Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SUHANA NUR HUMAIRAH SHAHRUL ANUAR menemani adiknya Suhaira Nur
SUHANA NUR HUMAIRAH SHAHRUL ANUAR menemani adiknya Suhaira Nur Eiman mengayuh basikal di Dataran Putrajaya pada 18 Mac lalu. BERNAMA

PELBAGAI aktiviti berbentuk riadah seperti bersenam, berjoging, berbasikal atau permainan boleh dilakukan di taman-taman rekreasi di Putrajaya terutamanya pada hujung minggu.

Pada sebelah malam pula, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang bercahaya indah dilimpahi lampu berwarna warni ini tidak putus-putus dikunjungi orang ramai terutama di hadapan Dataran Masjid Putra atau di Dataran Putrajaya.

Di atas jambatan Seri Wawasan dan jambatan Gemilang juga dapat kita saksikan ramai pasangan pengantin memotretkan detik indah dengan berlatarkan jambatan yang memiliki reka bentuk futuristik.

Namun hakikatnya, yang menghidupkan bandar dalam taman ini adalah penduduk dari luar Putrajaya.

Jika ditanya kepada pengunjung kenapa memilih Putrajaya untuk dikunjungi jawapannya adalah sama, suasananya tenang, kehijauan pepohon merimbun disulami bunga berwarna warni yang melatari landskapnya sungguh mendamaikan.

Justeru, agak mengejutkan apabila penganjur program-program untuk penduduk tempatan meluahkan bahawa sambutan daripada penghuni Putrajaya sebenarnya mengecewakan.

Dalam perbualan bersama seorang pegawai di sebuah kementerian baru-baru ini beliau meluahkan menghadapi masalah yang dihadapi untuk menganjurkan program yang memerlukan penglibatan penduduk tetap Putrajaya. Tidak perlu pun mengeluarkan wang, hanya perlu hadir untuk memeriahkan suasana, berkenalan antara satu sama lain, berkongsi pengalaman untuk memberi maklum balas bagi mencari titik sentuhan yang boleh menambah baik tempat yang mereka tinggal bersama-sama ini.

Rungut pegawai itu lagi, jika diukur kesibukan hari bekerja di sini, seolah-olah tidak percaya akan menghadapi masalah untuk mengumpulkan penduduk setempat bagi menjayakan program anjuran kementeriannya, namun itulah yang berlaku.

Rupa-rupanya untuk menanamkan semangat kekitaan dalam jiwa pemastautin tetap di Putrajaya adalah satu cabaran cukup besar.

Mungkin sebab program yang dianjurkan berbentuk kemasyarakatan “yang hanya sesuai dibuat di kampung”? Mungkin juga pegawai itu terlupa bahawa Putrajaya bukannya kampung yang mengamalkan gaya hidup bermasyarakat dan saling mengenal jiran tetangga.

Sebenarnya penduduk Putrajaya bukanlah antisosial, cuma barangkali mereka lebih selesa menghabiskan cuti hujung minggu di ‘kampung halaman’ sebenar.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program Ekspresi Negaraku sebagai platform untuk memacu inisiatif ‘Negaraku' yang bertunjangkan kepada semangat cintakan negara, dan usaha tersebut diharap dapat menanamkan semangat yang sama kepada warga Putrajaya untuk menyemai semangat kekitaan seperti yang diharapkan.

Hakikatnya, dalam kehidupan bermasyarakat, menye­mai dan memupuk semangat kekitaan sangat penting untuk mengekalkan perpaduan yang sudah sedia terjalin, jika semangat kekitaan sudah terhakis sudah tentu kerjasama dalam masyarakat tidak lagi wujud.

Justeru setiap individu yang tinggal dalam masyarakat sebolehnya tanamkanlah semangat kekitaan kerana melaluinya kehidupan akan lebih bermakna dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam menjadi kukuh.

Pengajaran yang boleh dikutip ialah penduduk Putrajaya yang memiliki kediaman tetap atau tinggal di kuarters kerajaan perlu melakukan perubahan dengan menjadikan Putrajaya sebagai kampung halaman dan bukan sekadar tempat bekerja.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain