Apa yang membuatkan laporan itu boleh dipercayai adalah apabila kita menyaksikan sejauh mana ia menjadi kritikal terhadap keadaan di Amerika Syarikat, di mana kedudukan sebenar di Liga Demokrasi telah merudum sejak pilihan raya Presiden 2016 Donald Trump.

Apa yang tidak dizahirkan adalah kerumitan dan keunikan mengenai Institusi Diraja. Dimana raja-raja masih kekal berkuasa sebagai ketua pemerintah dan ketua perlembagaan kerajaan demokratik, yang membolehkan negara kekal stabil – walaupun peralihan kerajaan demokratik itu berkemungkinan lemah dan berisiko tinggi.

Pada 9 Mei 2018, Malaysia merupakan salah satu negara pertama, setelah sekian lama, telah mengalahkan UMNO dan parti - parti komponen Barisan Nasional. Kerajaan baru di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed adalah Pakatan Harapan atau “Alliance of Hope”.

Walaupun peralihan kuasa ini berisiko, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, dan sultan-sultan dari sembilan negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia tambahan kepada pelbagai Negeri Selat British atau “British Straits Settlements” dan dua negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak, menyokong jawatan perdana menteri disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Walaupun mudah untuk mengatakan bahawa “selebihnya adalah sejarah,” hakikatnya 9 Mei telah menghasilkan jenis demokrasi Malaysia yang berbeza. Rakyat mungkin dapat melihat bahawa komuniti LGBT semakin berleluasa, dengan atau tanpa sebarang bukti jika mereka sebenarnya mengundi pada pilihan raya umum ke-14.

Masyarakat juga yang dapat melihat bahawa sisa sisa UMNO dan Pas, hingga ke saat ini, masih menegakkan benang yang basah, bahawa mereka ditolak oleh rakyat, dari semasa ke semasa, menegaskan bahawa mereka membawa cahaya dan harapan negara.

Namun, dalam suasana politik 3N - negation, neutralization and nullification (penolakan, pemusnahan dan pembatalan) yang mana UMNO dan Barisan Nasional perjuangkan - ia amat mudah untuk dibawa bersama dengan kepercayaan, akibatnya, kepalsuan mengenai institusi diraja juga , mesti tertakluk kepada penelitian yang sama.

Walaupun Malaysia tidak mempunyai undang-undang mengenai “less majeste”, Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai Perkara 153, dan yang lain-lain, yang melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu, tanpa mengorbankan hak-hak orang bukan Melayu yang tinggal di tempat sama di dalam negara sebagai warganegara.

Ini adalah artikel yang digambarkan dalam perlembagaan parti Bersatu, yang mana membolehkan Bersatu untuk menggerakkan kepentingan menembusi UMNO dan PAS pada 9 Mei 2018. Daripada melindungi hak orang Melayu, UMNO dan PAS beralih kepada pemeliharaan diri mereka sendiri, dengan membentuk pakatan pilihan raya, memecahkan undi Melayu untuk memberi manfaat kepada diri mereka sendiri.

Walaupun berbekalkan penipuan, di mana mereka terus menafikannya sehingga hari ini, mereka kehilangan jawatan dan kuasa. Dengan pengecualian kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan, yang mana Pas berjaya mengekalkan pemerintahannya, kedua-dua mereka kehilangan keseluruhan “Perebutan Takhta”.

Malang sekali, dan ironinya, kemenangan rakyat terhadap penantian yang panjang, juga telah merubah pandangan menjadi skeptikal dan tidak menentu terhadap Institusi Diraja. Tingkah laku sedemikian ditunjukkan secara nyata, atau secara halus, mesti dihentikan, tanpanya Malaysia tidak akan mempunyai Perlembagaan Monarki yang mantap dipacu oleh sistem “Consociational Democracy” menurut saintis politik Belanda Arend Liphard.

Dahulu, politik negara berpandukan oleh penghormatan yang diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Monarki (iaitu Sembilan Sultan dan Raja yang dipilih di kalangan mereka). Di dalamnya, setiap bangsa dan etnik, jika mereka mahu, menyuarakan suara dan pandangan mereka melalui parti politik masing-masing yang kelihatan sesuai untuk mewakili orang Melayu atau orang Cina atau India yang dilahirkan di negara ini. Ia juga tidak menghalang kepentingan orang Kadazan, Bajau, Dayak, Murut, Melanau, Penan, dan kumpulan lain.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu telah cuba memilih jalan wasatiyyah dengan mempertahankan semua, dari Raja-raja ke orang Melayu secara terus kepada rakyat marhaen di kedua-dua belah Malaysia merentasi Laut China Selatan.

