Perkahwinan, Pujianto, 45, dan Ani, 40, yang merupakan warga Dusun Angsana, Desa Mumbulsari dari Mukim Mulbulsari, Daerah Jamber nyaris musnah selepas Ani menuntut cerai di mahkamah tersebut.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Ani yang mengajar di salah satu SMA di negeri tersebut nekad membakar rumah yang diduduki bersama suami dan anak-anaknya.

Wanita itu bertindak dengan menyimbah petrol ke pintu rumahnya sendiri lalu menyalakan api.

“Setelah pintu itu terbakar, suspek tersebut pergi menaiki motosikal dengan meninggalkan pintu rumah tersebut terbakar,” kata salah seorang saksi dikenali Jatima kepada polis.

Kejadian itu diketahui oleh ahli keluarga serta penduduk sekitar yang segera memadamkan api daripada merebak ke bahagian lain.

Suami kepada guru terbabit terus melaporkan kepada Polsek Mumbulsari tetapi tidak membuat laporan polis.

“Kehadiran Pujianto ke Polsek Mumbulsari hanya berkoordinasi dan meminta bantuan polis untuk menyelesaikan masalahnya. Bukan melaporkan tentang kebakaran,” kata Kapolsek Mumbulsari, AKP Heri Supadmo. – LIPUTAN6