Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

APABILA menonton drama-drama Melayu di te­levisyen yang berkisar tentang ibu bapa tidak di­pedulikan oleh anak-anak, diperlakukan seperti sam­pah, diumpamakan seperti kain buruk, ditengking, dimaki malah dipukul, saya akan cepat marah. Bukan marah dengan cerita atau pelakonnya. Marah dengan orang yang membikin drama itu.

Mulut saya laju saja berkata, siapalah pengarah drama ini? Adakah orang buat orang tua mereka sampai begitu sekali? Over betullah cerita ini. Berlebih-lebih pulalah si pengarah mahu menyeksa perasaan penonton. Bersungguh-sungguh betul meng­heret kita untuk melihat ­kesedihan dan kesengsaraan si ibu atau bapa apabila dilayan begitu teruk oleh si anak. Cepat-cepat saya akan ­tukar saluran lain. Mahu menonton cerita ringan dan gembira sahaja.

Anak seksa orang tua - cerita-cerita macam ini memang tidak boleh diterima dan masuk dalam kepala sesiapa sahaja. Lantas kita pun tidak seronok untuk melihat drama atau filem-filem sebegini.

Tetapi hakikatnya, begitu pahit untuk kita telan, kisah ala si Tanggang ini ada saja berlaku di alam realiti. Mungkin ramai sudah yang menjadi si Tanggang moden. Cuma saya atau anda saja yang tidak perasan kerana kita dikelilingi oleh insan-insan yang sayangkan ibu bapa sendiri.

Pada hari raya pertama lalu, saya berkesempatan me­ngunjungi saudara mara di sekitar Selangor. Salah sebuah rumah yang saya kunjungi adalah rumah sepupu. Dalam keriuhan bersembang, saya terpandang seorang tua dalam rumah tersebut yang tidak saya kenali.

Kata sepupu saya, perempuan yang berusia dalam lingkungan 70-an itu dibawanya beraya bersama kerana anak-anaknya yang kesemuanya orang bijak pandai belaka iaitu golongan profesional termasuk pensyarah universiti, tidak nampak batang hidung untuk mengambil ibunya yang ­telah kematian suami itu berhari raya. Untuk mengelakkan dia berhari raya berseorangan di rumah, sepupu saya telah mengambilnya tinggal di rumah itu untuk sementara.

Anak-anak perempuan itu pada mulanya memberitahu bahawa mereka mahu ‘bermesyuarat’ terlebih dahulu siapa yang sepatutnya mengambil ibu mereka itu. Tetapi sampai ke sudah, seorang pun tidak menelefon dan membiarkan ibu mereka berseorangan. Yang menyedihkan, dia memeluk anak perempuan saya kerana katanya, anak saya itu mirip anaknya semasa kecil. Tidak lepas-lepas matanya memandang anak saya itu dari mula kami tiba sampai kami masuk ke kereta untuk pulang.

Hati saya cukup tersentuh. Ingatkan dalam drama saja ada kisah-kisah sebegini. Kasihan ibu itu tak habis-habis menyebut satu persatu anak-anaknya yang sudah hidup senang lenang. Dia bercerita mengenai mereka yang sebelum ini berjaya masuk ke universiti dan kursus-kursus yang diambil kepada anak saya. Dia menasihatkan anak saya itu supaya belajar bersungguh-sungguh.

Entah apalah yang sudah membuatkan anak-anak ­ibu itu tergamak memperlakukan dia begitu. Pelajaran tinggi sudah diberikan. Apabila sudah berjaya dan hidup senang, ibu yang sudah tua dibuang seperti kain buruk. Tak gunalah belajar tinggi, berkedudukan baik dalam masyarakat, dihormati dan disegani ramai tetapi ibu yang melahirkan dianggap membebankan dan akhirnya pandai-pandailah menghabiskan saki baki hidup bersendirian.

Sebelum ini pun Kementerian Kesihatan mendedahkan ramai anak atau waris tidak mengambil orang tua mereka semula yang dihantar ke hospital untuk rawatan. Terpingga-pingga ibu bapa mereka menunggu anak mengambil pulang tetapi akhirnya mereka dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ramai dalam kalangan kita yang terlalu merindui orang tua masing-masing tetapi tidak berpeluang lagi melihat dan mendengar suara mereka. Hanya dapat melihat ukiran nama pada batu nisan. Kalau boleh, mahu berpatah semula pada masa lalu supaya dapat bersama lebih lama lagi dengan mereka. Kerinduan yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi untuk selama-lamanya.

Tetapi ada pula yang tidak mahu melihat orang tua mereka lagi dan kalau boleh lenyaplah cepat orang tua itu dari muka bumi ini, supaya hidup mereka hanya isteri atau suami dan anak-anak saja. Anak jenis apalah ini...

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain