ANNISA ABDUL RAHMAN

Kakitangan di sebuah syarikat penerbangan tempatan, Annisa Abdul Rahman, 37, merasakan situasi ini tidak seharusnya dibiarkan dan perlu diberi perhatian serius semua pihak.

Katanya, kepelbagaian pro­duk yang boleh diperoleh di pasaran tempatan seharusnya di kawal dan dipantau dari semasa ke semasa agar keselamatan pengguna terus terjamin.

“Tidak salah berusaha untuk cantik dan sihat dengan pengambilan suplemen atau produk kecantikan tetapi perlu berpada-pada dan tidak sehingga menjejaskan kesihatan. Lebih-lebih lagi pada masa kini, wujud segelintir pengusaha yang berlumba-lumba menghasilkan produk demi keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan pengguna.

“Oleh itu, saya berharap pihak berwajib memantau pro­duk yang berada di pasaran, khususnya produk baharu yang datang dari dalam atau luar negara.

“Kepada pengguna pula, disarankan tidak terlalu ge­lojoh mendapatkan kesan pantas untuk cantik dengan menggunakan pelbagai pro­duk dalam satu masa. Kenali produk yang anda gunakan dan dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada kesihatan masing-masing,” katanya.

EFFIE NORSABRINA MD. YUSOF
EFFIE NORSABRINA MD. YUSOF

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak, Effie Norsabrina Md. Yusof, 37, berpandangan terdapat jalan lain untuk kelihatan sihat dan menarik, bukannya dengan pengambilan produk yang tidak disahkan keselamatannya.

“Ini semua berbalik kepada pilihan. Untuk kelihatan cantik dan menarik, kita boleh pilih cara yang lebih sihat dan selamat iaitu dengan mengamalkan pemakanan yang betul, senaman dan terapi diri.

“Mungkin pengambilan ubat-ubatan ada yang berkesan tetapi ramai gagal kenal pasti sama ada produk yang digunakan selamat ataupun tidak. Oleh yang demikian, buat pilihan yang betul dan jangan terburu-buru untuk kelihatan menawan,” ujarnya.