Ari Kala, 24, sebelum ini bekerja sebagai setiausaha undang-undang, namun meninggalkan kariernya untuk menjadi ahli psikik profesional.

Dia mendakwa pertama kali menyedari kelebihan memiliki deria rasa keenam itu ketika melawat pakciknya yang 
sedang sakit. Ketika itu, Kala berusia 12 tahun dan 
telah tercium bau aneh yang kurang menyenangkan. Peliknya tidak ada orang lain dalam keluarganya boleh menghidu 
bau itu.

Dia kini mengajar golongan wanita bagaimana dapat memanfaatkan kekuatan 
psikik dalaman mereka. 
Namun dia mendedahkan 
tidak pernah memaklumkan kepada orang lain apabila menghidu detik kematian individu terbabit.

Ini kerana katanya, Kala beranggapan dia tidak berhak melakukannya.

“Tahun sebelum saya memulakan sekolah menengah, saya melawat pakcik saya dan menemaninya di hospital.

“Malam sebelum kematiannya, saya terhidu bau aneh, semacam bau busuk di dalam rumah.

“Saya fikir ia adalah bau mayatnya kerana saya tidak pernah menghidunya sebelum ini. Anehnya tiada sesiapa di dalam rumah itu dapat menghidunya.

“Saya kemudian sedar 
bahawa ia adalah isyarat kematian yang saya kerap ‘hidu’,” katanya.

Sejak itu, dia mendakwa 
telah mengalami perkara yang sama di sekeliling orang yang mengalami penyakit teruk atau sangat tua.

“Terlalu banyak untuk dihitung. Kadang-kadang ia terasa beban. Saya fikir saya perlu memberitahu mereka, namun ia bukan tugas saya.

Kala menyoal: “Bagaimana jika mereka tahu mereka 
akan mati tidak lama lagi? 
Jika saya beritahu, mereka 
akan mati, tetapi sebaliknya berlaku, 
sudah tentu ia akan jadi 
perkara di luar jangkaan. Saya tidak melihat kenapa saya perlu mengubah nasib mereka,” katanya. – www.mirror.co.uk