Sempena sambutan setahun pentadbiran Kerajaan PH, pada 9 Mei 2019, YAB Perdana Menteri telah menekankan hasrat kerajaan memperkasakan Agenda Perkongsian Kemakmuran ini. Pun begitu, belum pun ke mana kita semua melangkah melaksanakan Agenda itu, telah terserlah riak-riak kiasu dikalangan mereka yang menggelarkan diri mereka Malaysia Baru. Apa pun kita tidak wajar terus bertindak berkonfrontasi dengan mereka. membina bersangka baik terhadap mereka sehinggalah mereka membuktikan apa yang mereka Bagi mereka, Agenda ini adalah peluang terbaik baginya meraih kelebihan dan menidakkan apa yang hak kepada kita masyarakat majoriti.

Bagi kami di MPM, diantara cabaran terbesar dihadapi dalam usaha menjayakan Agenda itu ialah:

i) Tentangan dan halangan bagi melaksanakan Tindakan Affirmatif yang masih diperlukan bagi mengimbangi dan mempastikan kemakmuran itu dapat dikongsi secara adil dan saksama. Lazimnya Tidakan seperti ini diperlukan bagi melindungi hak dan kepentingan kaum minoriti, tetapi di Negara kita, ia diperlukan sebaliknya. Kita majority tapi kita terlalu vulnerable dalam banyak aspek kehidupan.

ii) Ketiadaan dasar atau akta yang menjamin Kesaksamaan Peluang, dalam apa juga bidang, lebih-lebih lagi jika Tindakan Affirmatif hendak diabaikan. Tanpanya, Bumiputera akan menjadi rumpun bangsa majoriti yang didiskriminasi.

iii) Model ekonomi yang dipengaruhi kuat oleh puak kapitalis yang menjuarai sistem ekonomi pasaran terbuka, sekaligus menidakkan penggunaan model ekonomi taqwa yang lebih menjurus kepada distributive economy. Malapetaka berganda (double jeopardy) menimpa kaum majority kerana institusi ekonomi Islam, sekalipun diletak terus dibawah kuasa Raja-Raja Melayu, terlalu lesu untuk memperkasakan ekonomi Islam jauh lebih unggul dari ekonomi puak kapitalis. Itu adalah kelemahan dan kesilapan kita sendiri.

iv) Struktur institusi politik yang ‘berat di bawah’, yang membebankan kepimpinan institusi ini, dengan sistem demokrasi yang membolehkan dan membiarkan ‘warlords’ menentukan kepimpinan Negara. Ini pun salah kita sendiri kerana gagal memilih sistem politik yang lebih Islamik, bagi membolehkan khalifah, bukan‘warlords’, memimpin kita.

v) Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu yang kian terancam kerana mereka gagal memainkan peranan yang lebih signifikan yang ditagih oleh majoriti rakyat Negara ini, makanya, tentangan terhadap kewujudan institusi ini kian memuncak. Justeru, kita wajib berani menegur institusi ini untuk menjadi lebih relevan.

Mengenai Agenda itu sendiri, kami dapati pendekatan kerajaan berbeza sedikit dengan indeks piawai Kemakmuran yang dipelopori oleh Legatum Institute of Prosperity, London. Indeks Perkongsian Kemakmuran Nasional adalah mengikut acuan Kerajaan, mengambilkira 6 tiang-seri ini saja. Mohon rujuk jadual di bawah ini.

Gambarajah

MPM pernah mengsyorkan 8 dari 9 Indeks Kemakmuran Legatum itu dijadikan Tiang-seri Kemakmuran Nasional, tetapi diubah-suai mengikut acuan nila-budaya kita: (i) tadbir-urus & pemerintahan, (ii) ekonomi & keusahawanan, (iii) pendidikan & latihan, (iv) keselamatan & pertahanan, (v) kesihatan & kesejahteraan, (vi) pembangunan insan rabbani, (vii) pembangunan komuniti madani, dan (viii) alam-sekitar & sumber asli

Apa pun indeksnya, MPM komited untuk menyumbang dan bergerak seiringan dengan kerajaan dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi membina perkongsian kemakmuran ini. Bagi maksud itu, MPM sudah memperkemaskan jenteranya dengan pembentukan Komuniti dikalangan para kerabatnya. Kumpulan Komuniti ini adalah pelantar terbuka (open platform) bagi membolehkan siapa saja dikalangan cendekiawan Melayu untuk terlibat sama.

Buat permulaan, 6 Komuniti ini digerakkan dahulu bagi memfokas kepada 3 dari 8 tiang-seri kemakmuran yang utama; (i) tadbir-urus & pemerintahan, (ii) ekonomi & keusahawanan dan (ii) pendidikan & latihan.

Banyak aspek dibawah skop tiang-seri tadbir-urus & pemerintahan berada dalam keadaan yang amat kritikal berkaitan dengan kepentingan Bumiputera. Justeru, ia dipecahkan kepada tiga bidang dan setiap satunya ditubuhkan komuniti khusus untuknya.

i) Komuniti Pemerintahan

Mereka yang anggotai Komunti ini adalah dikalangan cendekiawan yang komited untuk mengangkat perkara-perkara berkaitan tadbir-urus, politik dan pemerintahan untuk diperhalusi. Maknanya isu-isu bersangkutan dengan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu adalah juga kepentingan yang wajib diutamakan oleh mereka dalam Komuniti ini.

ii) Komuniti Hal-ehwal Islam

Sama pentingnya ialah isu berkaitan hal-ehwal Islam. Institusi Islam di Negara ini terancam dari dalam dan luar. Sesungguhnya orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menuding jari kepada pihak luar diatas cabaran dan ancaman yang dihadapi, kerana amat banyak kerosakan kepada Islam dilakukan oleh orang Islam sendiri. Kemelut melanda TH misalnya hendaklah dijadikan iktibar kerana kerosakananya adalah berpunca dari tangan-tangan orang Islam sendiri.

