DIN DU
DIN DU

Majlis yang membabitkan dua ekor lembu itu adalah sumbangan daripada UMNO Bahagian Lipis dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Tok Batin Orang Asli Temetong, Jalil Hamid, 45, berkata, dia berasa gembira majlis itu diadakan di kawasannya kerana menunjukkan keprihatinan pihak berkenaan kepada kebajikan anak-anak buahnya.

“Kita bersyukur dengan kehadiran wakil rakyat ke sini untuk mengadakan majlis korban dan turut memasak makanan bersama kami dalam suasana mesra,” katanya.

Agihan daging korban kepada saudara baharu Orang Asli itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Sementara itu, seorang Penduduk Orang Asli, Din Du, 45, berterima kasih kepada pihak yang menyumbang kerana menyempurnakan ibadah korban untuk saudara baharu di kampung berkenaan.

“Majlis seperti ini bukti Islam jaga kebajikan. Orang kerajaan selalu jaga kami seperti bagi zakat, bantuan pelajaran untuk anak-anak, bantuan Aidilfitri dan sebagainya.

Sementara itu, Abdul Rahman Mohamad berkata, majlis korban itu antara saluran terbaik untuk menyuburkan syiar Islam dalam kalangan saudara baharu Orang Asli di kampung berkenaan.

Tambahnya, pendekatan turun padang pemimpin setempat dan agensi kerajaan menerusi acara korban itu dapat menyelami denyut masalah kebajikan Orang Asli Islam di situ, di samping dapat merasai kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha sama seperti di tempat lain. - HARIS FADILAH AHMAD