebagai anak jati Bumi Kenyalang, penulis berasa bersyukur dan bertuah diberi peluang untuk membuat liputan peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku itu.

Warna-warni sejarah Sarawak dalam tempoh hampir lima tahun yang sempat dicatatkan penulis bermula pada tanggal 12 Februari 2014 apabila Tan Sri (sekarang Tun) Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan sebagai Ketua Menteri kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin berkuatkuasa 28 Februari, secara rasmi mengakhiri tempoh 33 tahun memegang jawatan itu.

Selepas Abdul Taib meletak jawatan, maka bermulalah era pemerintahan penggantinya, Tan Sri Adenan Satem.

Pada 29 Mac 2014, berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian berikutan perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian.

Sejarah seterusnya tercatat pada 7 Mei 2016 apabila berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13) Sarawak yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar dan Adenan atau Tok Nan mendapat populariti luar biasa.

Tarikh bersejarah paling diingati oleh penulis ialah 11 Januari 2017 apabila Tok Nan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tempoh beberapa hari membuat liputan berita tentang kematian Tok Nan dan peristiwa berkaitannya adalah paling mencabar bagi penulis disebabkan bekerja seorang diri berikutan rakan sekerja pulang bercuti ke ibu negara.

Sejarah seterusnya tercipta pada 13 Januari 2017 ketika Sarawak mendapat Ketua Menteri baharu, Datuk Patinggi Abang Johari yang mengangkat sumpah menggantikan Tok Nan. Maka, bermulalah era pemerintahan Abang Johari atau lebih dikenali sebagai Abang Jo.

ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lim

ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lima tahun ini.

Pada 18 Februari 2017, berlangsungnya PRK DUN Tanjung Datu, susulan kematian Tok Nan yang menyaksikan balunya, Puan Sri Jamilah Anu memperolehi menang besar.

Sarawak terus mencatatkan sejarah baharu pada 8 Mei lalu, setelah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14 ) menyaksikan negeri ini hilang gelaran sebagai 'Kubu Kuat' atau 'Deposit tetap' BN apabila 12 daripada 25 kerusi Parlimen disandang dirampas, BN tumbang dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Baru berlaku semalam pada tarikh 12 Jun, satu lagi sejarah penting dicatatkan Sarawak apabila empat parti komponen Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) PBB, SUPP, PRS dan PDP umum keluar parti untuk tubuh Parti Gabungan Sarawak (GPS) pada

Maka, terbubarlah BN Sarawak yang memerintah selama 34 tahun iaitu sejak 1974.

ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lim

ANTARA keratan akhbar dan berita tentang peristiwa bersejarah dicatatkan di Sarawak dalam tempoh lima tahun ini.

Sejarah seterusnya akan bersambung selepas esok, lusa, tulat dan seterusnya.

Jika diizinkan Tuhan, masih ada rezeki dalam dunia penulisan dan panjang umur, maka bertambah lagi catatan sejarah, kenangan serta pengalaman penulis bertugas di negeri kelahiran tercinta ini pada masa akan datang.

Apa pun, Sarawak yang unik sesuai dengan rakyatnya yang pelbagai kaum, budaya dan agama sentiasa ada kejutan.

Seterusnya, hanya tunggu dan lihat apa bakal masa depan selepas terciptanya lembaran 'buku baharu' , 'Que Sera, Sera'. - UTUSAN ONLINE