Perkara ini ditunjukkan dalam pelantikan Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad sejurus selepas kejayaan Pakatan Harapan pada 9 Mei. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, rakyat Malaysia berbangsa Cina, manakala Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali. Menteri Sumber Manusia ialah M Kulasegaran, manakala Menteri Multimedia dan Komunikasi ialah Gobind Singh Deo. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah Darryl Leiking dari Sabah, manakala rakan strategik pilihan raya kerajaan pemerintah Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Shafie Apdal, keturunan Bajau, yang kini menjadi Ketua Menteri Sabah.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Teressa Kok ialah Menteri Industri Utama. Senarai itu berlanjutan dan ia bersamaan dengan Rainbow Coalition of Ministers di bawah Perdana Menteri Kanada Pierre Trudeau.

Rentetan daripada itu, dan dari kombinasi yang pelbagai, yang terus menghasilkan bajet pertama yang berjaya pada 4 November, dalam tempoh enam bulan selepas membersihkan kleptokrat daripada pentadbiran terdahulu, apa yang tidak sepatutnya - dan tidak perlu - dilakukan adalah membawa masuk unsur-unsur bangsa, agama dan kerabat diraja yang meragukan melalui politik yang berpecah-belah.

Namun, golongan yang membuat provokasi seperti itu jelas wujud, dan berkembang maju, di internet Malaysia. Ada di antara mereka tidak berhenti atau memberi komen yang sistematik melalui penulisan esei, dan ada yang mengambil upah untuk melakukan provokasi ini.

Ia sering dilakukan atas nama Tun Dr Mahathir Mohamed, rakyat biasa pertama yang dipilih semula - dua kali - ke Pejabat Perdana Menteri, namun melalui kerjaya politik Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk antimonarki/ antisistem beraja atau politik Republikan. Beberapa undang-undang dan perundangan digubal untuk membawa kesamarataan dan keadilan terhadap Perlembagaan Persekutuan, atau Monarki Perlembagaan, seperti pada tahun 1983, dan sekali lagi pada tahun 1994, Tun Dr Mahathir Mohamed hanya menekankan pentingnya kedaulatan undang-undang , tidak memerintah di atas dan di luar undang-undang.

Mengambil contoh daripada Kesultanan Perak. Tanpa mengira pengasingan jelas antara kuasa dan politik, Sultan Nazrin Shah menjadi yang pertama meluahkan kritikannya terhadap rasuah pada tahun 2015. Kerabat diraja yang lain, seperti kerabat diraja Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan juga meluahkan kebimbangan yang sama.

Pada saat yang genting, Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor, bersuara menentang perkauman yang melampau Jamal Yunus, antara Ketua yang taksub dengan UMNO ketika itu. Dengan menundukkan Jamal Yunus, unsur - unsur buruk UMNO tidak dapat dilihat lagi. 9 Mei, dalam pengertian ini, adalah satu kemenangan untuk kerabat diraja kerana ia adalah untuk Rakyat.

Sementara itu, walaupun projek-projek seperti Forrest City di Johor tertakluk kepada penelitian yang lebih mendalam, Kesultanan Johor tidak menggalakkan Country Heights, sebuah syarikat tersenarai awam di pasaran Hong Kong, yang merupakan pelabur hartanah utama di tanah besar China dan Malaysia, untuk bertindak berlebihan. Fakta dan angka telah dirangka secara perlahan untuk menguraikan semula naratif itu, supaya lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari seluruh pelosok dunia akan mengalir masuk ke seluruh negara.

Ianya menjadi mudah, apabila kemenangan yang diraih daripada kotak pengundian - membuka mata banyak pihak bahawa itu adalah kuasa rakyat. Walau bagaimanapun, merujuk pada hujah yang membawa kepada 9 Mei, dan selepas itu, Sultan menggalakkan rakyat untuk melaksanakan perhimpunan dan kebebasan bersuara. Bersih I, II, III, IV dan V semuanya berwarna kuning - warna Diraja. Adakah Sultan menentang warna itu? Tidak. Hal ini membolehkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk mengetahui bahawa Sultan dan Agong Malaysia sangat menerima kuasa rakyat, selagi mereka tidak terjerumus ke dalam lembah keganasan. Di sini kita mesti melihat perbezaan yang ketara antara Arab Spring pada tahun 2001 dan pembukaan demokrasi Malaysia pada tahun 2018.