Komuniti ini juga boleh bergandingan dengan lain-lain Komuniti dalam banyak perkara bagi memperkasakan kedudukan Agama Islam sebagai agama agung yang turut menjaga kebajikan penganut lain-lain agama. Dengan cara ini ia dapat sedikit sebanyak menjadikan Agama Islam itu dihormati oleh penganut lain-lain agama. Justeru, perlaksanaan program berdakwah dengan penganut bukan Islam hendaklah dipertimbangkan.

iii) Komuniti Perundangan

Bidang perlembagaan dan perundangan dilihat saban hari kian bertambah isu-isu besar yang wajar ditangani. Malangnya sejak dulu hingga kini banyak diantara isu itu adalah pertembungan diantara kerajaan semasa (government of the day) dengan rakyat.

iv) Komuniti Ekonomi

Komuniti ini yang pertama bergerak aktif sebelum KBN 2018 lagi. Kini para pemain industri dikalangan Komuniti Ekonomi Bumiputera (KEB) bergerak menerusi 20 Kluster Ekonomi. MPM menyarankan mereka mengeksploitasi peluang menerusi 3 Jendela Ekonomi ini:

a) Jendela Ekonomi Nasional (rujuk dasar & model ekonomi Nasional yang digubal)

b) Jendela Ekonomi Global (KEB tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pasaran domestik yang kecil)

c) Jendela Ekonomi Islam (Jendela Ekonomi yang belum dieksploitasi sepenuhnya potensinya)

v) Komuniti Pendidikan

Dengan begitu banyak isu pendidikan yang tercetus sejak kebelakangan ini yang merojakkan Agenda Pendidikan Nasional, Komuniti Pendidikan & Latihan MPM ada banyak peranan yang wajib dimainkan. Bayangkan kita sebuah negara kecil punyai empat aliran pendidikan utama yang menuju khutub yang berlawanan antara satu sama lain, maknanya, agenda pendidikan akan menjerumuskan masyarakat majmuk menjadi lebih polarized. Bagaimana kita mampu berkongsi kemakmuran, jika agenda pendidikan nasional terlalu bercelaru? Sistem pendidikan arus perdana ibarat anak tiri. Sistem pendidikan vernakluar menjadi anak emas politik. Sistem pendidikan swasta & antarabangsa menjadi pilihan utama, manakala sistem pendidikan tahfiz sering dicemuh.

Kementerian pula amat bias dalam memberikan perhatian kepada pelbagai lapisan pendidikan. IPT nampaknya mendapat lebih perhatian manakala pendidikan rendah dan menengah sekadar menjadi tanggung-jawab Jabatan Pendidikan saja.

vi) Komuniti Tanah Simpanan Melayu

MPM menubuhkan satu Komuniti Khas baginya, kerana isu berkaitan Tanah Simpanan Melayu adalah isu yang cross-border, bukan sekadar isu ekonomi semata-mata. Ia adalah isu tanpa penyelesaian. Justeru, MPM menjadikan ia satu agenda khas wajib yang diperjuangkan secara berterusan.

Keperluan menubuhkan komuniti bagi lain-lain tiang-seri berkaitan keselamatan & pertahanan, kesihatan & kesejahteraan, pembangunan insan rabbani, pembangunan komuniti madani dan penjagaan alam sekitar & sumber asli akan ditangani kemudian kelak.

Sempena Majlis Iftar ini kita semua berhimpun untuk bermuhasabah diri. Kita wajib menegakkan tiang-seri kemakmuran kita sendiri. Kerajaan sekadar memudah-cara saja. Zaman berubah pantas, kita tidak boleh mengatakan kita masih lemah makanya kerajaan wajib memberikan lebih perhatian kepada kita. Kerajaan tidak punyai masa untuk memimpin mereka yang lemah & tercicir. Justeru, kita wajib menjadi bangsa yang hebat untuk bersaing dan mampu memberikan sumbangan signifikan kepada Negara. Barulah kita menjadi bangsa yang dihargai dan dihormati. Kita orang Islam, jika kita lemah dan tercicir, maka kita membentuk imej yang negatif mengenai Islam, bahawa ia adalah agama bagi orang yang lemah dan tercicir.

Kita bangsa Melayu, beragama Islam dan kaum kaum majoriti, justeru, adalah menjadi tanggung-jawab kita mendepani Agenda Perkongsian Kemakmauran ini, mengikut nilai-budaya dan acuan kita. Kita wajib cekap dan bijaksana menavigasi bahtera mengharungi gelora yang tidak menentu, dalama melaksanakannya. Sayugia diingat, gelora yang sama itu juga diharungi oleh lain-lain kaum, jika mereka boleh, mengapa kita tidak!

Allah SWT ada berfirman dalam Surah Al-Ra’d (Surah 13) ayat 11 berbunyi:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa (keadaan) yang (ada) pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa (keadaan) yang (ada) pada diri mereka.

Selamat mengerjakan ibadah puasa dan lain-lain ibadah berkaitannya, sepanjang Bulan Ramadan Kareem, Penghulu segala bulan.

Hasan Mad
Hasan Mad 

 

Dato Dr Hasan Mad adalah Setiausaha Agung MPM.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.