KUCHING 5 MEI 2016 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
 

Bagaimanapun ada pihak berhujah, kewujudan ‘kartel’ telah menyebabkan syarikatsyarikat bumiputera terpinggir. Tajuddin dalam wawancara ringkas dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR menghuraikan masalah itu dan langkah yang sedang dilakukan oleh kementerian bagi menyelesaikannya.

UTUSAN: Mengapa secara tiba-tiba isu daging import ini dibangkitkan?

TAJUDDIN: Selepas saya dapati penyertaan bumiputera dalam industri ini begitu kecil sekali. Kita mengimport begitu banyak daging kerana masalah tidak cukup bekalan daripada penternak dalam negara.

Dari segi nilai, kita import hampir RM2 bilion setahun yang mana daging sejuk beku sahaja menghampiri RM1.5 bilion setahun dan kebanyakannya dari India.

Bagaimanapun penyertaan dalam kalangan pengimport bumiputera tidak sampai 10 peratus. Maknanya 90 peratus daripada nilai RM2 bi­lion itu dikuasai oleh pengimport bukan bumiputera.

Ini tidak sepatutnya berlaku ke­ rana kebanyakan pengguna ialah orang Melayu.

Bagaimana boleh berlaku, kita pengguna tetapi yang mengimport orang lain.

Apa puncanya menyebabkan pengimport bumiputera tidak berjaya?

Kita dapati pengimport bumiputera menghadapi masalah di­sebabkan beberapa faktor. Ada kelemahan bumiputera itu sendiri dan ada juga disebabkan ‘permai­nan’ dalam perniagaan tersebut.

Oleh itu saya terpanggil untuk memperbetulkan keadaan ini ke­rana kita mahu pengimport bumiputera diberi peluang sewajarnya dalam industri ini.

Kalau tidak menjadi pengimport majoriti pun, pa­ling rendah pengimport bumiputera boleh menguasai 30 peratus atau 50 pe­ratus industri itu memandangkan orang Melayu adalah pengguna.

Apakah kelemahan yang menyebabkan pengimport bumipu­tera tidak boleh berjaya?

Dari segi modal. Perniagaan ini memerlukan modal yang besar berjuta-juta ringgit. Selain itu, pengimport bumiputera tidak ada hubungan yang kuat dengan negara sumber.

Mereka tidak mendapat la­ya­nan daripada negara sumber ber­­ban­ding pengimport bukan bumiputera yang mengimport beribu-ribu ekor haiwan ternakan dengan nilai berjuta-juta ringgit.

Pengimport bumiputera kecil ini juga jarang ke luar negara dan mereka tidak mengetahui industri di negara sumber, ‘permainannya’ macam mana.

Hakikatnya, masalah kewangan (modal) dan hubu­ngan dengan negara sumber antara masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh pengimport bumiputera.

Bagaimana mahu me­ngatasi keadaan ini?

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan memandangkan industri ini sudah dikuasai berpuluh-puluh tahun oleh bukan bumiputera. Dua tahun lalu saya memulakan inisiatif dengan memanggil syarikat milik kerajaan (GLC) dan pengimport bumiputera.

Saya syorkan supaya di­tubuhkan konsortium yang mana GLC menjadi peneraju utama.Melalui langkah itu ia akan memberi keyakinan kepada bank-bank untuk memberi pinjaman kewa­ngan kepada pengimport bumiputera.

Bagaimanapun sambutan terhadap cadangan untuk menubuhkan konsortium ini amat dingin dan akhirnya ‘ber­kubur’ begitu sahaja.

Bagaimanapun saya tidak putus asa kerana berpendapat adalah satu kerugian jika pengimport-pengimport bumiputera me­lepaskan peluang untuk menguasai industri ini. Pada masa ini saya sedang tumpu kepada daging sejuk beku.

Masalahnya pengimport bumiputera tidak mendapat bekalan daripada syarikat-syarikat pengeksport di India yang menguasai pusat-pusat penyembelihan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanya meluluskan tujuh atau lapan pusat penyembelihan di sana yang sebenarnya dikuasai oleh satu atau dua sahaja individu.

Mereka mengawal pengeluaran dan eksport. Mereka hanya akan menjual kepada pengimport-pengimport bukan bumiputera yang selama ini berurus niaga de­ngan mereka.

Keduanya, pengimport bukan bumiputera tidak mahu bisnes­nya diambil alih oleh sesiapapun. Kalau boleh mereka mahu monopoli. Seolah-olah wujud pakatan antara pengimport bukan bumiputera di negara ini dengan pengeksport yang menghalang syarikat-syarikat kecil bumipu­tera untuk tumpang berniaga.

Apakah caranya untuk tangani masalah ini?

Saya ada berbincang dengan menteri, kalau syarikat tersebut berdegil tidak mahu bantu bumiputera, kita luluskan satu dua lagi pusat penyembelihan yang kita tentukan mereka akan membuka ruang kepada syarikat pengimport bumiputera.

Baru-baru ini Jabatan Per­khidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah buat pemeriksaan di sembilan pusat pe­nyembelihan iaitu tujuh pusat sedia ada yang akan ta­mat tempoh lesen dan dua lagi pusat penyembelihan yang baharu.

Dua pusat penyembelihan baharu ber­kenaan kita kenakan syarat tegas iaitu mereka mesti menjadi saluran kepada pengimport bumiputera. Kita tidak mahu mereka dikawal oleh pengimport bukan bumiputera.

Begitu juga tujuh pusat penyembelihan lagi, kemungkinan kita akan kenakan syarat ia­itu beberapa peratus mesti melibatkan syarikat pengimport bumiputera.

Sebab itu saya tidak berminat untuk memperkatakan soal ‘kartel’ atau pakatan yang didakwa menghalang pengimport bumiputera.

Saya lebih berminat untuk menyelesaikan masalah dan memastikan bumiputera mereka peluang dan ruang dalam industri tersebut.

Oleh itu saya berharap pengimport-pengimport bumiputera akan mengubah sikap mereka dan jangan berada dalam zon selesa.

Mereka perlu memperbaiki kelemahan yang ada termasuk berusaha menubuhkan konsortium se­perti mana pernah saya cadangkan.

Bagi pihak kementerian, kami hanya boleh berusaha meletakkan syarat dan membuka ruang tetapi selebihnya terserah kepada sikap pe­ngimport-pengimport bu­­mipu­tera.