Apabila Timur Tengah telah ditenggelami dengan kesan Arab Spring pada tahun 2011, satu trend strategik yang jelas dan nyata: di mana negara-negara Republikan seperti Mesir, Libya, dan Syria, terjerumus ke dalam konflik yang berpanjangan, bahkan rampasan kuasa dan peperangan di jalanan seperti yang ada di Maghribi, Bahrain, dan Kuwait. Mengapa?

Hasil penyelidikan oleh Institut Legatum di Belanda, dan Unit Ekonomi, menjawab persoalan yang dicari. Tidak ada kekosongan kuasa di ketiga-tiga negara untuk mempunyai tempat institusi diraja.


Daripada aktivis jalanan menentang kerajaan, dan kerajaan menentang rakyat, dinamika sedemikian tidak hadir di negara-negara yang memperoleh manfaat apabila ditadbir oleh institusi diraja.

Mesti ingat, Malaysia, adalah himpunan sembilan orang Sultan, beberapa bekas Negeri-Negeri Selat dan dua negeri Borneo. Ia adalah gabungan karya entiti yang berbeza.

Ia berlaku serentak dengan pasca penjajah dan anti-penjajah. Walaupun Portugis, Belanda dan Inggeris, mungkin telah menguasai seluruh Tanah Melayu, dalam pembentukan awal Malaysia, Kesultanan seperti Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, dan Pahang, mempunyai sedikit atau tidak ada bantuan luar dengan mereka. Mereka tetap wujud, lengkap dengan tradisi berabad lamanya.

Oleh itu, antara 1511 dan 1957, Kesultanan menikmati pelbagai bentuk hubungan dengan tetuan penjajah. Apabila Britain mencadangkan pembentukan sebuah negara, tanpa rasa hormat terhadap institusi diraja, orang Melayu bangkit melalui gabungan persatuan untuk membantah yang dikenali sebagai “hartal” atau pergerakan boikot. Perkara penting adalah untuk menghantar mesej ke London bahawa pembentukan Persekutuan mesti terlebih dahulu melindungi hak-hak orang Melayu dan pemerintah yang mereka hormati.

Pada 9 Mei, semangat dan kekuatan rakyat sekali lagi dipamerkan. Rakyat membantah akan keterlaluan di bawah kekuasaan kleptokrasi UMNO. Mereka berganding bahu, dan menentang 1MDB.


Malahan, kita harus perhatikan pembentukan asal 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Tetapi Sultan Terengganu enggan mengesahkannya. Jadi TIA menjadi 1MDB. Sekumpulan penyelidik terdiri daripada Clare Rewcastle Brown, Bradley Hope, dan Tom Wright telah mengesahkan perkara ini. Kerabat diraja itu enggan menyerahkan diri kepada kecurian terhadap Rakyat.

Pada saat-saat genting sehingga 9 Mei, Kesultanan Johor, mengesahkan kepentingan “Bangsa Johor” untuk mempertahankan diri dari kekejaman 1MDB, apabila keluarga diraja itu boleh dengan mudah - dan dengan bijak - merujuk kepada Bangsa Malaysia. Seperti yang berlaku, Johor tempat kelahiran UMNO, negeri pertama yang menyingkirkan UMNO, dan berterusan menolak UMNO di seluruh negara, tidak menjana sebarang kuasa moral untuk mendesak hak mereka untuk terus menguasai seluruh negara.

Namun, rakyat mesti mengingati kerapuhan Malaysia, jika Johor tidak menjadi tulang belakang (keluarga diraja) untuk mengingatkan semua pihak bagi tidak membenarkan negara terkandas dan terbakar, yang akan meliputi “Bangsa Johor”, tarikh pilihan raya 9 Mei 2018 boleh dengan sengaja dipindahkan ke 13 Mei 2018.

Motivasi UMNO dan Pas, tidak lain, adalah untuk membangkitkan rusuhan yang menghantui pada 13 Mei 1967 sebelum ini, yang menyaksikan pertumpahan darah antara kaum paling buruk di negara ini. Sekiranya rancangan itu diteruskan, kadar keluar mengundi semasa pilihan raya itu mungkin rendah, meneutralkan tsunami Melayu dan Malaysia.

Namun 13 Mei 2018 jatuh pada hari Ahad. UMNO telah ditakutkan oleh hantu sendiri. Pada tahun 2013, UMNO dan Barisan Nasional hampir kehilangan seluruh kerajaan pada pilihan raya umum yang dijadualkan pada hari Sabtu. Jelas, mereka tidak mahu mengulangi bayangan pilihan raya yang hampir mengalahkan mereka pada hari minggu.

Oleh itu, pilihan raya umum ke-14 telah berlaku pada pertengahan minggu, Rabu, sekurang-kurangnya, untuk mengurangkan semangat rakyat. Ia tidak berjaya, pastinya, kerana UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan secara keseluruhannya.


Perkara penting dalam hujah ini adalah: Malaysia masih kekal sebagai negara yang muda dan rapuh. Sekiranya ada unsur-unsur untuk membangkitkan kemarahan isu perkauman yang halus di negara ini, mereka boleh. Apa yang diperlukan hanyalah beberapa batu api untuk menggoncang emosi ke tahap maksima. Ambil kenyataan Lokman Adam dari Pemuda UMNO, sebagai contoh.

Beliau mula menyedari, jika Khairy Jamaluddin berpegang teguh, dan membenarkan Najib Razak membuat keputusan saat-saat akhir mewujudkan pakatan baru dalam pilihan raya pada 9 Mei lalu, UMNO dan Pas boleh memecahkan keharmonian Pakatan Harapan. Dalam erti kata lain, Pakatan Harapan akan kehilangan kedudukannya pada awal pagi 10 Mei.

Sekiranya logik dan kenyataan memudaratkan seperti itu sering diulangi, penulisan seperti Lokman Adam dalam UMNO akan menang. Penafian secara kolektif UMNO dan Barisan Nasional, sebagaimana yang dipamerkan oleh Najib sekarang, mungkin telah ditetapkan ke tahap kekal abadi.

Namun, masyarakat sering lupa bahawa PPBM atau Bersatu mempunyai perlembagaan yang bertekad untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan - sentiasa - dan Raja Berperlembagaan Malaysia. Pelbagai artikel mengenai kesatuan dan peraturan dalam perlembagaan parti tidak dapat berlaku, jika mereka tidak selaras dengan undang-undang Persekutuan negara.

Usaha untuk memburuk-burukkan institusi diraja harus dibendung, dan kesungguhan mereka atas talian (online), perlu dikawal oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MMCC); sekiranya terdapat usaha untuk menyemai benih ketegangan perkauman dan etnik.

Malaysia adalah pembinaan yang dibentuk oleh pelbagai kontrak sosial. Semangat kemerdekaan melindungi hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu, juga Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020.

Kerabat diraja mempunyai tempat mereka dalam Perlembagaan Persekutuan, seperti yang terkandung pelbagai kontrak sosial, yang Rakyat juga mendapat faedah tidak terhingga. Kuncinya adalah untuk mencipta formula yang menguntungkan kedua-dua belah pihak bagi menghalang haluan kiri atau kanan politik Malaysia; seperti yang telah dilihat di Timur Tengah.

Sekiranya Malaysia hendak menjadi sebuah negara yang unggul, sama ada sebagai kuasa pengeluaran atau ekonomi perkhidmatan -- lebih baik kedua-duanya -- setiap rakyat, merentasi pelbagai lapisan masyarakat, tidak boleh memudaratkan, seperti yang disahkan oleh Hippocratic Oath, tetapi tidak menimbulkan kesusahan dan kesengsaraan terhadap yang lain, termasuk dan paling utama isu-isu mengenai agama, institusi diraja dan bangsa. Bersama-sama, mereka mesti mencela politik wang tunai, hubungan, konsesi dan kontrak yang hampir membawa kepada penyesalan terhadap negara.

Mujur 1MDB kini telah hilang dari saman sivil di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bertukar ke jenayah. Rakyat Malaysia tidak bersendirian dalam mengikuti pertuduhan dan mengubah nasib negara tetapi satu dunia sentiasa bersama dengan Rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dalam membanteras rasuah sistem kewangan antarabangsa dengan lebih lanjut dan penuh teliti.

Dato’ Dr. Rais Hussin adalah Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Ketua Biro Polisi dan Strategik Bersatu.