Setakat ini, lebih 700 orang individu berpotensi termasuk seleberiti seperti Brad Pitt, Katy Perry dan Ashton Kutcher menempah pesawat yang terbang ke angkasa lepas pada kos AS$250,000 (RM1 juta) seorang.

Bercakap semasa Forum Perniagaan Nordic di Helsinki, Finland minggu lalu, Branson berkata, pihak syarikat berharap dapat berada di angkasa lepas dalam tempoh tiga bulan dari sekarang, dan beliau akan berada di ruang orbit selepas enam bulan.

Ketika ditanya siapa yang akan sampai dulu ke Marikh sama ada beliau atau hartawan Elon Musk, Branson berkata, beliau tidak berminat ke Marikh seperti rakannya yang merupakan pengasas Spacex dan Paypal.

“Saya tidak berminat tentang Marikh seperti Musk namun cinta saya terhadap angkasa lepas adalah tentang berapa banyak ia dapat lakukan untuk orang ramai di Bumi dan itu yang sedang diusahakan Virgin Galactic.

Ditubuhkan pada tahun 2010 dengan tujuan untuk membawa pelanggan berbayar ke ruang angkasa dan kembali semula ke bumi. Namun tragedi melanda pesawat Virgin Galactic pada tahun 2014 apabila pesawat ujian SpaceShipTwo terlibat dalam nahas yang mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang yang lain.