Kalau azam tu boleh bertahan sampai hujung tahun, Akak Cute salute lah. Tapi Akak Cute percaya mesti ramai yang terkandas tengah jalan kan? Haaa tepuk!

Akak Cute bukan tak nak bagi semangat kat korang yang pasang azam ni, tapi inilah realiti kebanyakan dari kita. Orang kata azam hangat-hangat tahi ayam.

Minggu lepas, kolum Abang Hensem kemain lagi duk cerita pasal azam nak kurus bagai. Hmmm, boleh percaya ke lelaki ni? Takpelah Akak Cute support lah azam dia ni dan semua lelaki lain yang pasang azam macam Abang Hensem. Baguslah kalau sedar diri badan tu dah membesar.

Bukan tahu nampak orang lain je gemuk. Lebih-lebih lagi kalau perempuan yang gemuk. Sibuk betul nak mengecam termasuk mengata isteri sendiri yang badan dah tak sama macam sebelum kahwin!

Akak Cute ada kawan yang laki bini dua-dua bersaiz kecil sebelum kahwin. Tetapi lepas kahwin, mereka ‘menggemuk’ bersama.

Yang sakit hati, boleh pulak lelaki ni cakap: “Kenapa awak tak diet, I suka badan you masa I awal-awal nampak you dulu.” Lebih pedih siap mengejek isteri dia macam Michelin (maskot jenama tayar). “You jangan pakai baju sendat-sendat, nanti terkeluar isi lebih!”

Amboi! Tak sayang mulut ya cik abang. Tak sedar diri ke awak tu gemuk jugak? Kenapa perempuan je kena badan slim, lelaki tak payah ke?

Nak dijadikan cerita, lelaki ni kantoi dengan bini dia ada akaun Facebook lain duk ‘mengayat’ perempuan lain. Yalah bini dah tak cantik sebab gemuk, mulalah nak cari perem­puan lain.

Kadang-kadang perempuan ni badan jadi gemuk sebab mengandung. Bukan senang nak kembalikan bentuk badan seperti asal sebelum bersalin. Eh, nak tanya, perempuan mengandung pun siapa punya kerja? Lelaki jugak kan?

Sebenarnya lelaki spesis macam ni, tolonglah beli cermin besar-besar. Ha tengok badan awak sendiri kat cermin tu, kurus melidi ke atau perut tu makin maju ke depan? Cermin tak menipu tau. So, please lah sedar diri. Jangan bajet hensem sangat.

Jangan hanya nak pasangan je cantik badan slim, tapi badan diri sendiri tak peduli kononnya lelaki tak penting badan gemuk pun. Kalau nak perempuan diet, silalah diet bersama-sama. Kan lebih elok macam tu.

Rumah tangga pun bahagia. Apa kata korang pasang azam 2019 ni bersama-sama dengan pasangan untuk kurus dan sihat bersama. Barulah ada semangat sikit. Tidak mustahil azam tu boleh tercapai sebelum masuk tahun 2020. Good Luck guys!