Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

LANGKAH Zakaria tampil ke SPRM bagi memberi keterangan dan menyerahkan
LANGKAH Zakaria tampil ke SPRM bagi memberi keterangan dan menyerahkan dokumen FGV amatlah dialu-alukan terutama bagi membantu pihak agensi tersebut mencari bukti jika berlaku penyelewengan. BERNAMA

PADA 2012, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di papan utama Bursa Malaysia telah mencatat detik bersejarah antarabangsa apabila tawaran awam permulaan (IPO) yang dibuat adalah kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Malah juga adalah IPO terbesar di Malaysia selepas Petronas Chemical Group yang disenarai pada November 2010.

Sejak itu terdapat juga pelbagai berita yang kita dengar tentang FGV. Namun itu semua adalah perkara biasa dalam sepak terajang dunia korporat.

Kini, FGV sekali lagi menarik perhatian kita semua apabila Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengeluarkan arahan bercuti kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad serta tiga orang lagi pegawai bagi memberi laluan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Pengumuman oleh Isa itu dilihat sebagai langkah yang lebih banyak menimbulkan persoalan dan spekulasi.

Beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat secara profesional dan hanya disebabkan isu urus niaga antara Safitex dan DOP dan tidak ada kena-mengena dengan agenda lain.

Namun ada pihak yang tidak bersetuju dengan cara Isa mengendalikan kemelut ini dan ber­pen­dapat sepatutnya beliau mem­beri peluang kepada Zakaria untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya jika timbul sesuatu masalah.

Dalam isu itu juga Zakaria ada memberitahu media bahawa isu urusniaga di antara Safitex dan DOP hanyalah sebagai alasan untuk menyingkirkannya.

Difahamkan perkara itu bukanlah satu isu yang besar sehingga membolehkan beliau dipaksa meletak jawatan atau dipecat. Zakaria juga menafikan telah melanggar kod tadbir urus korporat dan berkata pembayaran itu diluluskan oleh pendahulunya.

Zakaria ialah anak peneroka Felda dan telah lama berkhidmat dengan Felda. Menurut seorang kawan penulis, sejak memegang teraju FGV, Zakaria sebenarnya sudah berjaya mengurangkan banyak kos pembangunan pengurusan.

Dan memandangkan pengalaman beliau yang kaya dan luas selama 32 tahun dalam Kumpulan Felda, sepatutnya beliau diberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan FGV.

Bagi Zakaria, beliau tidak perlu takut atau bimbang. Bahkan beliau telah tampil ke hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan dokumen FGV. Ini adalah satu langkah yang dialu-alukan untuk membantu pihak SPRM mencari bukti jika ada berlaku penyelewengan.

Dalam kalangan para pemerhati pula, ada yang berpendapat, FGV sebenarnya perlu meneliti dengan lebih halus punca sebenar tuduhan salah pengurusan kewangan dan perniagaan ini kerana isu itu mungkin sudah lama menjadi masalah kepada FGV.

Putrajaya kemudiannya terus bertindak dengan melantik Datuk Seri Idris Jala yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak berkecuali. Tugas beliau ialah untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut. Pelantikan Idris diharapkan dapat membantu merungkai segala kemelut yang melanda FGV.

Apa yang pasti, konflik ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Sudah pasti akan ada implikasi jika konflik tersebut tidak diselesaikan dengan cara yang baik dan adil. Tentunya juga konflik tersebut akan menggugat kepercayaan pelabur dari dalam mahupun luar negara terhadap FGV.

Itu sebabnya jika terbukti wujudnya penyelewengan, maka masalah dan isu ini perlu dita­ngani dengan tegas agar tidak ada pihak terlibat yang terlepas.

PENULIS ialah Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Me­layu Malaysia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain