Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rekod demokrasi Malaysia

Najib Tun Razak bersama moderator, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Roh
Najib Tun Razak bersama moderator, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Sambutan Hari Wanita Kebangsaan dan Dialog TN50 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TANGGAL 31 Ogos la­lu menandakan u­lang tahun ke-60 Malaysia menyambut ke­merdekaan, dan se­iring dengan pencapaian pingat ter­banyak dalam penganjuran Su­kan SEA, kita turut me­rai­kan kejayaan negara kita me­nga­mal­kan sistem demokrasi yang stabil dan masyarakat yang bebas selama enam dekad.

Sebenarnya, apabila membicarakan tentang pilihan raya yang sengit dan kebebasan anda menyu­arakan fikiran, Malaysia mempunyai rekod demokrasi yang paling kukuh dan paling lama di seluruh Asia Tenggara. Perkara ini dibuktikan dalam pilihan raya umum yang lalu di mana pelbagai parti memenangi negeri-negeri yang berlainan dan ahli-ahli politik yang ternama kehila­ngan kerusi mereka; kerana tiada keputusan yang boleh ditetapkan dalam pilihan raya yang demokratik dan bebas. Terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan dan itu merupakan satu rekod yang mana seluruh rakyat Malaysia patut berasa bangga.

Walau bagai­manapun, dalam masa berapa minggu ini, pihak pembangkang tidak menghormati tradisi demokrasi kita. Mereka dan sekutu mereka telah berusaha untuk mencemarkan nama negara kita melalui media di Amerika Syarikat (AS), membuat pelbagai dakwaan tidak berasas, seterus­nya menimbulkan tuduhan palsu kononnya Malaysia sedang diancam bahaya akibat pemerintahan diktator.

Terdapat ironi di sini, salah seorang pemimpin pembangkang - ma­sih belum je­las siapakah pe­mimpin mereka yang sebenar - te­lah mengaku ba­hawa beliau adalah seorang ‘dik­tator’ selama 22 tahun beliau berkuasa. Dan ada­lah benar ba­hawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, ratusan orang te­lah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Da­lam Negeri.

Beberapa akhbar termasuk sebuah akhbar harian nasional telah ditutup. Badan kehakiman diserang. Kapitalisme yang berunsur kronisme berleluasa dengan menyaksikan perjanjian-perjanjian yang amat membebankan rakyat hari ini. Rakyat tidak mempunyai hak untuk berdemonstrasi dan para pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Namun, demokrasi masih hidup di Malaysia dan di bawah pentadbiran saya, ia diperkukuhkan lagi dengan pelbagai pembaharuan paling meluas sejak kemerdekaan. Kita telah memansuhkan ISA - dan menamatkan Darurat yang wujud selama lebih 60 tahun.

Usaha ini merupakan langkah-langkah besar yang memerlukan keberanian politik yang tinggi - tetapi kami tetap meneruskannya kerana pemansuhan undang-undang yang ketinggalan zaman dan menindas ini merupakan langkah yang betul untuk dilakukan. Kita meningkatkan kebebasan media dengan menarik balik sekatan terhadap lesen penerbitan akhbar. Kita telah meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi membenarkan mahasiswa menyertai aktiviti politik.

Semua orang tahun bahawa beberapa siri demonstrasi, perkara yang tidak dibenarkan semasa era pemimpin terbabit, telah berlaku di Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun lalu. Me­ngapa? Kerana kita meluluskan Akta Perhimpunan Aman sekali gus buat julung-julung kalinya memaktubkan hak untuk menyua­rakan protes secara aman dalam undang-undang - yang kita iktiraf sebagai sebahagian daripada amalam dalam masyarakat yang demokratik.

Pembangkang

Kita mempunyai kepercayaan terhadap demokrasi yang diamalkan Malaysia, dan hak rakyat untuk menyuarakan panda­ngan mereka. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan media AS untuk mendakwa kononnya mereka yang mengkritik kerajaan ‘lazimnya dipenjarakan’. Jika begitu, mengapa anda akan me­nemui pujian terhadap ahli-ahli politik pem­bangkang dalam akhbar nasional di ne­gara ini dan per­debatan yang sengit - ter­masuk banyak kritikan terhadap kerajaan - dalam la­man-laman portal di Malaysia?

Seorang ahli akademik yang terkenal, sejak beliau kem­bali ke Malaysia untuk me­nyandang jawatan di sebuah kumpulan pemikir yang dibiayai kerajaan - dan memegang jawatan yang dibiayai oleh Yayasan Noah yang diasaskan oleh datuk saya - telah menggunakan setiap peluang yang ada untuk menyerang saya dan dasar-dasar saya, termasuk penyertaan kita dalam perjanjian-perjanjian perdaga­ngan antarabangsa, pelaksanaan BR1M dan pelaburan asing di Malaysia.

Beliau sememangnya bebas berbuat demikian, sama seperti dalang sebenar di pihak pembangkang, Lim Kit Siang yang bebas melemparkan segala bentuk tuduhan terhadap saya - walaupun saya dan rakan-rakan saya mungkin berpandangan bahawa tuduhan mereka itu tidak benar. Mengapa? Kerana kita percaya dan mengamalkan kebebasan bersuara di negara ini.

Akhir sekali, bertentangan dengan apa yang didakwa proksi-proksi pembangkang dalam media, kita dengan seteguh-teguhnya percaya terhadap usaha menegakkan kedaulatan undang-undang. Ia adalah penting untuk aspek keselamatan, keamanan dan kebajikan dalam sesebuah masyarakat - dan keberkesanan peraturan-peraturan berkaitan pasaran kewangan yang kita laksanakan, misalnya, telah diiktiraf oleh pelbagai penarafan antarabangsa.

Mengkritik

Namun, ia juga bermakna jika seseorang melanggar undang-undang, mereka mesti menerima akibatnya. Oleh itu, apabila seorang Ahli Parlimen membocorkan Akta Rahsia Rasmi, contohnya, beliau ditahan - sama juga sekiranya beliau berada di negara-negara lain - bukan kerana mengkritik kerajaan tetapi kerana melanggar undang-undang. Rekod kita di Malaysia adalah konsisten.

Malah, bekas menteri-menteri Kabinet dan ketua-ketua menteri serta menteri-menteri besar daripada kedua-kedua belah pihak pembangkang dan kerajaan telah dihadapkan ke mahkamah; dan apabila mereka dibicarakan, hakim-hakim yang memutuskan siapa yang akan dipenjarakan dan bukannya kerajaan, tanpa mengira betapa tinggi atau ternamanya mereka. Ini adalah kerana badan kehakiman di Malaysia telah memperoleh semula kebebasan­nya, berbeza dengan era ke­gelapan semasa krisis kehakiman pada 1988.

Kebenarannya adalah kerajaan ini menegakkan demokrasi. Kita mempertahankan kebebasan bersuara. Dan kita mempertahankan kedaulatan undang-undang. Rekod kita adalah jelas, seperti yang dibuktikan melalui kebebasan yang lebih besar dinikmati rakyat di bawah pentadbiran ini.

Keupayaan pembangkang membantah kita secara terbuka dan sengit membuktikan kebebasan lebih besar yang dikecapi rakyat Malaysia. Pihak pembangkang dialu-alukan berbuat demikian, dan mereka memang melakukannya, seperti yang diketahui rakyat Malaysia daripada apa yang sering dilaporkan media tradisional dan baharu.

Tetapi, tindakan memutarbelitkan gambaran tentang demokrasi yang subur di Malaysia serta menyebarkan fitnah dan kepalsuan tentang kerajaan ini dalam akhbar-akhbar asing semata-semata untuk mendapatkan keuntungan politik adalah satu perkara lain. Tindakan itu tidak menunjukkan kita berbangga dengan apa yang telah kita capai.

Ia juga tidak menunjukkan kita mencintai negara sendiri. Justeru, perkara itulah yang sepatutnya menyatupadukan kita ketika kita meraikan sambutan ulang tahun ke-60 kemerdekaan dan mengimbau kembali peristiwa-peristiwa penting yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maj­muk, harmoni dan berkeyakinan hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain