Ini seperti mana pembentangan usul tergempar membahaskan pencemaran toksik di Pasir Gudang yang disifatkan sebagai bencana sehingga kira-kira 1,000 mangsa dirawat dan ada ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jika BN menjadi kerajaan dulu, lumrah ada suara sumbang pembangkang menyuruh menteri berkaitan meletak jawatan dan bermacam lagi serangan seumpanya, walhal krisis masih ditangani.

Ingat lagi beberapa insiden dulu, sehinggakan pencerobohan pengganas di Lahad Datu juga dijadikan modal politik.

Golongan itu kini bagai­ma­napun sudah berpindah blok di Parlimen. Mereka pula diberi amanah oleh rakyat 
un­tuk menjadi kerajaan menguruskan masalah negara termasuk bencana, krisis atau apa sahaja.

Ini masanya menteri ber­kaitan termasuk menteri yang menguruskan portfolio alam sekitar, Yeo Bee Yin berdepan ujian menangani krisis seperti mana yang dilalui BN dahulu.

Tidak dapat tidak, rakyat memerhatikan tindakan kerajaan. Mereka berhak bersuara sama ada mencadangkan 
atau merintih tetapi jangan pula cepat menyimpulkan suara itu sebagai mempolitikkan atau menuding jari.

Menteri-menteri jangan ter­­lalu defensif. Kritikan dan pandangan adalah diperlukan, cuma harus disampaikan dalam ruang lingkup yang se­suai agar tidak terlebih bancuh.

Pembangkang ketika sesi soal jawab lisan tadi antaranya Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) mencadangkan tiga perkara berkaitan dan disusuli Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) mengenai sisa buangan industri.

Namun, yang jadi perha­tian tentunya daripada Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gu­dang) sendiri. Tegas 
ma­­­hukan usul tergempar dibahaskan segera. Dari riak wajah dan intonasi suaranya, tergambar yang kawasan Pasir Gudang memang memerlukan perhatian serius kerajaan, le­bih daripada sekarang.

“YB Menteri tolong saya,” rayu wakil PKR itu semalam.